Friday, June 7, 2013

Done auditing,,yeah yeah! Come audit report,,,deng!

Done auditing,,,yahooo,,,yippie,,hip2 hooray!

Mmg seronok gila lepas auditor buat closing meeting tadi. Haha. Dlm hati dh berkira2, today i can go home 5.30. Warghhh so early compare to other days.
Time audit muka sume org mmg ketat gila (office mate tegor). Dia ckp slalunye kalo duk belek2 doc depan meja dia, sempat lagi kitorg borak, gosip sikit2 then gelak. Tp hari ni, muka mmg ketat sungguh,,,nk senyum? Haremm

Hehe,,,
kalo korg bakal lalui apa yg saya lalui,,,gud luck
Kalo dh lalui, nmpknye kita sama2 penah rasa jerih sebelum dan selepas audit..haha

Hmmm....(mode)tunggu audit report next week.

K,,bye

Tuesday, June 4, 2013

Siapa pilihan kita?

Jika kita dlm keadaan tak sihat, siapa yang kita pilih?

Ibu atau doktor?

Sunday, June 2, 2013

Sembilu mengimbau ke zaman dolu

Asmara kejar mengejar
Mendungnya sepanjang hari beredar....

Wah, kemain entry saya. Siap nyanyi sakan. Haha

Baru sudah nonton Sembilu di TV3 tadi.
Fuhh, memang mengimbau memori betul.

Setiap kali sebut Sembilu, saya mesti teringatkan padang bola di belakang rumah saya.
Nak kata belakang x jugak. Padang bola dan rumah terpisah dengan dusun kecil milik keluarga dan sungai kecil (tmpat saya mandi-manda masa kecik dolu..hehe)

Al kisahnya masa saya kecik2 dulu-dlm drjah 1 hingga 3, kg saya ni suka sgt buat hari keluarga. Kalau korang nk tahu, hari keluarga mmg hari yg paling meriah dan hari yg dinanti2kan org kg saya. Biasanya akan berlangsung 1 minggu. Syok gila!

Mcm2 aktiviti yg berjln time family day tu. Antara yg saya paling ingat, wayang kulit, sukaneka, dikir barat, gotong royong bersihkan balai raya dan sekolah, dan yg paling best gila tayangan wayang gmbar yg box office. Perghhh, time tu saya angkut bantal dan tikar dari rumah semata2 nk tgk wayang gmbar tau. Siap bawak air, kot2 dahaga.

Biasanya yg jadi geng ikut sekali tentu abang2 saya. Sbnrnya saya yg ngengada nk ikt dorg. Hehe.

Time tu wayang gmbar yg femes of cos sembilu, sembilu 2 dan tragedi oktober. Mmg syok gila tgk tv besar (klw duk padang still nmpk dgn jelas gmbar dia), tmbh2 tgk beramai2. Semua tu free. Pihak kg kitorg yg bayarkan. Bestkan?

Tp semua tu xkekal sampai sekarang. Lepas pengurus felda kami bertukar tmpat, dah xde family day. Kalau ada pun suram je. Ibarat hidup segan mati tak mahu.

Ah, alangkah bahagianya dapat kembali ke zaman yg saya ceritakan tadi. Abah pernah bawa saya lihat sendiri mcmn wayang kulit dimainkan. Sampai skrg saya masih igt 'pk cik ' tu pacak ukiran2 dewa dan dewi kemudian memusing2kannya di layar putih. Unik!

Buat abah, terima kasih kerana sudi tunjukkan saya mcmn wayang kulit dimainkan.
Buat arwah mak(kami adik beradik panggil mek), terima kasih kerana sentiasa pksa abg2 sy angkut sy ke temasya hari keluarga.
Buat abg2 saya, terima kasih kerana xmerungut.
Buat kak long, tqsm kerana mengusik saya pada mlm dikir barat dulu...hahaha...tetibe...

K, bye.

Wednesday, May 29, 2013

Urghh... Penatnya Saya

Huh, tak pernah-pernah saya berangan/teringin/excited nak share pengalaman bekerja saya kat sini. Hmm...boring kot..haha
Seminggu ni, (sebenarnya bukan seminggu bahkan berminggu-minggu) kerja saya tergendala. Dalam kepala ni asyik pk je 'alangkah bestnya kalau saya dapat keje gomen'..hahaha... xnak cakap apa2, tp sume org well known keje gomen mcmn kan? Hehe

Seminggu sudah saya balik lewat. Pukul 7 baru sampai rumah. Mesti korang ckp sy ni kecoh sbb baru seminggu balik dah nk citer macam2 kat blog, kan?
Tapi utk pengetahuan korang, sebelum ni paling lambt saya balik pon pukul 5.30. Tu dah dikira lambat tu. Huhu...

