Tuesday, July 31, 2012

Puteri Mandi @ Kepek Hidung

Salam Ramadhan buat pengunjung blog saya yang beragama Islam :)
Dan selamat menjalani ibadah puasa.

Memandangkan sekarang bulan puasa dan ramai tengah cari resepi untuk buat kuih berbuka, saya nak share resepi turun temurun kuih puteri mandi arwah mak.



Bahan2:
250g Tepung beras pulut
Sesudu tepung beras
1/4 sudu kecil kapur sirih
Secubit Garam
Air putih
8 sudu gula
Sehelai daun pandan
Separuh biji kelapa parut


Cara2:

  1. Bancuh kapur dengan segelas air putih.
  2. Gaul bancuhan air kapur dengan tepung beras pulut dan tepung beras. Jika tidak sebati, boleh tambah air putih.
  3. Kemudian, uli guna tangan sampai adunan tidak melekat pada tangan. Jika adunan masih lembut dan lembik serta cair, boleh tambah tepung beras pulut lagi.
  4. Panaskan air putih di dalam periuk sehingga menggelegak. Jangan tutup api.
  5. Gentel adunan menjadi bulat kecil dan tekan di tengah-tengah. Kemudian, masukkan ke dalam no. 4.
  6. Tunggu sehingga ia timbul. Angkat dan asingkan kuih dari air tersebut. Boleh letak di dalam pinggan dulu.
  7. Ulang no. 5-6 sehingga adunan habis.
  8. Panaskan segelas air putih sama ada dalam periuk atau kuali. Masukkan gula,garam dan daun pandan dan kacau sehingga menggelegak.
  9. Selepas itu, masukkan kelapa parut dan gaulkan sehingga sebati.
  10. Akhir sekali, masukkan kuih ke dalam no. 9. Gaul sehingga sebati. Dan siap :)
  11. Hidanglah mengikut kretiviti masing-masing.
Selamat mencuba :)

p/s: Kalau kat Kelantan, memang kami panggil ni kuih kepek hidung. teringat dengan panggilan sorang kakak  kat hot fm semalam. ceritanya, dia cari kuih kepek hidung di bazar ramadhan tak jumpa2. suami dia yang nak. kakak tu pula tak kenal kuih ni. hehehe....

Monday, July 16, 2012

Saya dan angah di The Lagendary Concert

Fuhhh... Memang dah lama sangat tak update blog. Tersangatlah sibuk dan tak menyempat nk view blog sendiri. Manuskrip pn tergendala. Dlam kepala otak ni idea datang mencurah2 tp sayang, mmg xcukup masa nk mengadap lappy.

Apa2pn, saya nk share beberapa keping gambar di The Lagendary Concert di KL baru2 ni.
p/s: gamba mmg xcun langsung. Tp sy cukup puas berada di sana wlupn lagu kegemaran sy tak didendangkan oleh abang Zainal Abidin.












Tqvm to my bos sbb bagi tiket :)
Tq to Jamal Abdillah, Datuk Shiela Majid, Zainal Abidin dan Amy Search... Memang Best!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...