Saturday, October 22, 2011

Apa Yang Saya Rasa Bila Abah Nak Kawin Lagi??

Macam2 yang saya rasa...Dalam kepala ni duk fikir yang negatif je


Abah lelaki yang tak setia
Abah akan lupa tanggungjawab abah pada anak2 nanti bila dah kahwin
Abah akan bertukar menjadi abah orang lain
Abah itu...Abah ini....


Hmmm...Kalau mak baru?
Agaknya apalah yang akan jadi bila saya ada mak baru?
Mak baru tu jahat ke?
Mak baru tu macam mak cinderella ke?
Mak baru akan masam muka dengan kami adik beradik ke?
Mak baru akan buat abah lupa anak2 ke?
Mak baru akan buli adik bongsu saya ke?
Mak baru akan berebut harta dengan kami adik beradik nanti ke?
Mak baru takkan sayang kat wink ke?
Mak baru cuba laga2kan abah dan anak2 ke?
Mak baru akan jadi perempuan paling jahat kat dunia ni ke?
Mak baru kahwin dengan abah sebab nak duit2 abah?


Banyaknya yang saya fikir.
Ni tak termasuk lagi yang saya fikir masa makan, study...etc...


Susahnya....


Kalau abah tak kisah...
Saya tak payah keje
Duk kat rumah... Buat bisnes kecil2an
Boleh tengok2kan abah


Tapi org sekeliling saya cakap
Abah sunyi walaupun ada anak2
Sebab dgn anak2, abah tak boleh nk kongsi semua
Tapi dengan isteri,...Tu lah tempat suami mengadu


Bila dgr cakap2 mcm ni...Saya terus tongkat dagu
Betul tu memang betul
Tapi...Saya tak nak sejarah berulang lagi :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...