Thursday, November 29, 2012

Sayur Air Cool


Apa khabar...?
Dah bersarang dah blog saya ni.

Makan apa petang nanti?
Xpun, makan apa utk hari2 esok?

Macam biasalah...nk share apa yg saya masak semalam..hehehe
Saya namakan sayur air cool,,,xde sebab dan saja suka2.
Sayur air ni memang mudah dan senang nk masak(cop,,,mudah dan senang tu perkataan yg sama kan?)

Oh lupa. Sebab kakak ipar suka makan, so saya masaklah.
Nak resepi??

Bahan2:
1)Minyak zaiton/minyak masak
2)Bawang putih 2 ulas diketuk
3)Cili padi 3 biji
4)Air dua gelas setengah
5)Garam dan gula secukup rasa
6)Kubis dan kubis bunga (dua2 1/4)
7)Sebijik telur ayam

Cara masak:
1)Panaskan minyak dan tumis bahan 2 dan 3
2)Masukkan bahan 4 masak sehingga mendidih. Tambah bahan 5
3)Kemudian pecahkan bahan 6
4)Lastly bila telur dah masak, masukkan sayur.
Siap....

Selamat mencuba~~~


Monday, October 22, 2012

Instant Paprik

Salam... Apa khabar?
Hari ni saya nak kongsikan resepi salah satu menu kegemaran saya.
Paling simple dan senang...

Saya namakan masakan ni Instant Paprik sebab senang dimasak. Tak payah tumis pun.

Bahan-bahan:

Bahan 1-
1 sudu minyak masak/olive
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap
2 sudu sos cili
2 batang serai - ketuk 
3 helai daun limau purut
Gula, garam secukup rasa


Bahan 2-
Ayam - dipotong dadu
Sotong - pun potong
Udang - dibuang kepala dan ekor (ni yg saya selalu buatla)...bergantung mcmn korang nk sediakan

Bahan 3-
Bunga kubis
Kubis


Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan 1 ke dalam kuali. Kemudian panaskan sehingga mendidih. Kacau kadang-kadang je.
  2. Bila bahan2 di no. 1 dah mendidih, masukkan bahan 2, masak sehingga lauk2 tu masak.
  3. Kemudian, bahan 3 dimasukkan pula. Masaklah sayur2 tu setakat mana yg korg suka. Sbb ada yg suka sayur mentah sikit2 kan? Ada yg suka yg betul2 masak, kan? Tak kisahlah...
  4. Okey... Dah siap pun. Selamat menghidang :)
Selamat mencuba semua :)

Instant Paprik saya :)

Thursday, October 4, 2012

Tanya Sama HATI


Salam pagi...



Nyanyian: P.Ramlee & Normadiah

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,

Bila difahamkan itulah sayang.

Wednesday, October 3, 2012

Novel Alaf 21 November 2012

Novel Alaf 21 Novemvber 2012 mesti dapat! hehehe


 Selamat membaca :)

Dr. Love


Salam petang :)

Tgh saya duk bosan buat kerja kat office, saya terlayanla satu blog ni.


First time masuk blog ni sebenarnya. Dan tak tahu pun kewujudan blog ni. Nampak sgt sy ni jarang blogwalking, kan? Dia punya follower, mak aih…ramainyer..kalah artis.

Kalau sapa2 ada masalah cinta ke..bolehla masuk blog ni. Siap boleh minta pendapat Mr. K ni lagik. Saya cuma bagi link je lah ek…

Ha..satu lagi, boleh follow twitter dan formspring dia sekali. Lagi senang.

Lepas saya go thru blog Mr. K, saya gelarkan dia Dr. Love. Ehehee…mmg pakar betul bab2 cintan cintun ni. Teringin pulak tgk orangnya~~

Monday, October 1, 2012

Demam Master Chef


Salam tengah hari semua..

Demam Master Chef!!!

Ya…Saya tgh demam Master Chef ni..hahaha

ALLAH… Setiap kali pandang Chef Adu Amran, jantung saya bergetar. Seriously, saya minat dengan dia. Tapi, xdela sampai saya tgk program MasterChef sbb Chef Adu je. Sambil2 cuci mata. Apa salahnya kan? Huhu…

Bila tgk Master Chef ni, menyesal pulak xpegi audition hari tu~~
Tapi bila fikir balik, saya ni bukannya pandai masak pun. Confirm kena kuar 1st episode lagi. Hahaha..

