Thursday, September 29, 2011

Don't Show Your Anger (Hole in the fences)

Showing your anger will only make tears fall from one's eyes. 
A person who is able to keep his temper will have more friends around him. 

...Noble tales untold by Sheikh Hassan Seylan 'Abad...

BERITA TERKINI!

Novel Alaf 21 dicetak rompak!

Selama ini, kita menyangka cetak rompak hanya berlaku dalam industri hiburan dan perfileman tanah air sahaja. Banyak cakera padat (CD, VCD dan DVD) lagu dan filem yang dirakam secara tidak sah dan dijual di pasaran terbuka dengan harga yang murah.

Malang sekali, kebiadaban lanun-lanun cetak rompak ini telah merebak ke dalam industri buku tanah air pula. Novel-novel Alaf 21 telah menjadi mangsanya! Salah satu novel yang telah menarik perhatian lanun-lanun ini untuk mengaut keuntungan secara haram adalah novel Cinta Yang Kurasa karya Anis Ayuni.

Seorang pembeli novel Cinta Yang Kurasa telah memulangkan novel ini secara pos ke pejabat Alaf 21 atas alasan novel ini ‘rosak’ kerana hampir 80 peratus muka suratnya tercabut. Pihak kami telah memeriksa novel ini dengan teliti. Ternyata novel ini bukan yang asli!

Ciri-ciri novel cetak rompak adalah seperti berikut.
1. Kandungan teks dalam telah difotostat.
2. Bunga di bahagian permulaan setiap bab tidak jelas kerana difotostat.
3. Warna cover di bahagian depan dan belakang lebih gelap daripada cover yang asli.
4. Barcode di cover belakang tidak jelas.
5. Novel yang tiruan digam saja dan ini menyebabkan muka suratnya mudah tercabut. Manakala novel yang asli dijahit dan tidak tercabut.

Menurut pembeli, dia membeli novel ini di sebuah pasar raya. Novel ini dibalut plastik. Dia hairan kerana ketika mahu membuat bayaran, petugas di kedai itu tidak dapat scan barcode buku ini. Sebaik tiba di rumah, setelah membuka plastiknya, dia mendapati ada muka surat yang tercabut dan membuat keputusan untuk memulangkan semula kepada Alaf 21.

Kes ini kami anggap serius kerana ia menjejaskan imej Alaf 21 di bawah Grup Buku Karangkraf, menganiayai pembeli-pembeli dan menjejaskan pendapatan penulis. Perkara ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan seterusnya bertindak membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Di sini kami menyeru kepada semua pembeli agar lebih berhati-hati. Sebarang laporan mengenai perkara ini boleh disampaikan kepada kami di 03 51013888 sambungan ke Alaf 21 - 3692/3683/3684. Kerjasama anda sangat kami hargai.

Tuesday, September 27, 2011

The Caring Tree

Sometimes we forget that our doings hurt. Yet, our parents will always forgive us. They'll always there to give everything they could, just to make us happy.


Thank you Abah and arwah mak for always being there.

Thursday, September 22, 2011

Kalau Kau Bukan Blogger...

Dah seminggu duk UiTM
Start homesick... Huhu
Teringat dekat Abah dan Wink


Sebut pasal wink
Saya ada view http://blogserius.blogspot.com
Ada satu entri yang menarik perhatian saya
Bunyinya begini :P


Kalau kau bukan blogger, kau adalah siapa?
Dia jawab: Kalau aku bukan blogger, aku adalah kucing. Sebab kucing adalah binatang yang serius
Kehkehkeh


Ni kucing tu

Wednesday, September 21, 2011

Question?!

If aliens came to earth, would you welcome them or scream and run away?


p/s: Tak tiru Ikha pun bila tanya soalan ni..ngeee

Monday, September 19, 2011

Cerpen: Why Should I fall In Love with You?


Terkocoh-kocoh Mariah mendaki tangga. Dia mahu segera sampai. Selepas penat bekerja syif malam, dia mahu merehatkan diri. Tidak sabar rasanya mahu sampai di hadapan pintu rumah. Dia ingin mandi. Bila tubuh menyentuh air nanti, pasti dia akan berasa segar nanti.

Mariah berhenti sejenak. Melepaskan lelah dan menarik nafas dalam-dalam. Kalau tidak ke gim, begitulah rutinnya. Memanjat anak tangga untuk sampai ke rumah. Bukan dia tidak mahu menggunakan lif. Baginya, lif hanya untuk orang yang malas bersenam. Dia mahu sentiasa kekal sihat. Lainlah kalau bekerja siang, malam dia dapat ke gim untuk bersenam. Bolehlah dia menggunakan lif dan tidak perlu memanjat beberapa anak tangga sebelum sampai di hadapan pintu rumahnya.

Dia menyambung kembali langkahnya. Hanya tinggal satu tingkat lagi untu sampai ke kondo miliknya.

“Apa ni?” Langkah Mariah terhenti. Dia menoleh sejenak. Kemudian dia menyambung lagi mendaki tangga. 79, 80, 81, 82, lapan pul...

“Pekak ke?” Amboi. Cantiknya bahasa. Ingatkan muka saja yang handsome, rupa-rupanya hati pun ‘handsome’ jugak.

