Sunday, January 25, 2015

The Book of Tomorrow

The Book of Tomorrow
By: Cecelia Ahern




Saya mengenali nama Cecelia Ahern sejak belajar di maltrikulasi. Waktu tu kenalan jauh membaca penulisan beliau yg bertajuk P.S. I love You kalau tak silap. Tapi saya tak pernah tertarik untuk membaca buku2 beliau, Waktu tu saya banyak habiskan masa terluang dengan baca buku2 penyiasatan James Patterson. Bila memijak lantai universiti, saya kurang membaca dek kesibukkan belajar, Faham2 sajahlah kalau ambik jurusan engineering. Otak asyik penat. Jadi, saya tinggalkan budaya membaca sekejap. Tapi kalau ada buku penulis yang saya minat terbit, saya tetap beli ataupun pinjam di library.

Buku ni dibeli waktu Big Bad Wolf di The Mines tahun dua tahun lepas. Bukan saya yang beli. Kakak yang beli. Lepas sudahkan bacaan buku2 yang saya review sebelum ni, saya tergerak hati nak ambik buku ni dari rak buku kakak. Lantas, seperti biasa bacaan dilakukan di dalam kereta sepanjang pergi dan balik kerja. Dihabiskan dalam tempoh seminggu saja.

Ceritanya mengisahkan tentang Tamara Goodwin yang terkejut dengan kematian ayah secara tiba2. Bunuh diri. Hidup Tamara macam upside down lepas tu. Dari hidup sebagai orang berada dan kaya raya, Tamara dan ibunya, Jennifer terpaksa berpindah ke Gatehouse dan tinggal bersama Rosaleen dan Arthur ( dua orang yang Tamara anggap weird sangat sebab Rosaleen banyak habiskan masa memasak kat dapur, kemas rumah, buat kerja rumah cermat giler dan Arthur pula seorang uncle yang weird asyik snort-snorted dan macam pak turut kepada Rosaleen).

Di depan Gatehouse ada castle lama yang terbiar. Tamara dapat tahu castle tu terbakar dan keluarga Kilsaney terbunuh dalam kebakaran tu. Memandangkan Tamara ni berdarah muda (couriousity tinggi sgt) jadi dia merayau je sekeliling castle everyday tanpa pengetahuan Rosaleen (sebab Rosaleen tegah dia merayau sekeliling castle tu). 

Waktu tulah dia berkenalan dengan Sister Ignatius yang baik hati dan Weseley the black man. One fine day, seorang lelaki datang ke Gatehouse dengan bas berisi penuh dengan buku. (library bergerak). Nama dia Marcus. Dan dia seorang lelaki yang kacak of course. Tamara kenalkan diri, dan dia orang terus rapat. 

Al-kisahnya, masa Tamara sedang pilih buku2 dalam bas tu, Tamara terjumpa satu buku tebal yang kulitnya kosong. Beriya Tamara nak bukak tapi xboleh sebab buku tu berkunci. Tamara minta tolong dengan Sister Ignatius dan mereka berjaya bukak. Malangnya, buku tu langsung xde isi kat dalam. Cuma page kosong je. Sister Ignatius buat kesimpulan yang buku tu adalah diari.

Kerana sifat ingin tahu, malam tu Tamara buka diari tu. Alangkah terkejut unta Tamara bila tengok diari tu dah tertulis catatan Tamara tentang hari esok. Tamara pelik dan menuduh Sister Ignatius yang tulis cerita tu. Tapi ajaibnya, esok perkara berlaku sama seperti Tamara baca dalam diari. Perkara yang sama juga berlaku pada hari-hari seterusnya.

Melalui diari tu Tamara menyiasat apa yang berlaku di sekeliling dia.

Tembelang Rosaleen dan Arthur pecah bila Tamara dapat tahu bahawa selama ni dia orang sembunyikan seseorang kat castle tu. Orang tu adalah Laurance, ayah kandung Tamara yang semua orang sangka mati dalam kebakaran dulu. Yang kesiannya, Laurance terbakar satu badan dan langsung tak serupa dulu.

Cerita ni berakhir dengan hubungan Tamara dan Weseley bercinta. Mereka tanam diari tu bawah pohon epal yang tersusun cantik di tepi istana. Laurence dan Jennifer don't get together dan Tamara and her mother can't forgive what Arthur, Laurence and Rosaleen hide from them. Tentang siapa Tamara sebenarnya dan terutama Arthur dan Rosaleen yang berpura-pura selama ni.

Sebenarnya banyak lagi yang saya nak cerita tapi lebih baik dibaca sendiri. Cerita ni padat. Xde satu chapter pon boleh escape sebab bila tertinggal satu chapter, terkapai-kapai nak ke bab seterusnya.

END.

