Saturday, October 29, 2011

Berkobar-kobar

Berkobar-kobar nak siapkan manuskrip kedua


CINTA KALI KEDUA

Tuesday, October 25, 2011

Novel Oh Novel

Bukan nak cerita pasal novel saya
Ni cerita pasal novel yang saya baca dan dah baca
Sekarang tengah baca novel...:  :)


Bila baca novel2 senior ni
Saya rasa kerdil sangat
Karya mereka sangatlah hebat, best, cool, menyengat dan saya rasa tak puas dan nak baca lagi
Terutamanya Ma Lee Chuswan, Norhayati Berahim dan Ramlee Awang Mursyid


Nak dibandingkan dengan novel yang saya hasilkan
Macam langit dengan bumi
Mereka sangatlah best


Ma Lee Chuswan, I am your die hard fan!

Sunday, October 23, 2011

Senyum Tak, Jeling Bertambah

Haduiii....
Pagi tadi bangun lambat
So, pegi PTAR a.k.a library for sure lambat
Nak daki tangga ke tingkat 6 tu satu hal la kan
Sampai kat tingkat 6, confirm mengah dan banjir...
Cari pulak meja...Lambat punya pasal, meja penuh...
Last2, jmpa jugak
So, kita orang jalan la ke meja tu dengan selamba (Pegi dengan haousemate)
Sampai kat meja kosong tu
Ada la sorang laki ni dia asyik pandang kita orang je
Dah la pandang semacam
Lepas tu, bila kita orang pandang dia balik
Perghhhh...dia punya jelingan, kalah raja juling
Haishhh....kita orang ada bising ke bang???

Saturday, October 22, 2011

Keputusan Contest

Hari ni dah 23 oct
Maksudnye contest dah tamat
So, nak kena umumkan pemenang

Tahniah kepada FATNIN MARHA BT MAZHA

Kepada yang lain
Jangan putus asa
Boleh try lagi next time... InsyaALLAH

Apa Yang Saya Rasa Bila Abah Nak Kawin Lagi??

Macam2 yang saya rasa...Dalam kepala ni duk fikir yang negatif je


Abah lelaki yang tak setia
Abah akan lupa tanggungjawab abah pada anak2 nanti bila dah kahwin
Abah akan bertukar menjadi abah orang lain
Abah itu...Abah ini....


Hmmm...Kalau mak baru?
Agaknya apalah yang akan jadi bila saya ada mak baru?
Mak baru tu jahat ke?
Mak baru tu macam mak cinderella ke?
Mak baru akan masam muka dengan kami adik beradik ke?
Mak baru akan buat abah lupa anak2 ke?
Mak baru akan buli adik bongsu saya ke?
Mak baru akan berebut harta dengan kami adik beradik nanti ke?
Mak baru takkan sayang kat wink ke?
Mak baru cuba laga2kan abah dan anak2 ke?
Mak baru akan jadi perempuan paling jahat kat dunia ni ke?
Mak baru kahwin dengan abah sebab nak duit2 abah?


Banyaknya yang saya fikir.
Ni tak termasuk lagi yang saya fikir masa makan, study...etc...


Susahnya....


Kalau abah tak kisah...
Saya tak payah keje
Duk kat rumah... Buat bisnes kecil2an
Boleh tengok2kan abah


Tapi org sekeliling saya cakap
Abah sunyi walaupun ada anak2
Sebab dgn anak2, abah tak boleh nk kongsi semua
Tapi dengan isteri,...Tu lah tempat suami mengadu


Bila dgr cakap2 mcm ni...Saya terus tongkat dagu
Betul tu memang betul
Tapi...Saya tak nak sejarah berulang lagi :(

Thursday, October 20, 2011

Rasa Macam Nak Patah Badan

24th Oct dah nak dekat
Draf tak siap lagi
Helppppppppp...


Bila dah start design reactor ni, rasa macam belaja dulu xblaja je
Hmmm.... Ada ke patut saiz reactor ni besar gila (hisy....)
Nak kena recalculate...Arghhhh..Tension


Hah,ambik...rasa macam nak patah badan ni duk mengadap laptop


....Sempat lagi bukak blog ngan FB..Gila!...

Wednesday, October 19, 2011

OMG!!!

OMG!
OMG!
OMG!


Speechless!
Thank God... Thank you so much


My head gonna spin around
And i'm going mad..Hahaha
(Suddenly become crazy)


Just got a new mail from Kak Rubi (Kupujuk Hati editor)
It sounds...
  

Salam,

Please convey my congratulation to Zuri Yanie…

The best novel I’ve ever read for this year .

Regards

Hasimah Hj Ahamed

OMG... Did you read that?
The best novel she had ever read for this year!
Omagah!!!

Thanks Kak Hasimah Hj Ahamed
I wish we can meet someday :)
Love you :)

Tuesday, October 18, 2011

formspring.me

Ask me anything http://www.formspring.me/Zurainie

Jangan Mudah Putus Asa

Perempuan...
Sekali tersungkur, susah sangat nak bangkit semula
Berusahalah.... Gigihkanlah....
Walaupun terpaksa bermula dengan merangkak dulu
Lambat laun, akan bertatih kembali
"Jangan cepat dan mudah putus putus asa"

Sakit Hati

Sakit hati sungguh saya dengan pintu pagar rumah sewa saya

Sebab pintu pagar tulah keychain yang ikha bagi jatuh....Arghhh

Manik2 kaler biru tercabut..Gream sungguh!