“Ni kenapa tiba-tiba nak marah orang ni?” Kenal pun tidak. Nak cari gaduh pula. Desis Mariah. Kalau tidak kerana mood dia baik hari ini, dah lama lelaki di hadapannya itu ditengking seperti yang dilakukannya pada pekerja-pekerja bawahan.

“Amboi, marah orang balik! Ingat bagus sangatlah tu.” Eh? Banyak handsome muka dia? Aku ni dahlah penat. Mandi pun tak lagi. Tiba-tiba nak ajak cari gaduh. Apa kes? Ingat kondominium ni bapak dia punya agaknya. Agak-agaklah woi. Aku pun beli jugak rumah kat sini. Bukannya kau seorang aje. Mencebik bibir Mariah. Sakit hati dengan orang yang tak dikenalinya itu.

“Awak tak kenal saya?” Eh... Eh... Eh... Dia tanya soalan cepu mas pulak. Ingat aku ni tukang ingat nama orang agaknya. Manalah aku kenal mamat ni. Kalau setakat muka handsome, tak adanya orang nak ingat. Lainlah kalau kau tu artis. Itupun kalau kau popular la. Desis Mariah. Dia malas mahu mengata. Nanti hatinya juga yang sakit.

“Kalau encik tak puas hati, kita selesaikan sekarang. Saya penat ni. Baru aje habis kerja.” Mariah sudah merendahkan suara. Malas mahu bertegang leher. Siapa menang dia tidak peduli. Yang penting, dia mahu membenamkan tubuh dikatil. Hari ini dia akan berehat panjang sebelum bertolak ke Bhutan lusa.

“Yang cik langgar saya tadi tu kenapa? Jalan tu pandang kiri kananlah sikit. Jangan main redah aje.” Lelaki itu bersuara. Sinis.

“Cik minta maaf, okey.” Balas Mariah dengan nada mengejek. Mariah terus berlalu. Cakap tu, kalau tak sopan tak boleh ke? Dengar pun dah sakit hati. Ni belum lagi kalau keluar kata-kata kesat. Lama-lama, adalah yang kena pelangkung dengan dia.

“Macam tak ikhlas aje!” Menjerit lelaki itu dari tangga bawah. Mariah sudah tidak peduli. Lif ada tapi tak mahu guna. Pelik sungguh!

*************************************************************************

Lega...

Sempat juga Mariah mengejar masa. Kalau tidak kerana Civic Type R yang menghalang tempat memakir keretanya tadi, pasti dia sudah tiba ke Kuala Lumpur International Airport ini lebih awal. Nasib baik sempat dia mengejar waktu check in. Kalau tidak, pasti duit yang digunakan untuk membayar tiket penerbangan rugi begitu saja. Bukannya murah mahu ke Bhutan. Kos penginapan pun sudah mencecah RM600 sehari termasuk pakej penginapan, makanan dan pengangkutan. Itupun yang hanya ada kemudahan asas!

Kalau difikirkan dari segi ekonomi memang tidak berbaloi melancaong ke Bhutan tetapi dalam jangka masa yang panjang, alam semulajadi Bhutan akan terpelihara untuk generasi akan datang...

Dia ke Bhutan melalui ejen pelancongan berlesen. Dia akan berada di sana selama seminggu sepanjang musim bunga. Mariah mahu merehatkan tubuh di Bhutan. Sudah lama dia mahu ke Bhutan. Menikmati keindahan alam semulajadi.

Dia mengetahui wujudnya Negara itu kerana terbaca gossip mengatakan Leornardo di Caprio dan Keira Knightly antara yang pernah ke sana. Teringin juga dia merasa angin Negara yang dikatakan tidak dikenali ramai dan percutian termahal di dunia. Juga menjadi tempat persembunyian ‘selebriti’ dan orang kaya. Hmmm... Menarik. Untung-untung, bertembung dengan Johnny Depp. Wah, tinggi melangitnya angan-angan Mariah!

Kapal terbang sudah bergerak. Sekejap lagi akan terbang meredah awan biru. Mariah membuka surat khabar yang dibelinya tadi. Paparan muka hadapan menunjukkan berita mengenai beberapa orang pelajar maut ditimpa pokok tumbang. Dia mahu tahu berita lebih lanjut. Apa yang lebih menarik, dia mahu memeriksa iklan tambang murah tiket kapal terbang yang disiarkan di dalam surat khabar. Hajatnya mahu ke Beijing pula. Mungkin bulan depan.

Belum sampai di muka surat kelima, matanya jatuh pada wajah seorang lelaki yang dia kenali. Lama dia merenung wajah itu sebelum beralih kepada tajuk yang dibolt hitam.

TENGKU AZMAN BAWA DIRI KE BHUTAN

Kerana ditinggalkan Zara Ayu, Tengku Azman dikatakan membawa diri ke Bhutan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Tengku Azman akan ke sana pada hari ini...

Mariah sudah beralih ke muka surat seterusnya. Malas mahu meneruskan bacaan mengenai artis yang dia sendiri tidak kenal. Putus cinta pun nak bagitahu orang ke? Omelnya...

Kerusi di sisi masih kosong. Seronok bukan main Mariah. Dapatlah dia relaks sikit jika tidak ada penumpang di sebelah. Boleh dia melakukan apa saja nanti tanpa mengaganggu.