Korang rasa sapa yg menang tahun ni?
Saya sokong Che Lah..Hahaha

Thursday, September 27, 2012

Saya dalam Dilema


Salam pagi, semua.

Apa khabar? Diharap semua sihat

Jarang sekali dapat masuk ke blog ni. Kalau sehari ada 36 jam kan bagus… Bolehla saya spent masa update blog dan blogwalking. Sungguh memang tak sempat. Nak mengarang pun tak sempat. Cerpen untuk raya puasa pun saya belum habis taip. Inikan pula nak update blog. Huhuhu…

Saya agak sibuk bekerja. Kerja sangatlah banyak. Setiap kali bila masuk office, duduk di meja saya…fikiran saya mesti terbayang kampung halaman. Rindu+++

Bila teringat kat kampung, saya selalu pasang niat nak balik tinggal di kampung je. Masalahnya sekarang, kat kampong tu kerja apa yang ada? Takkan saya nak bergantung pada royalti buku saya saja?

Sekarang saya sedang pertimbangkan niat saya ni. Sama ada nak balik tinggal di kampung dan cari kerja di sana ataupun terus tinggal di bandar yg serba sibuk ni (BORING duk KL ni)…

Saya memang dalam dilema….

Tuesday, July 31, 2012

Puteri Mandi @ Kepek Hidung

Salam Ramadhan buat pengunjung blog saya yang beragama Islam :)
Dan selamat menjalani ibadah puasa.

Memandangkan sekarang bulan puasa dan ramai tengah cari resepi untuk buat kuih berbuka, saya nak share resepi turun temurun kuih puteri mandi arwah mak.



Bahan2:
250g Tepung beras pulut
Sesudu tepung beras
1/4 sudu kecil kapur sirih
Secubit Garam
Air putih
8 sudu gula
Sehelai daun pandan
Separuh biji kelapa parut


Cara2:

  1. Bancuh kapur dengan segelas air putih.
  2. Gaul bancuhan air kapur dengan tepung beras pulut dan tepung beras. Jika tidak sebati, boleh tambah air putih.
  3. Kemudian, uli guna tangan sampai adunan tidak melekat pada tangan. Jika adunan masih lembut dan lembik serta cair, boleh tambah tepung beras pulut lagi.
  4. Panaskan air putih di dalam periuk sehingga menggelegak. Jangan tutup api.
  5. Gentel adunan menjadi bulat kecil dan tekan di tengah-tengah. Kemudian, masukkan ke dalam no. 4.
  6. Tunggu sehingga ia timbul. Angkat dan asingkan kuih dari air tersebut. Boleh letak di dalam pinggan dulu.
  7. Ulang no. 5-6 sehingga adunan habis.
  8. Panaskan segelas air putih sama ada dalam periuk atau kuali. Masukkan gula,garam dan daun pandan dan kacau sehingga menggelegak.
  9. Selepas itu, masukkan kelapa parut dan gaulkan sehingga sebati.
  10. Akhir sekali, masukkan kuih ke dalam no. 9. Gaul sehingga sebati. Dan siap :)
  11. Hidanglah mengikut kretiviti masing-masing.
Selamat mencuba :)

p/s: Kalau kat Kelantan, memang kami panggil ni kuih kepek hidung. teringat dengan panggilan sorang kakak  kat hot fm semalam. ceritanya, dia cari kuih kepek hidung di bazar ramadhan tak jumpa2. suami dia yang nak. kakak tu pula tak kenal kuih ni. hehehe....

Monday, July 16, 2012

Saya dan angah di The Lagendary Concert

Fuhhh... Memang dah lama sangat tak update blog. Tersangatlah sibuk dan tak menyempat nk view blog sendiri. Manuskrip pn tergendala. Dlam kepala otak ni idea datang mencurah2 tp sayang, mmg xcukup masa nk mengadap lappy.

Apa2pn, saya nk share beberapa keping gambar di The Lagendary Concert di KL baru2 ni.
p/s: gamba mmg xcun langsung. Tp sy cukup puas berada di sana wlupn lagu kegemaran sy tak didendangkan oleh abang Zainal Abidin.