Arghhh, rasa nk menjerit sekuat hati je bila keje bertimbun. Tak siap2. Audit report yang cover 8 plant tu, lebih kurang setiap hari nk kena reply customer questionnaire (yg ni memang nk kena jagalah sbb customer,kan?), external dan internal lab test, supplier lagi...duhhh... bila pk2 kan, ah keje byk pon xguna jgk klw hati xsyok kan?

Kawan2, doakan saya dapat keje gomen...hihi...

K, bye.

P/S: saje jek share gambo muffin. Nampak sedap kan? Hehe

Saturday, May 25, 2013

Selamat Ulangtahun Saya:-)

Seharian semalam, genap umur saya melangkah ke pertengahan 20 an. Moga tahun ni adalah tahun yang lebih baik dari tahun sblmnya. Amin...

Alhamdulillah angah sudi tunaikan keinginan saya utk mamam nasi ayam air tangan beliau. Seriously, nasi ayam angah adalah nasi ayam terbaik di dunia. Hehehe... Thks so much angah. Lain kali boleh mintak lagi?..hehehe

Okey, sy hias sendiri pinggan sy ala2 masterchef gitu. Kerlasss tak?..hehe

Angah siap buatkan kek coklat. Brrrppp.. Sumpah sedap

Dah siap hidang dan get ready nk mamam. Gila tak sabar!

Jemput mamam sume!

Saturday, May 11, 2013

Trip Sehari Ke USS Sentosa Island, Singapore

USS oh USS...

Tahun depan boleh pegi lagikkkk




























Friday, April 5, 2013

Review: Allahyarham Tan Sri P.Ramlee



A word to describe about him, LEGEND.

Allahyarham merupakan idola dalam hidup saya. Sejak saya kecil sampailah umur saya meningkat ke pertengahan dewasa ni, saya masih belum puas melayan karya2 beliau. Daripada lagu hingga ke filem yang dihasilkan memang mengunci jiwa saya pada nama Tan Sri P. Ramlee.

Beliau dilahirkan pada 22 Mac 1929 bersamaan hari Rabu iaitu pada waktu pagi hari raya pertama Aidilfitri. Beliau diberikan nama Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh. Beliau merupakan anak kelahiran Pulau Pinang dan dibesarkan di sana.



Tan Sri P. Ramlee menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudiannya ke sekolah Francis Light. Selepas itu, beliau menyambung pengajian di Penang Free School sehingga tercetusnya perang dunia ke 2. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Tan Sri menyambung pengajiannya di Japanese Navy Academy. Kemudian, sesudah Jepun meninggalkan Tanah Melayu, beliau kembali di Penang Free School dan bergiat aktif dalam sukan.



Kerjaya seni Tan Sri P. Ramlee boleh dikatakan bermula di Penang Free School. Selain bergiat aktif dalam sukan, beliau juga telah menyertai brass band di bawah bimbingan Encik Kamaruddin. Melalui bimbingan tersebut, beliau bermula dengan bermain ukele kemudian beralih kepada gitar dan seterusnya biola. Hasilnya, beliau telah menyertai Orkes Teruna Sekampong dan Sinaran Bintang Sore.

Oleh kerana keghairahan Tan Sri P. Ramlee terhadap muzik, sekali lagi beliau menyertai pertandian nyanyian yang dianjurkan oleh Penang Radio pada tahun 1947. Dan kali ini beliau dinobatkan sebagai juara dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dek kerana sewaktu menggunakan gelaran P. Ramlee (P=Puteh) ketika pertandingan tersebut dan menang, beliau menganggap nama tersebut membawa tuah kepadanya maka dikekalkan sehingga kini.

Tan Sri P.Ramlee telah mengarah sebanyak 35 buah filem, berlakon dalam 66 filem dan menghasilkan  sebanyak 360 lagu sepanjang hayatnya. Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang seni, beliau telah merangkul 11 anugerah. Sehingga kini, filem-filem karya beliau masih lagi ditayangkan di stesen televisyen.



Tan Sri Datuk Amar Dr. P.Ramlee merupakan seorang pengarah, pelakon, penyanyi, penulis lirik, penggubah lagu dan juga penerbit yang tersohor di Malaysia. Beliau merupakan seorang ikon penghibur di Malaysia, Singapura mahupun di Sumatera. Pemergian beliau pada 29 Mei 1973 meninggalkan kesan mendalam di jiwa penggemar karya beliau dan pemergian beliau tiada pengganti. 

Al-Fatihah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...