“Excuse me. May I have a seat?” Mariah berhenti membaca. Cerita mengenai pelajar maut tadi tidak habis dibacanya.

Nak duduk tempat sendiri pun nak kena mintak ke? Dia tanya pada diri sendiri. Duduk sajalah.

“Sure.” Mariah sengih macam kerang busuk. Empunya diri direnung sekilas. Mahu menyambung bacaan.

“Your handbag.” Handbag? Terus Mariah berpaling ke tempat duduk sebelahnya. Alamak, bila masa pulak dia letak handbag dia kat situ? Alahai, kan dah malukan diri sendiri!

“Sorry...” Cepat Mariah mencapai barangnya lalu diletakkan di atas riba. Sejak bila dia jadi pelupa, dia sendiri pun tidak tahu. Mungkin kerana mengejar masa tadi. Ataupun mungkin keghairahan dia ingin membaca isi didalam surat khabar terbabit.

“Nak turun kat mana nanti?” Rajin pula jiran sebelah ini menegur Mariah. Selalunya bila Mariah naik kapal terbang, jarang orang di sebelahnya mahu mengajak dia berbual. Kalau yang berbual dengannya pun pasti orang itu usianya sudah mencecah 50 an.

“Bhutan.” Pendek jawapan Mariah. Dia hilang mood untuk meneruskan bacaan. Surat khabar ditutup dan diletakkan di atas riba. Matanya merenung lama pada wajah milik Tengku Azman di muka hadapan suratkhabar. Seingatnya, dia pernah bertemu dengan lelaki itu. Tetapi tidak ingat di mana.

“I pun nak ke sana juga.” Mariah tersedar daripada lamunannya. Dia segera berpaling.

“Awak!” Serentak mereka menjerit.

*************************************************************************

Bhutan adalah Negara yang terpencil dan mengamalkan kesederhanaan. Tidak pernah dijajah walaupun terletak di antara India dan China. Ia membolehkan Bhutan mengekalkan keunikan budaya yang dimasukkan dalam setiap polisi.

Penduduknya dikehendaki memakai pakaian kebangsaan apabila ada urusan di pejabat kerajaan dan ramai yang memilih pakaian tenunan yang bergaya sebagai pakaian harian!

Mata Mariah bersinar-sinar membaca artikel yang ditulis dalam bahasa inggeris tersebut. Dia memilih untuk menyewa di Resort Uma Paro. Walaupun sewanya mencecah RM3,600 sehari, dia langsung tidak peduli. Dia tidak mahu diganggu oleh Tengku Azman.

Sudahlah sampai di airport tempoh hari Tengku Azman asyik mengekorinya. Berkongsi pula ejen yang sama dengannya. Menyakitkan hati Mariah saja. Kalau Tengku Azman gentleman seperti lelaki-lelaki yang dia kenali tak apalah juga. Ini tidak, cara bercakap tu, asyik nak sinis orang aje.

“Seronok sangat membaca Nampak?” Terkejut Mariah disapa tanpa salam. Nasib baik waktu itu dia sedang membaca, kalau sedang minum air macam mana? Tersedaklah dia. Malang sikit, cawan pecah. Duhhh....

“Yang awak sibuk ni kenapa? Ada saya kacau awak?” Mariah menempelak. Cawan di hadapan disuakan ke bibir. Menghirup kopi yang semakin sejuk.

Dewan makan di Resot Uma Parson itu masih tidak lenggang. Biasalah, tempat orang kaya-kaya. Jaranglah orang ada kat sini. Harga pun dah cekik darah. Kalau tidak kerana Tengku Azman, tak ingin dia menginap di situ. Mahal gila! Nasib baik dia ada kad kredit. Kalau tidak, tak tahulah ke mana dia harus lari daripada Tengku Azman. Mujur ayahnya jenis yang tidak kisah. Setiap bulan, bayaran kad kredit akan dilangsaikan walaupun jumlahnya agak besar. Dia tidak mahu bermegah-megah. Kalau kaya pun, bukannya dia. Ayahnya saja. Sebab itulah dia memilih untuk bekerja dengan orang lain berbanding bekerja dengan ayahnya. Takut orang lain mengata!

“Eh, saya cakap macam tu pun tak boleh ke? Awak tu, bila nak minta maaf dengan saya?” Tengku Azman sudah mengangkat tangan. Bila pelayan tiba, dia memesan menu yang sama dengan Mariah.

“Bila masa pulak saya buat salah? Mentang-mentanglah awak tu artis. Awak ingat pride awak tinggi sangat? Saya pun ada maruah juga tau. Jangan main sedap mulut aje tuduh saya. Anyway, hari tu bukan saya yang salah, okey. Tangga tu punyalah besar. Yang awak jalan sebelah jalan saya tu kenapa? Erm... Lagipun, lif kan ada? Kenapa tak guna lif aje?” Panjang lebar Mariah membebel. Bukan sekali dua Tengku Azman mengungkit perkara yang sama. Setiap kali berjumpa, lelaki itu akan menyuruhnya meminta maaf. Geram sungguh dia. Harapkan percutian kali ini dapat menenangkan jiwanya. Alih-alih Tengku Azman, orang yang tak ada kaitan langsung dengannya mengganggu.

