Friday, December 23, 2011

Hidup Ini Indah

Selamat petang wahai pengunjung blog saya
Tension? Sedih? atau kecewa?
Jangan bersedih dan sentiasa senyum :)
Jom dengar lagu dari Dewa



Handsome kan drumer tu..hehe
Cara dia main cool~~
Lagu2 Dewa sumenya cool!

Tuesday, December 20, 2011

Henry Golding!!!!

Hi pengunjung blog saya yg cool:)
Selamat petang semua
Well, hari ni saya nak share gambar Henry Golding
Mungkin ada yang tak kenal dengan jejaka macho lagi handsome ni kan?
No worries :)
Bukak Encik Google and type Henry Golding. For sure rahang korang terbukak luas and mata korang membutang.. Heheh.. Over kan description saya..
Whatever... He's so charming (buat muka gedik2..hehehe)
Jom, layan gambar2 Henry Golding dibawah :)
p/s: Kepada sesiapa yang pengsan klw tgk lelaki macho...pesanan saya, tekan butang pangkah pada hujung page ini ye....huhuhu



See his smile.. terus melting kan? hehe

Thursday, December 15, 2011

Cerpen : AKU DAN KAMU

Kau masih cantik seperti dulu
Saat pertama kujumpa denganmu
Terasa inginku bersamamu
Tapi aku tidak seperti dulu

Kau senyum mesra
Mungkin tak mengapa
Tapi ku tak bisa
Pasti ada yang kan terluka

Jangan ditunggu pasti takkan berlaku
Walau kucinta kamu
Biar disimpan
Adakan sempadan
Aku dan juga dirimu

Kini aku telah berdua
Masa depan yang tak kita duga
Kutahu kau masih mengharap jua
Tapi ku tak bisa meninggalkannya

