Monday, October 22, 2012

Instant Paprik

Salam... Apa khabar?
Hari ni saya nak kongsikan resepi salah satu menu kegemaran saya.
Paling simple dan senang...

Saya namakan masakan ni Instant Paprik sebab senang dimasak. Tak payah tumis pun.

Bahan-bahan:

Bahan 1-
1 sudu minyak masak/olive
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap
2 sudu sos cili
2 batang serai - ketuk 
3 helai daun limau purut
Gula, garam secukup rasa


Bahan 2-
Ayam - dipotong dadu
Sotong - pun potong
Udang - dibuang kepala dan ekor (ni yg saya selalu buatla)...bergantung mcmn korang nk sediakan

Bahan 3-
Bunga kubis
Kubis


Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan 1 ke dalam kuali. Kemudian panaskan sehingga mendidih. Kacau kadang-kadang je.
  2. Bila bahan2 di no. 1 dah mendidih, masukkan bahan 2, masak sehingga lauk2 tu masak.
  3. Kemudian, bahan 3 dimasukkan pula. Masaklah sayur2 tu setakat mana yg korg suka. Sbb ada yg suka sayur mentah sikit2 kan? Ada yg suka yg betul2 masak, kan? Tak kisahlah...
  4. Okey... Dah siap pun. Selamat menghidang :)
Selamat mencuba semua :)

Instant Paprik saya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...