Sunday, October 16, 2011

I'll Do Anything For A Smile

I see my vision burn
I see my memories fade with time
But i'm too young to worry

This street we'll travel on
Will undergo our same lost past....

Thursday, October 13, 2011

Kulit Canti, Kekal Sihat dan Muda Sentiasa !!!!

Suma orang nak sentiasa cantik, kan?
Kakak saya cakap, makan colagen akan buatkan kulit kita cantik.
Prove, bila kawan2 kakak yang buat.

Tapi kan, nk telan colagen tu kena banyak duit.
Colagen kan mahal.

Okey, bagi yang tak mampu macam saya
Jom try cara ni :)

Minum 2 satu sudu olive oil everyday (pagi dan malam)
Minum 2 sudu madu asli everyday (pagi dan malam)
Minum 2 sudu cuka apple everyday (pagi dan malam)

Untuk cuka apple tu, cara minum macam ni
1 sudu cuka apple + 1 sudu madu asli + air masak (letak sikit je air tu. takut xleh nk habiskan..hehe)

Cost sume xsampai seratus pon
Okey, apa kata...jom try :)

CONTEST


Sapa yang suka baca novel sila angkat tangan :P
(tiba2 kita jadi poyo...hehehe...first time buat contest)

Ingat post yg saya tulis contest-prelude tu kan?
Dah habis baca AKM (bab 1-15)?
Kalau dah habis, jom join contest ni

Mudah je...
Jawab soalan kat bawah ni

Jap...Saya dah bagitau kan hadiah? (ada dlm entri contest prelude kat blog adindazurainie :))
Sapa yg menang akan dpt novel Kupujuk Hati (klw pasal post jgn risau :) + klw request autograf sy boleh kasi :)

Dah...saya dah melalut...Jom study soalan2nya

SOALAN

a)Kenapakah Sheikh Haikal pulang ke tanah air?

b)Apakah pekerjaan Zuril?

c)Siapakah kawan lelaki Zuril sejak dari kecil?

Jawapan boleh hantar ke emel saya. adindazurainie@gmail.com

Jangan lupa sertakan nama penuh, emel dan nombor telefon tau. (letakkan subjek : Contest Andai Kau Mengerti)

Tarikh tutup penyertaan pada 22 Oktober 2011.

Pemenang akan dihubungi dan diumumkan di blog juga :)


SYARAT TAMBAHAN

1. Peraduan ini terbuka kepada SEMUA pembaca yang telah membaca Andai Kau Mengerti (bab 1-15)

2. Jawapan yang tepat mesti diemel dan sampai sebelum jam 12 tengah malam tepat pada 22 Oktober 2011.

3. Keputusan pemenang adalah muktamad. 

4. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang ringgit


Good Luck and lots of love,
Zuri Yanie

Tuesday, October 11, 2011

Jom Jumpa Saya dan Murni Aqila di Damansara

Saturday, October 8, 2011

Komen2 Pembaca Kupujuk Hati

Terima kasih kepada pembaca yang memberi komen selepas baca novel saya
Kepada Sakinahazi terima kasih kerana memberi komen
Untuk novel saya yang seterusnya, saya akan perhalusi lagi
Dan saya akan study lebih banyak lagi novel2 sebelum saya
Terima kasih

Thursday, October 6, 2011

Bila Saya Stress

Orang kata
Bila kita stress
Kita kena relax
Mandi, rehat...and....bla3


Tapi saya
Saya rasa saya lain
Kalau saya stress
Saya kena makan
Tak kisah makan nasi ke, makan aiskrim ke, pendek kata makan.


Kalau saya stress sangat
Saya akan termenung
Kadang2, waktu stress la dapat idea tulis cerita
Time tu la tangan laju je taip kat lappy ni


Kalau stress gila2
hah, yg ni mmg tak masuk akal
Tapi tg ni la saya selalu buat
Saya akan dengar lagu Avenged Sevenfold sampai saya rasa puas
Bagi yang xpenah dgr
Band ni adalah band yg mengetengahkan lagu2 underground
Kira versi rock la


Bila buat semua yg saya ckp kat atas
Barula stress saya hilang :)


Tiba2 nk share salah satu lagu Ax7 ni
Jom layan

Wednesday, October 5, 2011

Contest - Prelude

Salam dan hai pembaca yang budiman.
Hari ni, dah masuk hari ke ~21 novel pertama saya berada dipasaran.
Syukur, alhamdulillah.
Bagi yang tak baca lagi Kupujuk Hati, bolehlah dapatkannya di kedai2 buku yang berdekatan kalian.


Pernah baca Andai Kau Mengerti di Penulisan 2u?
Saya menggunakan nama pena Nur Suriati di laman tersebut.


Sempena menghargai minat pembaca Andai Kau Mengerti
Saya dengan berbesar hati nak hadiahkan novel sulung saya kepada pembaca yang bertuah
Tapi...
Dengan syarat, kenalah join contest yang akan saya buat nanti
Contest tu adalah soalan2 yang berkaitan dgn novel Andai Kau Mengerti


Jadi,
Bagi yang tak pernah baca ataupun xhabis baca sampai ke bab 15
Di  sini saya sertakan linknya


ANDAI KAU MENGERTI


Well... Selamat membaca


p/s: contest akan berlangsung pada minggu hadapan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...