Tqvm to my bos sbb bagi tiket :)
Tq to Jamal Abdillah, Datuk Shiela Majid, Zainal Abidin dan Amy Search... Memang Best!

Sunday, May 27, 2012

Salam Terakhir - OST Hoore Hoore


Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir

p/s: Jom tengok Hoore Hoore :)

Thursday, May 24, 2012

Hidup Kita Terlalu Singkat

Assalamualaikum...


Rasanya baru semalam saya bermain teng teng dengan kawan-kawan di kampung.
Membilang rumah yang kumpulan kami kumpul setelah menang dan kemudiannya bersorak riang.
Kemudian, kami tukar permainan. Lompat getah...galah panjang....kadang2 permainan yg hanya bdk lelaki yg bermain pun saya hentam...
Ah...Seronoknya bila mengenangkan zaman kanak2 dulu.
Maklumlah, saya tinggal di kampung. Itu sajalah hiburan saya. Dulu, menonton tv tak termasuk dalam agenda harian saya. Apa yang saya fikir, bermain hingga ke petang. Pulang ke rumah bila emak suruh. Itupun berserta rotan dan piatan bisa emak di paha. Hahahaha... Saya dah biasa dicubit emak. Tanda biru di paha sentiasa bertambah. Punbegitu, saya tak pernah serik. Bermain bersama kawan2 merupakan syurga dunia buat saya waktu itu. Tak makan pun tak apa. Mandi apatah lagi. Hehehe... Tak hairanlah zaman kanak2 dulu saya busuk dan hitam. Hahahaha...


Sedar tak sedar, esok saya bakal menapak ke umur baru. Esok, pukul 6 pagi, genaplah umur saya ke 24 tahun. Ahhhh..... Hidup ini terlalu singkat, bukan? 


Masih melekat kemas di ingatan saya sewaktu saya mula2 melangkah ke alam persekolah. Semuanya baru. Kasut baru, baju baru, beg baru dan sudah tentu kawan2 baru. Lama-kelamaan saya seronok belajar di sekolah. Muzik, Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni... Antara subjek yang saya minati. Seronoknya dulu belajar Muzik. Cikgu akan bawakan radio ke dalam kelas dan kami menyanyi bersama-sama. London Bridge, Rumah Kecilku Sayang, Tanya Sama Pokok dan Bapaku Pulang Dari Kota menjadi siulan kami murid-murid waktu tu. Saya apatah lagi. :)


Baru semalam juga rasanya saya memasuki pintu utama UiTM. Hari pendaftaran pelajar baru yang mendebarkan. Hati saya berkecamuk hiba, gembira, suka dan puas hati. Usaha selama 10 tahun akhirnya membuahkan hasil. Saya sudah berdiri di tanah menara gading! Saya bakal menjadi graduan dalam bidang kejuruteraan!


Ya... Itulah yang saya nantikan. Selepas berhempas-pulas, saya akhirnya menamatkan pengajian saya di universiti. Alhamdulillah. Walaupun kejayaan ini tidak diiringi ibu tersayang, saya yakin doanya di sisi Allah sentiasa mengiringi saya. Terima kasih, semua. Terima kasih kerana menjadi tulang belakang saya menempuhi hidup yang dirintangi jalan berduri. Jasa dan budi kalian moga mendapat balasan dari ALLAH S.W.T. Amin.


Entah bagaimana pula nasib saya esok dan di kemudian hari? Moga rahmat ALLAH S.W.T sentiasa mengiringi saya. Amin.

Saturday, May 19, 2012

Assalamualaikum,,,

Assalamualaikum semua :))
Alhamdulillah, syukur...
Saya masih lagi diberi peluang menghirup udara, merasai hangatnya kasih sayang dari ahli keluarga, melihat adik-adik membesar dan menuntut ilmu dan berpeluang mendengar kata-kata indah :)
Syukur...,,,

Dah lama saya tak update blog ni, kan?
Dah lama jugak saya tak mengarang...
Tak sempat sangat2

InsyaALLAH, kesempatan yang datang saya akan update blog
Post cerpen :) dan bercerita apa saja di sini.
Buat yang setia dan sudi membaca, melihat dan juga mendengar di blog tak seberapa saya,
Alhamdulillah.. Terima kasih, semua.

