Thursday, November 29, 2012

Sayur Air Cool


Apa khabar...?
Dah bersarang dah blog saya ni.

Makan apa petang nanti?
Xpun, makan apa utk hari2 esok?

Macam biasalah...nk share apa yg saya masak semalam..hehehe
Saya namakan sayur air cool,,,xde sebab dan saja suka2.
Sayur air ni memang mudah dan senang nk masak(cop,,,mudah dan senang tu perkataan yg sama kan?)

Oh lupa. Sebab kakak ipar suka makan, so saya masaklah.
Nak resepi??

Bahan2:
1)Minyak zaiton/minyak masak
2)Bawang putih 2 ulas diketuk
3)Cili padi 3 biji
4)Air dua gelas setengah
5)Garam dan gula secukup rasa
6)Kubis dan kubis bunga (dua2 1/4)
7)Sebijik telur ayam

Cara masak:
1)Panaskan minyak dan tumis bahan 2 dan 3
2)Masukkan bahan 4 masak sehingga mendidih. Tambah bahan 5
3)Kemudian pecahkan bahan 6
4)Lastly bila telur dah masak, masukkan sayur.
Siap....

Selamat mencuba~~~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...