“Kalau tak kerana awak, girlfriend saya takkan tinggalkan saya hari tu tahu tak!” Merah padam muka Tengku Azman. Mariah sekadar mencebik. Kekasih tinggalkan dia, aku pulak yang dipersalahkan. Desisnya.

“Hello... Awak putus cinta ke, putus tunang ke, bini tinggalkan awak ke, tak ada kaitan dengan saya langsung, okey!” Kering tekak Mariah bercakap dengan Tengku Azman. Sudah tiga hari dia di Bhutan. Ke mana di pergi, pasti Tengku Azman mengekorinya. Banyak lagi tempat yang dia tidak lawati. Memorial Choeden, Bandar Thimphu, dia mahu percutian pengembaraan. Bukannya diekori seperti sekarang.

“Tengku Azman!”

Tengku Azman ingin membalas tetapi tidak jadi bersuara. Dia berpaling ke sisi. Mencari suara garau entah milik siapa yang menyebut namanya. Kemudian... Mukanya berubah keruh. Tan Sri Jalal dengan Zara Ayu! Apa yang mereka buat di sini?

“Uncle apa khabar? Buat apa kat sini?” Tengku Azman menghulurkan tangan berjabat tangan. Tan Sri Jalal merupakan kawan baik ayahnya. Mereka rakan kongsi perniagaan. Cuma dia yang tidak berminat turut serta. Dalam perniagaan, tidak dapat lari daripada rasuah. Dia takut terlibat dengan rasuah. Imannya tidak kuat. Dia takut dia terjebak.

“Bawa girlfriend datang sini. Kenalkan, Zara Ayu.” Tan Sri Jalal dengan bangganya menunjukkan Zara Ayu di sisi. Dia terkenal dengan sifat gatalnya. Kadang-kadang Tengku Azman meluat dengan Tan Sri Jalal. Lelaki itu gemar mengelek gadis berdahi licin ke sana ke mari. Selalunya orang yang berlainan. Ada desas desus mengatakan dia menjadi sugar daddy kepada gadis-gadis cantik itu. Kali ini, Zara Ayu pula yang dikeleknya. Patutlah Zara Ayu mahu tinggal dia. Rupa-rupanya Zara Ayu adalah perempuan simpanan Tan Sri Jalal! Tak guna!

“Oh, lupa nak tanya. Ini siapa? Girlfriend Man ke?” Tan Sri Jalal merenung Mariah dengan wajah gatal. Rasa hendak termuntah Mariah melihat wajah Tan Sri Jalal. Orang tua tak sedar diri. Rumah dah kata pergi, kubur pula duk kata mari. Bawa-bawalah bertaubat.

“Aha. Kenalkan, uncle. Mariah, bakal isteri Man.” Mata Mariah membutang. Zara Ayu yang berdiri di sisi Tan Sri Jalal mengetap bibir cemburu. Tan Sri Jalal pula mengeluh hampa.

“Cantik isteri Man. Pandai Man pilih.” Kata-kata Tan Sri Jalal mengendur seakan-akan dia kecewa. Kalau Mariah bukan siapa-siapa pada Tengku Azman, dia akan cuba mencucuk jarum. Bukannya susah mahu memujuk gadis berdahi licin. Hulurkan mereka kemewahan, pasti mereka akan terkulai layu dalam dakapannya. Seperyi yang dia lakukan pada Zara Ayu sebelum ini.

“Sayang. Kenalkan, ini Uncle Jalal. Business partner papa.” Mariah rasa nak muntah mendengar Tengku Azman memanggilnya sayang. Tadi, bukan main lagi mereka bertikam lidah. Kali ini, Tengku Azman sudah berubah nada. Geramnya Mariah. Kalau tidak difikirkan airmuka Tengku Azman, mahu saja dia membongkarkan perkara sebenar. Baru padan dengan muka dia. Tapi, melihat Zara Ayu a.k.a bekas kekasihnya, dia jadi kasihan pada Tengku Azman.

Mariah mengangguk dan hanya bersalam dengan Zara Ayu. Tangan lembut, rupa pun cantik. Patutlah Tengku Azman marah sungguh dengannya. Tapi, bukannya salah dia. Memang salah Tengku Azman. Bodohnya dia. Pasti banyak duit Tengku Azman dihabiskan Zara Ayu!

“Kami minta diri dulu, uncle. See you next time.” Tengku Azman sudah menarik tangan Mariah tanpa segan silu. Cepat saja mereka meninggalkan dewan makan itu.

“Enough!” Mariah menjerit dalam berbisik. Dia merentap jemarinya dari genggaman Tengku Azman. Tak pernah pun orang lain memegang tangannya. Alih-alih, Tengku Azman tanpa segan silu menarik dia pergi tadi.

“I’m sorry, okay.” Tengku Azman kehilangan kata-kata. Dia jadi sakit hati bila melihat kemesraan antara Tan Sri Jalal dan Zara Ayu tadi. Mahu saja dia memaki hamun bekas kekasihnya itu. Biar padan dengan muka Zara Ayu.

“Enough. Lepas ni, jangan cari saya lagi. Faham?!” Mariah terus berlalu. Tidak mengendahkan panggilan Tengku Azman yang merayu-rayu.