Di kesempatan ini, saya ingin kongsi kegembiraan saya meraikan konvo setelah berpenat lelah menuntut ilmu di menara gading.
Walaupun bilangan foto tidaklah banyak, insyaALLAH... ianya bakal memberikan inspirasi buat yang melihat.

Buat yang masih lagi menuntut di menara gading,,, berusahalah...kerana ianya akan membuahkan hasil.
Buat yang masih di bangku sekolah, tuntutlah ilmu walaupun ke negara China. Tanpa ilmu, anda tidak akan berdarjat.
Dan satu lagi, jangan kita berlaku sombong kerana apa yang kita miliki, bukan milik kita selamanya.
ALLAH S.W.T Maha Adil....Jangan lupa berdoa juga. :)

Jom layan gambar2 di bawah.


(Menunggu giliran ke atas pentas)

(Sesi bergambar dgn kawan2)

(Saat yang indah)

Masih banyak lagi gambar yang tak diupload. Mungkin lain kali :)
Panjang umur, kita jumpa lagi.
Assalamualaikum...

Saturday, May 5, 2012

(Sinopsis) Kupujuk Hati

BERPERWATAKAN lelaki itulah keselesaan yang ada pada gadis bernama Ain Haryani. Itu dulu, tetapi sekarang tidak lagi. Dia rupa-rupanya sedang diintai. Dalam diam, neneknya mahu menjodohkannya dengan sepupu sendiri bernama Dr. Adam Amri.

Ain suka, tetapi dia takut untuk bercinta dengan Amri. Namun, melihat keprihatinan dan tanggungjawab Amri terhadapnya, sedikit demi sedikit dia cuba memberikan cintanya kepada lelaki itu. Lalu, tali pertunangan diikat. Menjadi tunangan orang ada sahaja dugaannya. Kehadiran Dani menggugat kelelakian Amri. Perasaan cemburu melihat Dani bermesra dengan Ain merobek hatinya. Walau Ain menafikan dan menegaskan hubungan mereka atas urusan kerja, namun Amri sukar mempercayainya. Melayari alam perkahwinan pun ada ujiannya. Ada sahaja yang tidak kena. Haluan Ain ke kiri dan Amri pula memilih haluan ke kanan. Kehadiran Dr. Sufi merebut cinta Amri menyesakkan fikiran Ain. Ain harus pujuk hatinya sendiri. Perlukah dia meninggalkann Amri bagi memberi peluang kepada Dr. Sufi ? Namun, kasihan anak yang dikandung ini. Amri seolah-olah lupa tanggungjawabnya!
 

Wednesday, March 7, 2012

Bukankah Aku

Siapa yang tengok Pelangi Kasih angkat tangan?
Saya pun tengok cerita ni. Bestkan? Kalau best give me five :D
Jom layan lagu tema Pelangi Kasih....


Hancur hatiku hatiku ini

Meskipun tiada pun yang tahu
Aku berdoa aku kan cuba
Meskiku tak lagi percaya

Namun ku masih tetap mencuba
Hampa hati yang ada di langkah kaki
Namun tetap ku menanti

Bukankah aku yang kau mengatakan cinta
Bukan diriku yang kau janjikan semua
Luluh hatiku menantikanmu
Menantikan jawabmu ohh

Meskipun engkau bukan seperti yang dulu
Namun ku tetap disini menantikanmu
Sampai hatimu tinggalkan aku
Namun cintaku tetap hanya untukmu

Bukankah aku yang kau mengatakan cinta
Bukan diriku yang kau janjikan semua
Luluh hatiku menantikanmu
Menantikan jawabmu ohh

Meskipun engkau bukan seperti yang dulu
Namun ku tetap disini menantikanmu
Sampai hatimu tinggalkan aku
Namun cintaku tetap hanya untukmu

Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2012/01/lirik-lagu-bukankah-aku-awi-rafael-lagu.html#ixzz1oRvWj9Ym


p/s: Respek dengan director dan penulis skrip Pelangi Kasih. Cerita ni best giler :)

Tuesday, March 6, 2012

TAK AKAN PUTUS ASA

Selepas membaca post ketua editor di FB semangat saya kembali berkobar-kobar.
Mungkin manuskrip saya merupakan salah satu manuskrip yang lemah.
Namun, apapun saya tak akan putus asa.
Segala nasihat dan teguran yang diberikan akan saya jadikan rujukan untuk berkarya.
Doakan yang terbaik untuk saya :)

Thursday, March 1, 2012

Terukir di Bintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


Thursday, February 23, 2012

SNOW WASH PERUMAHAN SAUJANA

Pagi hari minggu dihabiskan dengan membasuh kereta??-Bila nak pergi jogging dan layan breakfast dengan isteri dan anak2 sambil relaks tengok TV?

