Thursday, September 27, 2012

Saya dalam Dilema


Salam pagi, semua.

Apa khabar? Diharap semua sihat

Jarang sekali dapat masuk ke blog ni. Kalau sehari ada 36 jam kan bagus… Bolehla saya spent masa update blog dan blogwalking. Sungguh memang tak sempat. Nak mengarang pun tak sempat. Cerpen untuk raya puasa pun saya belum habis taip. Inikan pula nak update blog. Huhuhu…

Saya agak sibuk bekerja. Kerja sangatlah banyak. Setiap kali bila masuk office, duduk di meja saya…fikiran saya mesti terbayang kampung halaman. Rindu+++

Bila teringat kat kampung, saya selalu pasang niat nak balik tinggal di kampung je. Masalahnya sekarang, kat kampong tu kerja apa yang ada? Takkan saya nak bergantung pada royalti buku saya saja?

Sekarang saya sedang pertimbangkan niat saya ni. Sama ada nak balik tinggal di kampung dan cari kerja di sana ataupun terus tinggal di bandar yg serba sibuk ni (BORING duk KL ni)…

Saya memang dalam dilema….

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...