*************************************************************************

Mariah terkocoh-kocoh keluar dari tempat kerjanya. Tiba-tiba sahaja dia mendapat panggilan daripada ayahnya. Meminta dia ke sebuah restoren yang selalu mereka kunjungi. Ada hal penting yang ingin dibincangkan. Wajib datang!

Sampai ditempat yang dijanjikan, Mariah menelefon ayahnya. Mengesahkan kehadirannya sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan yang berhawa dingin itu.

“Ayah... Sorry, lambat.” Dia mengambil tempat duduk di sisi ayahnya. Masih terdapat dua kerusi kosong dihadapan.

“Ada hal penting apa sampai ayah dah tak boleh tunggu?” Dia mahu terus menjamah hidangan di hadapannya tetapi tidak jadi bila Datuk Hamid sekadar berdiam diri.

Mamanya sudah pergi menghadap ILLAHI lebih dari dua tahun. Kemudian, ayahnya berkahwin dengan perempuan muda. Selepas itu, dia tidak mahu lagi tinggal sebumbung dengan ayahnya. Dia bukannya tidak mahu Datuk Hamid bernikah selepas kematian isteri, dia cuma tidak setuju kerana ayahnya memilih wanita muda yang beza umur mereka tidak sampai dua tahun. Perempuan itu layak dipanggil kakak saja.

“Ayah nak kenalkan Mariah dengan anak Uncle Mahmud. Dah lama ayah nak kenalkan, tapi Mariah aje yang tak ada masa nak datang.” Ayahnya menjawab dalam nada serius.

Lar... Pasal tu ke? Tak habis-habis Datuk Hamid mahu menjodohkan dia dengan anak-anak kawannya. Dulu, dia ingin dijodohkan dengan Malik, anak usahawan yang terkenal tapi dia tolak dengan alasan umur belum sampai 25 tahun lagi. Kemudian, ayahnya memilih calon suami yang berdarah kacukan, dia tolak juga dengan alasan mahu menumpukan perhatian pada kerjaya. Ayahnya cari lagi orang lain. Dengan CEO muda, dia tolak juga memandangkan dia belum bersedia.

Ayah ni... Dia bukanlah memandang pada darjat. Lagipun, ayahnya bukan tak tahu dia anti sikit dengan orang laki. Ini kes kecewa masa belajar dululah ni. Sampai sekarang terbawa-bawa.

“Ayah ni... Kan Mariah dah cakap sebelum ni. Mariah boleh carikan sendiri calon suami Mariah. Ayah janganlah risau, okey?” Mariah sudah memeluk lengan ayahnya. Memujuk supaya ayahnya menarik balik cadangannya itu.

“Mariah tahukan umur Mariah dah berapa sekarang? Thirty, Mariah. Mariah tu dah masuk dalam calon anak dara tua , tau? Lepas ni dah tak ada orang nak masuk meminang Mariah.” Giliran Datuk Hamid pula memujuk. Kali ini dia tidak akan termakan dengan pujukan Mariah lagi.

Dia akui memang salahnya memilih wanita muda untuk menjadi pengganti arwah isterinya. Sehinggakan Mariah bawa diri ke luar Negara dengan alasan mendapat kerja di sana. Mujur juga dia dapat memujuk Mariah kembali semula. Kalau tidak, pasti rajuk anak itu berpanjangan. Dia sudah tiada sesiapa didalam dunia ini. Kedua-dua orang tua dia dan arwah isteri sudah lama pergi menghadap ILLAHI. Mariah sajalah pewaris hartanya. Mahu diharapkan pada isteri baru, Nora pasti akan menghabiskan hartanya begitu saja.

Baru-baru ini dia mendapat tahu Nora telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki muda. Sakit hatinya melihat gambar mesra Nora dan lelaki itu bercuti di pusat peranginan dalam Negara. Mahu saja ditampar-tamparnya muka Nora. Namun dia tahan. Dia tidak mahu berlaku dayus. Dia mahu lihat sejauh mana Nora akan berpura-pura dihadapannya. Bila sampai waktunya nanti, dia akan menceraikan Nora.

“Ayah...” Mariah kehilangan kata-kata. Benar kata Datuk Hamid. Tapi buat masa ini, Mariah tidak punya calon yang sesuai lagi.

“Ayah dah tua, Mariah. Lambat laun ayah akan ikut jejak mama Mariah. Sebelum ayah tutup mata, ayah nak lihat anak ayah berkahwin dulu. Ayah nak lihat cucu-cucu ayah membesar. Ayah nak Mariah dan suami usahakan perniagaan kita. Tak boleh ke Mariah tunaikan permintaan ayah ni?” Mariah jadi serba salah. Ditelan mati emak, diluah pula mati ayah.

“Mariah... Mariah... Tak ada calon yang sesuai, ayah. Ayah pun faham kan? Uruskan kilang tu, Mariah tak ada masa nak bercinta.” Mariah cuba menyusun kata. Berharap supaya Datuk hamid mengerti.

“Ayah faham. Sebab itulah ayah nak kenalkan Mariah dengan anak Mahmud. Ayah yakin, Mariah tentu setuju.” Bicara mereka terhenti saat dua tubuh tiba di meja mereka.