Ah, motor ni asyik kotor je. Tambah-tambah hari hujan. Hisy. Kalau nak basuh makan masa pulak ni. Sekejap lagi nak bawa girlfriend keluar dating...

Lori 3 tan ni mesti nampak bersih. Takkan nak bawak barang-barang dalam lori kotor kot?

Anda diserang masalah-masalah seperti di atas?
Apa kata anda singgah di SNOW WASH PERUMAHAN SAUJANA.
Masalah anda pasti selesai.

SNOW WASH PERUMAHAN SAUJANA
Waktu operasi :
10 pagi - 8 malam
Dibuka setiap hari 


Di mana?
Jangan risau. Kami tunjukkan jalannya.



Tuesday, February 21, 2012

Oh Ibu

Oh! Ibu

Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Wednesday, February 15, 2012

Bulan Pink

Bulan Pink saya!
Jadi kena tukar background dan semuanya sekali dalam warna pink~~

Entri kali ni saya nak kongsi gambar2 saya waktu kecik dulu..weeee

Saya dan Kak Long di bawah pohon bunga kertas yang rendang

Saya di rumah jiran 

Saya dan abang ketika ke Kuala Terengganu

Saya dan Amirul, anak saudara sulung

Gambar paling kelakar dan selalu buat saya ketawa... Saya dan adik, Ikha

Ketika berjalan2 di rumah jiran... Guru Quran saya di belakang :)

Saya adalah kampung girl :)



Sunday, February 12, 2012

Rumah Semi-D Satu Tingkat Untuk DiJUAL



ALAMAT: NO 51, TAMAN DESA PERMAI, MUKIM TG KLING, REMBAU

KELUASAN 20X70

HARGA: RM 98 000 (NEGOTIABLE)

BILIK TIDUR: 3

BILIK AIR : 2

DEKAT DENGAN LRT DAN KAWASAN PERINDUSTRIAN

Berminat??
Hubungi Puan Zunaidah di talian 012-9495506

Sunday, February 5, 2012

Superbike or Motorbike?

Jom layan gambar2 superbike sampai berdarah hidung..hehe


Kawasaki ZX-10R
Kawasaki ZX-6R

Honda CBR 250



Saturday, February 4, 2012

Adik...Saya Sayang Awak :)

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.



Sunday, January 29, 2012

Methanol Production Plant Design

Phewwww...Lega
Jom layan gambar2 lepas presentation groun project saya kelmarin

Muka happy sebab dah settle semua..yehhaaa..

Gambar dengan supervisor and allied supervisor... tak lupa juga dengan model plant skali...cunnnnn

Ni saja mempoyosssssskan diri masing2..macam nk masuk court pon ada..wahaha

Friday, January 27, 2012

End of Semester

Alhamdulillah...
Selesai sudah design project 
Production of 100,000 per year methanol plant sudah berjaya melalui fasa viva..yihhaaa
Lepas ni akan buzy dengan hardcover pulak... 
Lepas tu baru kena fikir pasal kerja..wuuuu

Monday, January 16, 2012

Happy Heck

Happy?
For sure sebab baru dapat kupon RM 200..Fuyooooo
Tak sabar rasanya nak ke kedai buku dan beli comics and novels...
Kepada sesaper yang tak pegi tuntut  kupon lagi, ayuh cepat2 :)


To my follower and Kupujuk Hati fans
I love you so much..muah2

Wednesday, January 4, 2012

KARNIVAL BUKU KARANGKRAF 27,28 DAN 29 JANUARI 2012

Jom datang beramai-ramai :)


Monday, January 2, 2012

Happy New Year

Selamat Tahun Baru
buat pengunjung blog adindazurainie
Ayuh tanam azam baru
Tahun ni biar jadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni
Good Luck!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...