Sunday, January 11, 2015

When You Walked Back Into My Life

When You Walked Back Into My Life
By : Hilary Boyd



Sebulan saya habiskan novel ni. Dibaca dalam kereta semasa perjalanan pergi dan balik kerja sahaja. 
Bagi saya penulis mengarang dalam gaya penceritaan yang tenang dan kasual. Saya suka novel ni sebab cerita tentang seorang gadis yang independant dan tabah. Macam biasalah kalau cerita orang putih tak sah kalau tak ada sex yang mana mmg saya tak suka baca.

Cerita ini bermula dengan kisah Flora Bancroft yang ditinggalkan oleh Finlay McCrea selepas dia mengutarakan hasrat untuk berkahwin dengan lelaki tersebut dan berkeluarga. Fin tinggalkan Flo tanpa notis dan pesanan sampai buatkan Flo separuh gila mencari Fin. Kemudian, Flo dapat tahu yang Fin pergi mendaki dan berharap lelaki tu akan balik semula. Malangnya, Fin langsung tak balik. Flora pulak mengalami tekanan emosi smpai nk bunuh diri dan secara tak langsung, kakaknya, Prue, bawa Flo tinggal dengannya.

Lepas 3 tahun...

Flo kerja nurse at home, jaga Aunt Dot. One fine day, Flo terjumpa Fin masa dia ke hospital bawa Aunt Dot buat pemeriksaan. Waktu tu tak payah cakaplah Fin punyalah happy giler dapat jumpa Flo. Mula2 Flo jual mahal. Tapi Flo langsung tak boleh nk menidakkan perasaan dia pada Fin. Kisah dorang end up dgn Fin pindah masuk ke bilik Flo, kat flat Prue. Prue, bila dpt tahu Flo balik semula kepada Fin, memula dia marah dan menentang keras hubungan dorang tapi lama-kelamaan dia dapat terima Fin semula.

Masa kerja nurse jaga Aunt Dot, Flora berkawan dengan Mary, Simon Kent, Rene, Jake dan Keith. Simon Kent - seorang duda anak satu dan sukakan Flo dalam diam. Tp, Flo pulak sayang giler pada Fin.

Hubungan Flo dan Fin berkembang bila Flo dapat tahu dia pregnant. Malangnya Fin belum bersedia nak jadi ayah. Fin seolah-olah tak sudi terima kedatangn baby dalam perut Flo. Fin hanya suka enjoy (hiking). Hidup bujang.

Dihujung-hujung cerita, Fin ada beritahu yang dia akan hiking di Nepal dengan sponsor by Prue. Flo yang terkejut dengan keputusan Fin tertanya2 kenapa Flo yang sponsor Fin. Untuk tak nak berahsia, Fin beritahu yang dia dan Prue pernah have sex sebelum Fin tggalkan dia 3 tahun dulu dan dia rasa bersalah pada Flo sgt2. Sponsor ni sebagai bayaran Prue pada dia. Memang gilerlah baca time ni. Terkejut unta dengar pengakuan Fin time tu. Flo kecewa giler. Dia suruh Fin keluar tinggalkan dia. Dia bergaduh kaw2 dengan Prue. Time ni, dia tak tahu nak mengadu pada sesapa. Dia jadi down giler. Tambah2 dia menumpang rumah Prue. Dia mmg kalau boleh xnak tggal dengan Prue lagi tp dia xde duit.

Pada waktu yg sama, Aunt Dot makin tenat dan meninggal dunia. Flo makinlah sedih sbb dia anggap patient dia tu dh macam mak dia sendiri dah. Tapi ada berita gembira lepas tu. Aunt Dot wasiatkan Flat dia pada Flo dan tggalkan 500k pound sterling utk Flo. Duit mmg ckp giler utk sara diri dan baby.

Bila Flo dah pindah msk flat Aunt Dot, Flo mula rapat dengan Simon Kent dan dorg akhirnya declare yang dorg bercinta. Tgh cinta sedang hangat, Fin balik semula. Dtg pada flo di flat tu dan ckp yg dia rindu giler pada Flo dan dia juga beritahu yang dia balik utk siapkan passport ke Nepal. Since xde tempat menumpang, dia nak tumpang rumah Flo sekejap. Waktu nilah Flo mula sedar yang Fin hanya perlukan dia bila Fin nakkan pertolongan je. Since sebelum ni dorg dah jumpa balik dan tggl sekali, Fin xpernah kerja. Duk rumah goyang kaki je. Flo je yg kerja. So, Flo realize yg dia xperlukan Fin. At the same time, Simon dtg singgah dan tgk Fin ada kat situ. Simon terus frust dan tgglkan Flo mcm tu je. Flo pulak yg marah dgn kedatangn Fin tiba2, dia halau Fin kelaur dari situ. Dia jugak call Simon berkali2 dan minta lelaki tu balik semula kepada dia. Dia mengaku yang dah xboleh hidup tanpa Simon. END.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...