“Apa khabar Hamid? Dah lama sampai?” Datuk Hamid segera bangun. Bersalam dan terus memeluk lelaki yang seusia dengannya. Kemudian dia beralih pula kepada lelaki muda di hadapan Mariah. Melakukan perkara yang sama seperti tadi tetapi lebih lama. Mariah yang terkaku. Wajah yang sama bertembung dengannya di kondominium dia, di Bhutan dan sekarang di meja makan. Bakal membincangkan tentang masa depan dia dan lelaki itu. Tengku Azman, I hate you!

*************************************************************************

“Gila! Ini kerja gila namanya!” Mariah berjalan ke rest room. Dia mahu mengambil nafas sebelum kembali ke meja tadi. Sesak nafasnya mendengar bicara ayahnya. Alangkah kecilnya dunia ni. Ke mana dia pergi, pasti dia akan berjumpa dengan Tengku Azman.

Tengku Azman pula seperti gembira dengan keputusan orang tua mereka. Kalau nak sangat berkahwin tu, pergilah cari sendiri. Ramai lagi orang lain yang boleh dijadikan isterinya. Bukan Mariah. Dia tidak sanggup berkahwin dengan Tengku Azman. Lelaki itu angkuh.

“Hai, Mariah. Kenapa bercakap sorang-sorang ni?” Terkejut Mariah. Terus dia berpaling. Terpamer wajah gatal milik Tan Sri Jalal.

“Tan Sri... Buat apa kat sini?” Terkulat-kulat Mariah. Baru pertama kali bertemu di Bhutan, Tan Sri Jalal menegurnya seolah-olah mereka kenal terlalu lama. Gelinya!

“Tak boleh ke I datang kat sini? Untung juga dapat jumpa Mariah yang cantik jelita di sini. Boleh kita makan sama-sama. My treat. Then, kita boleh keluar berjalan-jalan.” Rasa nak termuntah Mariah mendengar kata-kata Tan Sri Jalal. Badan dah berkedut-kedut. Masih ada hati lagi ingin menggoda gadis muda sepertinya. Macamanalah Zara Ayu boleh melayan lelaki tua sebegitu. Dia memandang pun terasa geli geleman.

“Sorry, Tan Sri. I have to go.” Tanpa senyuman, Mariah terus berlalu. Dia takut lama-lama nanti ada yang kena simbah air dengannya. Entah apalah yang dikejar Tan Sri Jalal lagi. Cukuplah-cukuplah tu mengejar keseronokan dunia.

Mariah mengambil semula tempat duduknya. Membasahkan tekak sebelum menyambung selera. Tengku Azman dihadapan seperti tidak mahu melarikan pandangannya daripada merenung Mariah.

“Well, rupa-rupanya Datuk Mahmud dan Datuk Hamid pun ada kat sini.” Terkejut Mariah bukan kepalang. Nasib baik sudu di tangan tidak terlepas. Kalau tidak, tentu dia malu dengan Datuk Mahmud dan Tengku Azman.

“Hey, Jalal. Long time no see. Have a seat.” Tan Sri Jalal pantas menggeleng bila Datuk Hamid mempelawa. Dia diam berdiri di sisi Mariah.

“It’s okay. Well, Man pun ada sama. Ini mesti bincang pasal persediaan perkahwinan Man dan Mariah, kan?” Cepat saja Tan Sri Jalal menyambung kata. Mariah sudah terkedu. Tengku Azman pun sama. Tak pasal-pasal dia kantoi menipu Tan Sri Jalal tempoh hari.

“Baru nak bincang. Nak tanyakan dulu Azman dan Mariah ni.” Datuk Hamid menjawab bagi pihak mereka berdua. Dalam hati Mariah tak habis-habis berdoa. Janganlah disebutnya mengenai percutian mereka di Bhutan tempoh hari.

“Nak bincang apa lagi? Bukan ke Man dan Mariah sama-sama bercuti di Bhutan minggu lepas? Kata nak berkahwin tak lama lagi.” Bagai nak pecah jantung Mariah. Apa yang diharapkan tidak menjadi. Muka Mariah seperti tiada darah. Dia tidak berani menatap wajah ayahnya. Pasti ayahnya mengamuk sakan nanti.

“Oh, pasal tu.” Nada Datuk Hamid sudah berlainan. Muka Datuk Mahmud juga berubah. Habislah Tengku Azman dan Mariah nanti!

“Okaylah, I pergi dulu. Nak lunch dengan kawan.” Tan Sri Jalal terus berlalu selepas merenung wajah kelat Mariah sejenak. Dia puas hati kerana dapat mengenakan Mariah tadi. Baru padan muka. Itulah, sombong sangat dengan aku tadi. Kau bukannya tak tahu yang aku ni kasanova.

“Apa ni, Mariah?” Nada Datuk Hamid sudah berubah. Sudu ditangan sudah diletakkan didalam pinggan. Hilang seleranya. Malu sungguh dengan Jalal dan Mahmud. Anaknya bagai perempuan murahan.

“Apa yang Man dah buat dengan Mariah? Siap pergi Bhutan lagi sama-sama.” Kini, Datuk Mahmud pula bersuara. Tidak disangka Tengku Azman bertindak seliar itu. Menyesalnya dia membiarkan Tengku Azman bergaul bebas sebelum ini. Mujurlah dengan Mariah. Kalau dengan perempuan yang pakai baju tidak cukup kain, malunya dia!

