Monday, October 22, 2012

Instant Paprik

Salam... Apa khabar?
Hari ni saya nak kongsikan resepi salah satu menu kegemaran saya.
Paling simple dan senang...

Saya namakan masakan ni Instant Paprik sebab senang dimasak. Tak payah tumis pun.

Bahan-bahan:

Bahan 1-
1 sudu minyak masak/olive
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap
2 sudu sos cili
2 batang serai - ketuk 
3 helai daun limau purut
Gula, garam secukup rasa


Bahan 2-
Ayam - dipotong dadu
Sotong - pun potong
Udang - dibuang kepala dan ekor (ni yg saya selalu buatla)...bergantung mcmn korang nk sediakan

Bahan 3-
Bunga kubis
Kubis


Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan 1 ke dalam kuali. Kemudian panaskan sehingga mendidih. Kacau kadang-kadang je.
  2. Bila bahan2 di no. 1 dah mendidih, masukkan bahan 2, masak sehingga lauk2 tu masak.
  3. Kemudian, bahan 3 dimasukkan pula. Masaklah sayur2 tu setakat mana yg korg suka. Sbb ada yg suka sayur mentah sikit2 kan? Ada yg suka yg betul2 masak, kan? Tak kisahlah...
  4. Okey... Dah siap pun. Selamat menghidang :)
Selamat mencuba semua :)

Instant Paprik saya :)

Thursday, October 4, 2012

Tanya Sama HATI


Salam pagi...



Nyanyian: P.Ramlee & Normadiah

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,

Bila difahamkan itulah sayang.

Wednesday, October 3, 2012

Novel Alaf 21 November 2012

Novel Alaf 21 Novemvber 2012 mesti dapat! hehehe


 Selamat membaca :)

Dr. Love


Salam petang :)

Tgh saya duk bosan buat kerja kat office, saya terlayanla satu blog ni.


First time masuk blog ni sebenarnya. Dan tak tahu pun kewujudan blog ni. Nampak sgt sy ni jarang blogwalking, kan? Dia punya follower, mak aih…ramainyer..kalah artis.

Kalau sapa2 ada masalah cinta ke..bolehla masuk blog ni. Siap boleh minta pendapat Mr. K ni lagik. Saya cuma bagi link je lah ek…

Ha..satu lagi, boleh follow twitter dan formspring dia sekali. Lagi senang.

Lepas saya go thru blog Mr. K, saya gelarkan dia Dr. Love. Ehehee…mmg pakar betul bab2 cintan cintun ni. Teringin pulak tgk orangnya~~

Monday, October 1, 2012

Demam Master Chef


Salam tengah hari semua..

Demam Master Chef!!!

Ya…Saya tgh demam Master Chef ni..hahaha

ALLAH… Setiap kali pandang Chef Adu Amran, jantung saya bergetar. Seriously, saya minat dengan dia. Tapi, xdela sampai saya tgk program MasterChef sbb Chef Adu je. Sambil2 cuci mata. Apa salahnya kan? Huhu…

Bila tgk Master Chef ni, menyesal pulak xpegi audition hari tu~~
Tapi bila fikir balik, saya ni bukannya pandai masak pun. Confirm kena kuar 1st episode lagi. Hahaha..

Korang rasa sapa yg menang tahun ni?
Saya sokong Che Lah..Hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...