******************************************************************

“TAK balik lagi?” Helena yang sedang tekun menelaah pelajaran ditegurnya dari belakang. Jarum jam sudah menginjak ke pukul sepuluh empat puluh lima. Semua pelajar tingkatan empat dan lima sudah mula berasak ke dewan makan untuk hidangan lewat malam. Hanya tinggal beberapa kerat lagi masih mengemas buku-buku ke dalam beg galas.
Gadis itu mengangguk bersama senyuman yang menguntum di bibir. Didongaknya wajah merenung sang kekasih seketika kemudian menyambung kembali menulis di dalam buku tebal dan panjang di atas meja.
Pennya menari-nari seketika dan kembali mencoret ke atas kertas putih yang bergaris lurus melintang.
“Na, saya rasa awak silap kira.” Wady, baru saja menjadi boyfriend Helena sebulan yang lepas.
Dipandangnya dengan kerutan seribu di dahi. Sebelum ini, tidak pernah seorang pun rakan-rakan menegurnya silap di dalam kelas. Menginjak ke tingkatan empat, dia sudah mula menjinakkan diri menelaah pelajaran. Serik bila keputusan PMR hanya 7A 1B. Dia sungguh menyesal kerana tidak berusaha keras unutk memasuki ke sekolah berasrama yang tergolong dalam golongan elite.
“Silap? Rasanya dah betul.” Malu bercampur ego membuatkan Helena tidak mahu mengaku kalah.
“Mg2+ dan OH- akan menjadi Mg(OH)2.” Ditunjuknya Wady cara mengira dengan betul. Terangguk-angguk Helena dengan penerangan Wady. Malu dia bila kesalahan yang remeh temeh itu ditegurnya.
Di dalam kelas, bukan main lagi kawan-kawan meminta tunjuk ajar darinya. Dari subjek bahasa Melayu sehinggalah Matematik Tambahan, semuanya meminta tunjuk ajar darinya. Dia tidak pernah tersilap. Segala ilmu dikongsi bersama. Namun, kali ini dia silap percaturan. Kesalahan kecil diperbetulkan buah hati yang baru dikenalinya. Sungguh memalukan!
“Awak... Tinggal lima minit lagi nak masuk ke dalam asrama. Awak tak nak balik lagi? Nanti warden tahan awak. Siapa yang susah? Saya jugak.” Ketawa mengekek Helena mendengar usikan Wady berbaur teguran.
“Sekejap. Saya kemaskan barang-barang saya.” Segera dimasukkan buku-bukunya yang berselarakkan di dalam beg sekolah dibantu oleh Wady. Mereka berjalan seiringan menuju ke pintu masuk asrama Helena.
“Awak nak makan? Saya belikan awak nasi di kedai Ma. Kesian awak. Tak sempat nak supper.” Wady membahasakan pemilik kedai makanan di kafe asrama dengan panggilan Ma.
Sejak dari tadi lagi mereka membiarkan sepi menyelubungi mereka. Masih ada lagi sekelompok pelajar lelaki dan perempuan tingkatan lima berjalan ke asrama masing-masing. Ada mulut-mulut nakal mengusik Wady dan Helena yang berjalan seiringan.
“Tak. Saya kenyang lagi makan malam tadi. Sekejap lagi sebelum tidur saya akan minum susu. Nanti penuh pulak perut. Lain kali ye, awak.” Helena senyum lagi sambil mendongak merenung tepat ke dalam anak mata Wady. Sejak bergelar pasangan bahagia dalam kalangan kawan-kawan, mereka seakan-akan bahagia.
Mereka berhenti di persimpangan jalan menuju ke asrama putera dan puteri. Bertemankan cahaya rembulan yang mengambang, angin sepoi-sepoi menderu dari arah pantai dan nyanyian cengkerik berserta dengan desiran pohon-pohon rhu yang menyentuh bagai bersalam-salaman antara satu sama lain, Wady mengucapkan selamat tinggal dan selamat malam buat Helena. Tubuh Helena direnungnya dengan penuh kasih sayang tanpa berkedip sehingga batang tubuh gadis itu menghilang di balik pintu bangunan asrama puteri.
“Helena, suatu hari nanti awak akan jadi permaisuri hidup saya.” Bisik hati kecilnya lalu menapak gagah ke asrama putera.
******************************************************************
          Hari ini sudah genap tiga bulan mereka saling mengenali. Helena sudah mengenali hati budi Wady, begitu sebaliknya. Masing-masing diulit gelora asmara bercinta. Dalam bercinta, masing-masing tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Pergaulan masih lagi terbatas. Setiap kali berjumpa, Helena akan membawa sahabat baiknya, Maira bersama sebagai peneman. Takut nanti terjumpa dengan guru-guru yang meronda ataupun tertangkap berdua-duaan oleh warden. Pasti malang nanti nasib Helena dan Wady. Bercinta ada hadnya. Masing-masing harus mengejar kejayaan yang ingin dikecapi bersama. Itu janji mereka.
