Sunday, May 27, 2012

Salam Terakhir - OST Hoore Hoore


Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir

p/s: Jom tengok Hoore Hoore :)

Thursday, May 24, 2012

Hidup Kita Terlalu Singkat

Assalamualaikum...


Rasanya baru semalam saya bermain teng teng dengan kawan-kawan di kampung.
Membilang rumah yang kumpulan kami kumpul setelah menang dan kemudiannya bersorak riang.
Kemudian, kami tukar permainan. Lompat getah...galah panjang....kadang2 permainan yg hanya bdk lelaki yg bermain pun saya hentam...
Ah...Seronoknya bila mengenangkan zaman kanak2 dulu.
Maklumlah, saya tinggal di kampung. Itu sajalah hiburan saya. Dulu, menonton tv tak termasuk dalam agenda harian saya. Apa yang saya fikir, bermain hingga ke petang. Pulang ke rumah bila emak suruh. Itupun berserta rotan dan piatan bisa emak di paha. Hahahaha... Saya dah biasa dicubit emak. Tanda biru di paha sentiasa bertambah. Punbegitu, saya tak pernah serik. Bermain bersama kawan2 merupakan syurga dunia buat saya waktu itu. Tak makan pun tak apa. Mandi apatah lagi. Hehehe... Tak hairanlah zaman kanak2 dulu saya busuk dan hitam. Hahahaha...


Sedar tak sedar, esok saya bakal menapak ke umur baru. Esok, pukul 6 pagi, genaplah umur saya ke 24 tahun. Ahhhh..... Hidup ini terlalu singkat, bukan? 


Masih melekat kemas di ingatan saya sewaktu saya mula2 melangkah ke alam persekolah. Semuanya baru. Kasut baru, baju baru, beg baru dan sudah tentu kawan2 baru. Lama-kelamaan saya seronok belajar di sekolah. Muzik, Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni... Antara subjek yang saya minati. Seronoknya dulu belajar Muzik. Cikgu akan bawakan radio ke dalam kelas dan kami menyanyi bersama-sama. London Bridge, Rumah Kecilku Sayang, Tanya Sama Pokok dan Bapaku Pulang Dari Kota menjadi siulan kami murid-murid waktu tu. Saya apatah lagi. :)


Baru semalam juga rasanya saya memasuki pintu utama UiTM. Hari pendaftaran pelajar baru yang mendebarkan. Hati saya berkecamuk hiba, gembira, suka dan puas hati. Usaha selama 10 tahun akhirnya membuahkan hasil. Saya sudah berdiri di tanah menara gading! Saya bakal menjadi graduan dalam bidang kejuruteraan!


Ya... Itulah yang saya nantikan. Selepas berhempas-pulas, saya akhirnya menamatkan pengajian saya di universiti. Alhamdulillah. Walaupun kejayaan ini tidak diiringi ibu tersayang, saya yakin doanya di sisi Allah sentiasa mengiringi saya. Terima kasih, semua. Terima kasih kerana menjadi tulang belakang saya menempuhi hidup yang dirintangi jalan berduri. Jasa dan budi kalian moga mendapat balasan dari ALLAH S.W.T. Amin.


Entah bagaimana pula nasib saya esok dan di kemudian hari? Moga rahmat ALLAH S.W.T sentiasa mengiringi saya. Amin.

Saturday, May 19, 2012

Assalamualaikum,,,

Assalamualaikum semua :))
Alhamdulillah, syukur...
Saya masih lagi diberi peluang menghirup udara, merasai hangatnya kasih sayang dari ahli keluarga, melihat adik-adik membesar dan menuntut ilmu dan berpeluang mendengar kata-kata indah :)
Syukur...,,,

Dah lama saya tak update blog ni, kan?
Dah lama jugak saya tak mengarang...
Tak sempat sangat2

InsyaALLAH, kesempatan yang datang saya akan update blog
Post cerpen :) dan bercerita apa saja di sini.
Buat yang setia dan sudi membaca, melihat dan juga mendengar di blog tak seberapa saya,
Alhamdulillah.. Terima kasih, semua.

Di kesempatan ini, saya ingin kongsi kegembiraan saya meraikan konvo setelah berpenat lelah menuntut ilmu di menara gading.
Walaupun bilangan foto tidaklah banyak, insyaALLAH... ianya bakal memberikan inspirasi buat yang melihat.

Buat yang masih lagi menuntut di menara gading,,, berusahalah...kerana ianya akan membuahkan hasil.
Buat yang masih di bangku sekolah, tuntutlah ilmu walaupun ke negara China. Tanpa ilmu, anda tidak akan berdarjat.
Dan satu lagi, jangan kita berlaku sombong kerana apa yang kita miliki, bukan milik kita selamanya.
ALLAH S.W.T Maha Adil....Jangan lupa berdoa juga. :)

Jom layan gambar2 di bawah.


(Menunggu giliran ke atas pentas)

(Sesi bergambar dgn kawan2)

(Saat yang indah)

Masih banyak lagi gambar yang tak diupload. Mungkin lain kali :)
Panjang umur, kita jumpa lagi.
Assalamualaikum...

Saturday, May 5, 2012

(Sinopsis) Kupujuk Hati

BERPERWATAKAN lelaki itulah keselesaan yang ada pada gadis bernama Ain Haryani. Itu dulu, tetapi sekarang tidak lagi. Dia rupa-rupanya sedang diintai. Dalam diam, neneknya mahu menjodohkannya dengan sepupu sendiri bernama Dr. Adam Amri.

Ain suka, tetapi dia takut untuk bercinta dengan Amri. Namun, melihat keprihatinan dan tanggungjawab Amri terhadapnya, sedikit demi sedikit dia cuba memberikan cintanya kepada lelaki itu. Lalu, tali pertunangan diikat. Menjadi tunangan orang ada sahaja dugaannya. Kehadiran Dani menggugat kelelakian Amri. Perasaan cemburu melihat Dani bermesra dengan Ain merobek hatinya. Walau Ain menafikan dan menegaskan hubungan mereka atas urusan kerja, namun Amri sukar mempercayainya. Melayari alam perkahwinan pun ada ujiannya. Ada sahaja yang tidak kena. Haluan Ain ke kiri dan Amri pula memilih haluan ke kanan. Kehadiran Dr. Sufi merebut cinta Amri menyesakkan fikiran Ain. Ain harus pujuk hatinya sendiri. Perlukah dia meninggalkann Amri bagi memberi peluang kepada Dr. Sufi ? Namun, kasihan anak yang dikandung ini. Amri seolah-olah lupa tanggungjawabnya!
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...