“Man dan Mariah tak pernah buat apa-apa pun, pa. Kami pun baru kenal kat sana.” Tengku Azman cuba menerangkan perkara yang sebenar. Mariah pantas mengangguk. Dia mula bimbang.

“Habis tu, yang Jalal cakap tadi tu apa? Kalau tak ada angin, pokok tak akan bergoyang, Man.” Datuk Mahmud sudah berang. Tengku Azman sudah tidak boleh berlakon lagi selepas ini. Dia mahu mengawal anaknya itu.

“I’m sorry, Hamid. Aku tak didik anak aku betul-betul. Aku akan pastikan Azman bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan pada Mariah.” Itu kata putus Datuk Mahmud. Mariah seakan mahu menangis.

“Aku juga. Terima kasih, Mahmud.” Mereka berdua sama-sama bangun dituruti Tengku Azman. Hanya Mariah yang terkaku di tempat duduknya.

“Minggu depan, Azman dan Mariah akan berkahwin. No more excuses.” Noktah. Itu kata-kata Datuk Hamid.

Airmata mata Mariah merembes keluar. Alangkah malangnya nasib Mariah. Berkahwin dengan Tengku Azman adalah satu kesilapan yang besar!

Sunday, September 18, 2011

Awak Macam Pelakon Korealah!!!

Ni cerita 11 sept..hehehe..xsempat nk post


Hari ni adalah hari yang paling penat
Fuhhhhh~~~


Tak nak cerita pasal hari ni
Nak cerita malam tadi


Alkisahnya........


Malam tadi, naik bas ekspres balik ke shah alam
Abah dan Eka yang hantar ke stesen bas
Sampai sana kul 9,,,tunggu....bas smpai kul 9.45 lebih2


Pastu, seat saya kat tingkat atas
Naik je, terkejut gila!
Nak tau?
Ramai gila orang laki!!!!!!!
Ada dua tiga orang je budak pompuan...Uwaaaa....Takutnya....


Saya cari tempat duduk saya,,,,seat 21,22,23,24....Nah jumpa! Seat nombor 24
Saya duduk, kemudian saya tengok sebelah saya
Eh, orang laki
Dia tengah tidur
Kalau tengok dari tepi.... Muka dia macam pelakon korealah!
Dia tidur pon mcm stail pelakon korea tidur...Gila ah!


Kepada lelaki di sebelah saya berseat nombor 25, bas sani ekspress (kb,rantau pjg,tnh merah ke KL,s.alam,klang - 11 sept)
Awak memang macam pelakon Korealah

Sunday, September 11, 2011

Cuti Dah Habis

Officially, esok dah start kuliah
Tapi saya takde kuliah
Semester ni hanya siapkan Design Project II

Sedihnye nak tinggalkan rumah
Cuti 4 bulan satu masa yang sangat pendek bagi saya :(
Tak sempat nak sudahkan novel ketiga

Apa2pun, selamat maju jaya semua...

Friday, September 9, 2011

Cerpen: UNTUK KALI YANG TERAKHIR

Julia menyapu hujung mata yang berair. Kali ini, sudah enam kali bertemu bulan Ramadhan. Wajah bekas suami yang ditunggu masih tidak kunjung tiba. Puas sudah Julia berdoa. Puas sudah Julia cuba ikhtiar mencarinya, tetapi segalanya hampa. Tetapi sebagai isteri, jauh disudut hati kasihnya pada lelaki itu tidak pernah berubah.

**********************************************************************

“Abang... Abang jangan pergi.” Julia separuh meraung. Tangisannya tidak diendahkan. Fakrul sudah mengemas pakaian ke dalam beg. Komputer riba yang masih terbuka di atas meja ditutup rapat lalu dimasukkan ke dalam beg laptop.

“Abang... Apa salah Julia, bang? Jangan tinggalkan Julia macam ni. Julia tak mampu nak hidup keseorangan.” Julia menarik lengan suami. Berharap suami mengerti perasaannya kala itu. Air mata yang mengelir deras menuruni wajah langsung tidak menimbulkan simpati Fakrul.

Tubuh Julia ditolaknya kasar. Keras bunyi Julia jatuh mencium lantai. Kedengaran suara wanita itu mengaduh kesakitan namun langsung tidak menimbulkan simpati Fakrul.

“Abang...” Dia gagahkan diri. Memeluk kaki Fakrul erat agar lelaki itu tidak berlalu begitu saja.

“Abang... Jangan pergi. Apa salah Julia, bang? Salah ke Julia kalau Julia mengandung? Anak ni anak kita, bang. Darah daging kita. Dia yang akan mendoakan kita bila kita dah tak ada nanti.” Teresak-esak Julia menangis.

“Ah!!!... Dah berapa kali aku cakap dengan kau. Jangan mengandung. Tapi kau tak nak dengar. Kau pun tahu, kan? Aku ni bukannya sukakan budak-budak. Nanti menyusahkan saja.” Keras kata-kata Fakrul. Sebenarnya bukan itu sebab dia ingin meninggalkan Julia. Dia mendapat telegram daripada papa Julia. Lelaki itu memberikan amaran padanya. Jika dia tidak meninggalkan Julia, keluarganya akan diancam. Dia masih punya ramai adik. Adik-adiknya perlu belajar. Jika biasiswa mereka disekat, ke mana harus dia mencari duit bagi membiayai mereka nanti?