“Tahniah Na kerana dapat kedudukan ke 17 dalam batch awak.” Tutur Wady mesra lewat petang itu mereka bertemu seperti biasa.
“Setiap usaha akan membuahkan hasil. Awak pun apa kurangnya. Top 30.” Usik Helena. Cuba menyedapkan hati Wady. Dia tahu hati lelaki mana yang tidak tercalar egonya bila gadis pujaan mendapat keputusan yang lebih cemerlang darinya.
“Nanti kita berusaha lebih sikit unutk dapat top 10, okey.” Pujuk Helena tatkala mata Wady redup penuh kehampaan. Dia tahu Wady kecewa. Namun, kalah tidak bererti mengalah. Sekali jatuh, tidak semestinya terus rebah. Mereka boleh bangkit semula.
“Hari ni Na menelaah mata pelajaran apa?” Soal Wady terus sambil mengangguk. Nasihat Helena harus dituruti. Semangatnya mula berkobar-kobar.
“Sejarah. Ayuh, sama-sama!”
Seperti biasa, mereka berdua akan menelaah pelajaran bersama sehingga jam menginjak ke waktu makan malam. Mereka berpisah di balik dinding dewan makan yang memisahkan pelajar lelaki dan perempuan.
“Tuhan, andai jodoh kami bersama, temukan kami kelak.” Doa Wady dalam diam.
******************************************************************
Tergopoh-gopoh Wady menyarung sepatu. Selepas pulang dari sembahyang Jumaat, skrin telefonnya tertera 10 misscall dari Helena. Cepat-cepat dia menghantar pesanan ringkas kepada Helena. Sebentar kemudian telefon berbunyi menandakan mesej masuk. Dibukannya peti simpanan. Tertera nama Helena dan patah-patah ayat tertulis di situ.
‘Sudah seminggu tak berjumpa. Saya rindukan awak. Saya tunggu awak di tempat biasa.’
Dia tidak membalas. Terus dia berjalan ke kelas Helena. Tempat mereka selalu bertemu bertemankan Maira.
Itulah kali pertama Helena menuturkan kata rindu padanya. Sebelum ini Helena sekadar tersenyum tatkala dia mengucapkan selamat malam dan mimpikan saya setiap kali mahu berpisah di simpang asrama putera dan puteri.
Helena yang sentiasa tenang. Helena tidak mudah melatah setiap kali dituduh yang bukan-bukan oleh rakan-rakan seusianya kerana bercinta dengannya. Helena yang sentiasa mengulangkaji pelajaran tidak kira masa. Kadang-kadang, Helena langsung tidak pedulikan kehadirannya.
Fikirnya, hanya dia yang tergila-giakan Helena. Setiap malam dia termimpikan bayang-bayang Helena. Tidurnya tidak lena dek Helena. Bila rindu menyerbu, dia akan merenung Helena dari kelasnya di blok hadapan dari jauh di tingkat tiga. Sungguh... Dia benar-benar sukakan Helena. Dia angaukan Helena. Penyakit itu hanya akan terubat dengan Helena.
Hari ini, kesabarannya berbalas. Dia gagah menghayun derap ke kelas Helena dengan penuh semangat. Cintanya pada Helena menyala bak api membara. Rindunya ingin menatap wajah Helena meluap-luap. Dia tahu, dia masih mentah untuk menilai erti cinta dan kasih sayang. Apa salahnya dia mencuba? Ada saja pasangan yang bercinta sejak di bangku sekolah kekal sehingga beranak pinak dan bercucu cicit. Dia mahu begitu.
“Awak sihat?” Mengah dia mencapai kerusi lalu duduk berhadapan dengan Helena.
“Hmm.. Awak?” Soal Helena kembali. Wajahnya berseri-seri bersulam senyuman. Hati Wady dipagut rasa sayang yang membuak-buak. Dia bukan saja cintakan kecantikan kerana kacukan dimiliki oleh Helena, malah dia sukakan kerajinan Helena dan kesungguhan Helena belajar. Dia cintakan segalanya yang ada pada Helena.
“Sihat.” Jawab Wady ringkas.
“Awak tak sibuk? Saya mengganggu awak hari ni?” Manis wajah Helena bertanyakan Wady. Hati Wady mudah saja cair melihat renungan gadis di hadapannya itu.
“Hajatnya nak jamming sekejap lagi. Demi awak, saya tunda esok.” Jawab Wady ringkas. Matanya masih tidak lekang dari merenung Helena. Seminggu tidak bertemu, hari ini dia akan melampiaskan rindunya sepuas-puasnya.
Helena makin sibuk. Kerja-kerja sekolah yang bertimbun dan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang banyak menyukarkan mereka bertemu seperti biasa lagi. Sebagai senior yang ingin memahami, Wady cuba bersabar.
“Kesian awak. Tak apalah. Cukuplah kalau dapat jumpa awak sekejap. Dah terubat rindu saya pada awak.” Tutur Helena lembut.
Cair hati Wady mendengar pengakuan Helena. Mahu saja dia bersorak gembira dan menyatakan pada dunia bahawa dia sayangkan dan ingin mencintai Helena sehingga ke akhir hayatnya.
