Sunday, January 25, 2015

The Book of Tomorrow

The Book of Tomorrow
By: Cecelia Ahern




Saya mengenali nama Cecelia Ahern sejak belajar di maltrikulasi. Waktu tu kenalan jauh membaca penulisan beliau yg bertajuk P.S. I love You kalau tak silap. Tapi saya tak pernah tertarik untuk membaca buku2 beliau, Waktu tu saya banyak habiskan masa terluang dengan baca buku2 penyiasatan James Patterson. Bila memijak lantai universiti, saya kurang membaca dek kesibukkan belajar, Faham2 sajahlah kalau ambik jurusan engineering. Otak asyik penat. Jadi, saya tinggalkan budaya membaca sekejap. Tapi kalau ada buku penulis yang saya minat terbit, saya tetap beli ataupun pinjam di library.

Buku ni dibeli waktu Big Bad Wolf di The Mines tahun dua tahun lepas. Bukan saya yang beli. Kakak yang beli. Lepas sudahkan bacaan buku2 yang saya review sebelum ni, saya tergerak hati nak ambik buku ni dari rak buku kakak. Lantas, seperti biasa bacaan dilakukan di dalam kereta sepanjang pergi dan balik kerja. Dihabiskan dalam tempoh seminggu saja.

Ceritanya mengisahkan tentang Tamara Goodwin yang terkejut dengan kematian ayah secara tiba2. Bunuh diri. Hidup Tamara macam upside down lepas tu. Dari hidup sebagai orang berada dan kaya raya, Tamara dan ibunya, Jennifer terpaksa berpindah ke Gatehouse dan tinggal bersama Rosaleen dan Arthur ( dua orang yang Tamara anggap weird sangat sebab Rosaleen banyak habiskan masa memasak kat dapur, kemas rumah, buat kerja rumah cermat giler dan Arthur pula seorang uncle yang weird asyik snort-snorted dan macam pak turut kepada Rosaleen).

Di depan Gatehouse ada castle lama yang terbiar. Tamara dapat tahu castle tu terbakar dan keluarga Kilsaney terbunuh dalam kebakaran tu. Memandangkan Tamara ni berdarah muda (couriousity tinggi sgt) jadi dia merayau je sekeliling castle everyday tanpa pengetahuan Rosaleen (sebab Rosaleen tegah dia merayau sekeliling castle tu). 

Waktu tulah dia berkenalan dengan Sister Ignatius yang baik hati dan Weseley the black man. One fine day, seorang lelaki datang ke Gatehouse dengan bas berisi penuh dengan buku. (library bergerak). Nama dia Marcus. Dan dia seorang lelaki yang kacak of course. Tamara kenalkan diri, dan dia orang terus rapat. 

Al-kisahnya, masa Tamara sedang pilih buku2 dalam bas tu, Tamara terjumpa satu buku tebal yang kulitnya kosong. Beriya Tamara nak bukak tapi xboleh sebab buku tu berkunci. Tamara minta tolong dengan Sister Ignatius dan mereka berjaya bukak. Malangnya, buku tu langsung xde isi kat dalam. Cuma page kosong je. Sister Ignatius buat kesimpulan yang buku tu adalah diari.

Kerana sifat ingin tahu, malam tu Tamara buka diari tu. Alangkah terkejut unta Tamara bila tengok diari tu dah tertulis catatan Tamara tentang hari esok. Tamara pelik dan menuduh Sister Ignatius yang tulis cerita tu. Tapi ajaibnya, esok perkara berlaku sama seperti Tamara baca dalam diari. Perkara yang sama juga berlaku pada hari-hari seterusnya.

Melalui diari tu Tamara menyiasat apa yang berlaku di sekeliling dia.

Tembelang Rosaleen dan Arthur pecah bila Tamara dapat tahu bahawa selama ni dia orang sembunyikan seseorang kat castle tu. Orang tu adalah Laurance, ayah kandung Tamara yang semua orang sangka mati dalam kebakaran dulu. Yang kesiannya, Laurance terbakar satu badan dan langsung tak serupa dulu.

Cerita ni berakhir dengan hubungan Tamara dan Weseley bercinta. Mereka tanam diari tu bawah pohon epal yang tersusun cantik di tepi istana. Laurence dan Jennifer don't get together dan Tamara and her mother can't forgive what Arthur, Laurence and Rosaleen hide from them. Tentang siapa Tamara sebenarnya dan terutama Arthur dan Rosaleen yang berpura-pura selama ni.

Sebenarnya banyak lagi yang saya nak cerita tapi lebih baik dibaca sendiri. Cerita ni padat. Xde satu chapter pon boleh escape sebab bila tertinggal satu chapter, terkapai-kapai nak ke bab seterusnya.

END.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...