Wednesday, November 2, 2011

Cerita Semalam Dan Hari Ini

Semalam...
Hujan lebat waktu saya keluar dari rumah
Pukul 9, bas akank bertolak balik ke kampung
Saya redah hujan guna payung
Basah kaki seluar dan beg
Saya naik teksi ke stesen bas
Sampai di sana, saya tunggu bas sampai pukul 9.30..huh,,,lamanya
Sempat saya berbual dengan seorang pak cik yang asalnya Perlis
Bas yang akan dia naiki pukul 11... Lama lagi tu
Kesian dia, dah tua. Terpaksa pula menunggu bas sejak maghrib dalam hujan
Selepas ucapkan selamat tinggal kepada dia, bas yang saya naiki bergerak perlahan
Meninggalkan dia dalam kedinginan malam


Perjalanan pulang ke kampung...
Tiba-tiba bas berhenti.
Semua penumpang tersentak
Ada yang bingkas bangun memerhati ke luar tingkap
Ada kemalangan kecil.
Dua orang gadis dilihat terbaring kaku di sebelah kereta.
Barang-barang milik mereka berdua bersepah di tengah jalan.
Bila lihat mereka bangun, saya lega.
Syukur kerana mereka tak apa-apa.


Baru saja bertolak dari tempat kami berhenti rehat, 
kami dikejutkan lagi dengan kemalangan yang melibatkan bas ekspress dan lori
Entah apa nasib penumpang bas.


Sampai...
Saya sampai pukul 5.30
Abah datang ambil
Mata saya sempat menangkap nama satu buah kedai
PIZZA HUT
Bolehlah saya belanja keluarga nanti (sambil senyum)
Perkembangan yang bagus di kampung saya
Kebetulan adik dapat kupon PIZZA HUT sebab join contest
Good


Di rumah...
Masuk dalam rumah.... masyaALLAH
Rumah bersepah bagai tongkang pecah.
Saya solat subuh, saya tidur


Bagun dari tidur saya kemas rumah sampai bersih
Abah dah sibuk kat dapur sediakan makan tengah hari kami dua beradik


Sekarang...
Saya sedang menghadap laptop
Bersiap sedia untuk menyiapkan design project dan mengarang novel baru :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...