“Awak suka band apa? Nanti saya nyanyikan awak satu lagu bila kita jumpa nanti.”
Sudah lama dia ingin mengendong gitar kapak kesayangannya bertemu Helena. Dia mahu menyanyikan lagu kegemaran Helena di hadapan gadis itu sebagai bukti cintanya pada Helena.
“Flop poppy!” Jawab Helena girang. Matanya bersinar-sinar menyebut nama band Malaysia itu.
“Nanti saya study lagu-lagu band tu. Lepas tu saya nyanyikan untuk awak, okey?” Janji Wady sungguh-sungguh.
Mata Helena yang bersinar-sinar gembira mendengar janji Wady membuatkan hati lelaki itu berbunga riang. Gembira dia bukan kepalang kerana dapat menggembirakan hati Helena.
Lama mereka berbual petang itu. Dari Flop Poppy ke Simple Plan, Wady semakin rancak bercerita mengenai rakan-rakan bandnya dan lagu-lagu yang sering mereka jamming jika berkumpul. Dia mahu Helena turut serta melihat dia memetik gitar, namun dia yakin mereka tidak dapat keluar ke bandar bersama-sama kecuali hujung bulan. Iaitu waktu pelajar-pelajar dibenarkan pulang ke rumah bercuti hujung bulan.
******************************************************************
Helena merengek minta dibelikannya novel terbaru keluaran Alaf 21. Dia hanya menurut. Selepas berjanji untuk berjumpa di pusat bandar, mereka berjalan beriringan ke kedai buku.
Helena masih lagi lengkap beruniform sekolah sepertinya. Mereka melangkah masuk ke dalam kedai buku, terus Helena mencapai novel putih bertajuk Yang Terindah karya Anis Ayuni.
Bibir gadis itu melebar dengan senyuman bila mereka bersama-sama melangkah keluar dari kedai buku dan menapak ke restoren makanan segera pula. Dia mahu pastikan perut Helena terisi sebelum Helena dijemput ayahnya di stesen bas nanti.
“Kenapa pilih novel ni?” Tanya Wady saat dia meletakkan dulang berisi beberapa ketul ayam dan burger kecil lalu duduk berhadapan Helena.
Novel berkulit putih berhias bunga-bunga berwarna warni itu ditiliknya penuh minat. Dia langsung tidak tahu Helena mempunyai hobi membaca novel dan minat dengan muzik.
“Entah. Indahkan tajuknya? Yang Terindah, macam awak dan saya. Ada kenangan terindah kita bersama.” Senyuman manis ditatap Wady sepuas-puasnya. Dalam hatinya, dia berharap dapat memiliki senyuman itu secara mutlak.
“Saya nak jadikan novel ini sebagai simpanan saya dan kenangan saya dengan awak.” Tuturnya lagi.  Burger di dalam dulang dicapai lalu disorongkan ke dalam mulut.
Mendengar tutur Helena begitu, hati Wady jadi kembang. Siapa yang tidak bangga memiliki buah hati yang cantik seperti Helena? Sudahlah cantik, pandai, lemah lembut dan sopan santun. Sekejap lagi dia mahu ke kedai buku selepas menghantar Helena di stesen bas. Dia mahu mencapai buku yang sama dibeli oleh Helena dan berkongsi kegemaran Helena.
******************************************************************
Wady mengendong gitar dari asrama putera ke kelas Helena. Janjinya mesti ditunaikan. Hari ini dia akan menyanyikan Helena lagu Aku dan Kamu seperti yang dijanjikannya tempoh hari.
“Dah lama awak sampai?” Tegurnya tatkala melihat batang tubuh Helena yang membelakanginya. Tekun sungguh Helena menelaah pelajaran. Tidak sedar langsung Helena dengan kehadirannya.
“Awak dah sampai? Maaf, saya tak sedar tadi.” Helena mendongak tatkala Wady mengambil tempat di sisinya. Maira kelihatan tekun mengulangkaji pelajarannya nun jauh di sudut kelas. Tidak mahu menggangu mereka yang ingin berdua-duaan mungkin.
Terkejut Wady melihat wajah Helena yang pucat lesi. Kalau ditoreh, sudah tentu darah tidak menitik.
“Awak tak sihat?” Cemas, Wady bertanya. Siapa yang tidak risau jika kekasih hati tidak sihat?
“Saya sihat. Sakit kepala saja,” jawab Helena lembut.
“Awak janjikan dengan saya? Cepatlah.” Sambungnya lagi. Matanya sudah bersinara-sinar merenung gitar kapak berwarna jingga di tangan Wady.
“Betul ni?” Soal Wady lagi. Bimbang dia melihat Helena yang pucat lesi tidak bermaya.
“Hmm... Cepatlah.” Rengek Helena manja. Mematahkan keinginan Wady untuk terus bertanya.
Tangan Wady terus memetik gitar. Mendendangkan bait-bait lagu Aku dan Kamu nyanyian Andy Flop Poppy.
Kau masih cantik seperti dulu
Saat pertama kujumpa denganmu
Terasa inginku bersamamu
Tapi aku tidak seperti dulu

