Wednesday, February 11, 2015

Dia Mimpi Indahku

Tajuk : Dia Mimpi Indahku
Karya : Rozita Abd Wahab


Cerita ini mengisahkan tentang Rifhan yang pada mulanya bercinta dengan Hafsyam dan hubungan mereka berakhir ke jinjang pelamin. Malangnya, lepas je beberapa bulan kahwin, Hafsyam telah buntingkan Azira, adik kepada Rifhan. Rifhan kecewa, lalu bawa diri. Waktu drive, kereta hilang kawalan dan Rifhan accident. Kebetulan waktu tu, Adnan, yang memandu kereta di belakang Rifhan melihat kejadian tersebut dan berniat membantu. Dia bawa Rifhan balik ke rumah. Dan Rifhan dirawat di rumah memandangkan Adnan mempunyai abang, Aiman, seorang doktor.

Waktu di rumah Adnan, Rifhan cuba bunuh diri dengan menelan pil tidur tapi berjaya diselamatkan. Lepas kena 'basuh' dengan Aiman, Rifhan beransur-ansur insaf.

Cerita dikembangkan lagi dengan Rifhan diambil bekerja di syarikat bawah teraju Adnan. Azira lari tinggalkan anak yang dilahirkan kepada Hafsyam dan lelaki itu menyerahkan bulat-bulat anaknya dibawah jagaan ayah Rifhan (oh, lupa. Rifhan anak yang kurang mendapat kasih sayang ibu dan secara tak langsung tak berkenankan Hafsyam. Jadi, baby yang lahir tu, ibu Rifhan langsung tak sentuh. Tak suka katanya), Rifhan meminta Hafsyam ambil kembali anaknya tetapi bersyarat oleh Hafsyam yang Rifhan mesti kembali ke pangkuannya, ayah meninggal dunia dan baby terpaksa dijaga oleh Rifhan sendiri dan perkembangan hubungan antara Adnan dan Rifhan, konflik yang berlaku dalam keluarga Rifhan terutama tentang mengagihan harta pusaka.

Peleraian bermula bila konflik diselesaikan dengan kisah Rifhan rupanya anak luar nikah tetapi disahkan anak sah setelah dilakukan ujian DNA, Arif (abangnya Rifhan) berhutang dengan Ah Long dan segala hutang dilangsaikan oleh Adnan, Adnan dan Rifhan kahwin, Hafsyam bekerja di luar negara, hak penjagaan baby Azira dan Hafsyam diberi sepenuhnya kepada Rifhan atas persetujuan Azira dan Hafsyam, Aiman (abangnya Adnan) yang pada mulanya menyimpan perasaan terhadap Rifhan akhirnya kahwin dengan sepupu bekas isteri.

END.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...