Kau senyum mesra
Mungkin tak mengapa
Tapi kutakbisa
Pasti ada yg kan terluka

Jgn ditunggu pasti takkan berlaku
Walau kucinta kamu
Biar disimpan
Adakan sempadan
Aku dan juga dirimu

Kini aku telah berdua
Masa depan yang tak kita duga
Kutahu kau masih mengharap jua
Tapi kutak bisa meningalkannya
          “Kenapa awak pilih lagi ni? Awak suka dengan lagu ni?” Soalan Helena menimbulkan keraguan dalam hati Wady. Cepat-cepat dia meminta maaf jika Helena tidak berkenan dia memilih lagu itu untuk didendangkan di hadapan Helena.
“Saya suka lagu ni. Suara awak pun sedap. Kenapa awak saja yang tak jadi vokalis dalam band awak?” Soal Helena penuh minat.
“Saya lebih suka memetik gitar dari menyanyi. Kadang-kdang, lagu tak sesuai dengan suara saya.” Ulas Wady serba sedikit.
“Kalau ada masa, saya nak ikut awak jamming.” Berseri-seri wajah Helena menuturkan keinginannya.
“Betul ni? Hujung minggu ni saya bawa awak. Mahu?” Gembira bukan kepalang Wady mendengar buah hati pengarang jantung mahu turut serta melihat dia bermain alat muzik di studio di pusat bandar.
“Nak!” Jeritnya girang. Wajah Helena seceria suaranya. Namun, kegembiraan Helena cuma sebentar. Gadis itu tiba-tiba rebah tersungkur. Nasib baik Wady berada dekat dengan Helena. Cepat-cepat dia memaut tubuh Helena sambil mulutnya cemas memanggil Maira mendekati mereka.
Apa yang berlaku pada Helena? Wajah pucat lesi tidak bermaya. Kini Helena kaku di ribaannya dengan muka tenang dan nafas yang menderu lembut. Helena bagaikan puteri beradu yang sedang tenang beradu.
******************************************************************
Dia kaku di hadapan pusara Helena. Sudah sepuluh tahun Helena pergi meninggalkan dia. Dia tidak pernah lupa mengunjungi Helena setiap kali dia pulang ke negeri asalnya.
Sepanjang sembilan tahun dia ke sini sendirian, hari ini dia berteman. Isteri yang sudah dinikahi beberapa bulan yang lalu dibawa bersama. Usai membacakan surah Yassin dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada Helena dia berlalu sambil memimpin tangan isterinya.
Helena pergi setelah beberapa minggu terlantar di hospital. Rupa-rupanya Helena menghidap leukemia peringkat akhir. Helena hanya menunggu waktu untuk pergi bertemu Illahi.
Helena tabah mengharungi hari-hari terakhirnya tanpa mengeluh. Helena banyak menasihatinya supaya tekun belajar dan sentiasa taat pada perintah agama.
Saat-saat akhir hayat Helena, dia berada di sisi Helena. Helena pergi dengan wajah tenang. Helena bagaikan tidur buat selama-lamanya.
Novel yang dibeli olehnya untuk Helena masih tersimpan kejap dalam simpanannya. Inilah kenangan terindah antara dia dan Helena. Kata-kata cinta buatnya Helena coretkan pada muka surat hadapan novel tersebut.
Mengenali awak adalah yang terindah buat saya. Mendampingi awak membuatkan hari-hari saya lalui menjadi yang terindah. Mencintai awak merupakan detik-detik yang terindah dalam hidup saya. Buat Wady, saya akan abadikan kenangan yang terindah antara kita hingga ke ahkir hayat saya.
Sayang,
Helena
Selamat tinggal, Helena. Hingga berjumpa lagi...
Kau masih cantik seperti dulu
Saat pertama kujumpa denganmu
Terasa inginku bersamamu
Tapi aku tidak seperti dulu

Kau senyum mesra
Mungkin tak mengapa
Tapi kutakbisa
Pasti ada yg kan terluka

Jgn ditunggu pasti takkan berlaku
Walau kucinta kamu
Biar disimpan
Adakan sempadan
Aku dan juga dirimu

Kini aku telah berdua
Masa depan yang tak kita duga
Kutahu kau masih mengharap jua
Tapi kutak bisa meningalkannya

pstt: Terima kasih pembaca2 yang awesome. Tunggu cerpen seterusnya. Love ya!

Tuesday, December 6, 2011

Jom Jumpa Saya dan Kawan2 Penulis Yang Lain Sabtu Nanti :)

Thursday, December 1, 2011

STRUGGLE AND SORROW


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...