“Abang! Sampai hati abang buat Julia macam ni. Jangan tinggalkan Julia, bang.” Julia mula meraung kembali. Fakrul sudah berlalu pergi meninggalkan dia sendirian di situ.

**********************************************************************

“Apa yang sedang Julia fikirkan?” Kasmah menghampiri Julia. Memeluk bahu wanita itu erat. Julia hanya senyum nipis menjamah wajah mamanya sebelum beralih kepada Ezad yang leka mengayuh basikal di halaman rumah.

“Tak ada apa-apa, mama.” Julia diam. Dia tidak mahu mamanya tahu dia sedang terfikirkan bekas suaminya dulu.

Sewaktu Ezad diusia satu tahun, ramai yang cuba meminangnya. Tetapi, dia tolak mentah-mentah. Hatinya masih milik Fakrul. Dia tahu, salah kerana berkahwin tanpa restu keluarga. Kata orang, jika berkahwin tanpa restu keluarga tidak akan bahagia sampai bila-bila. Mungkin sebab itulah suaminya dulu pergi meninggalkan dia.

“Ezad dah masuk enam tahun. Julia tak ada merancang apa-apa ke?” Kasmah cuba berkias. Sudah enam tahun anaknya membujang. Julia langsung tidak mahu berumah tangga. Setiap kali disoal, Julia pasti mencari alasan. Ezad masih kecillah. Ezad tak perlukan ayahlah. Ezad dah ada dialah. Nanti Ezad tak dapat nak menyesuaikan dirilah. Semuanya Ezad.

Kasmah sedih melihat Julia lebih gemar menyendiri. Bila Julia termenung, dia akan cepat menghampiria anaknya itu. Dia tidak mahu lama-lama nanti anaknya akan mengalami kemurungan yang melampau.

“Merancang apa, mama? Kahwin?” Ada tawa sinis pada hujung katanya.

“Julia ni dah masuk tiga puluh satu tahun, mama. Siapalah yang nakkan Julia ni. Mama pun tahu, kan? Julia tak pernah fikir pasal kahwin.” Lembut suara Julia membalas pertanyaanya tadi.

“Mama cuma nak Julia bahagia. Itu saja. Mama tak nak tengok Julia asyik termenung saja. Mama jadi risau.” Kasmah meluahkan rasa hatinya. Sebelum ini dia hanya jadi pemerhati. Terlalu lama Julia makan hati dengan tindakan menantunya. Enam tahun!

“Julia okeylah, mama. Mama janganlah risau.” Belakang telapak tangan mamanya digenggam erat. Ingatannya pada Fakrul tidak pernah pudar. Dia masih ingat pada wajah itu walaupun sudah enam tahun tidak bertemu. Dia mula rindu pada Fakrul bila tiba bulan Ramadhan.

Pada bulan Ramadhanlah mereka pertama kali bertemu.

**********************************************************************

“Hah... Tak puasa!” Mimi. Teman sebiliknya menyergah dari belakang. Terkejut bukan kepalang Julia. Berterabur fries di atas meja.

“Kau, kalau tak kejutkan aku boleh tak? Nasib baik tak kena sakit jantung, tau? Kalau tak, terus aje aku mati kat sini.” Separuh menengking Julia memarahi Mimi. Sempat lagi dia mengutip fries lalu disuakan kedalam mulutnya.

Mimi ketawa mengekek. Julia tidak pernah insaf. Sudahlah bulan puasa dulu Julia langsung tidak puasa. Kali ini pun sama. Ramadhan sudah masuk hari yang ke-sepuluh. Julia masih lagi berkunjung ke pub dan pulang pada waktu pagi. Anehnya, Julia dapat skor dalam setiap subjek pula.

“Tak takut mati ke? Dahlah tak pernah nak puasa. Lepas tu, makan dikhalayak ramai pulak tu.” Mimi sekadar menduga. Ingin tahu sejauh mana Julia takut bila digertak begitu. Walaupun tidak bertudung, Mimi masih lagi tidak meninggalkan perkara wajib. Dia tahu apa yang perlu dihadkan. Orang tuanya tidak pernah lupa menghantarnya belajar ilmu agama.

“Relekslah. Tengok kat sana. Johnny, Lily, Linda, Harry... Tengah sedap aje makan. Ada orang lain kisah?” Telunjuknya menuding ke arah sekumpulan pelajar berambut blonde ditangga. Mereka masing-masing sedang enak menjamu selera dengan makanan segera.

Mimi menggeleng lambat-lambat. Agaknya Julia sudah lupa asal usulnya. Mereka itu bukannya saudara Islam. Bulan Ramadhan adalah sama seperti bulan-bulan sebelumnya. Mereka boleh saja makan. Tapi kita ni, sebagai umat Islam. Bulan ini adalah bulan untuk beribadat, bulan untuk kita berpuasa. Mimi sudah hilang idea untuk menyedarkan Julia.

“Mimi Akila!”

Julia yang sedang enak menyumbat fries ke dalam mulut terhenti tingkahnya. Matanya menatap raut wajah yang melaungkan nama Mimi tadi. Hampir tercekik Julia. Cepat-cepat Mimi hulurkan coke di atas meja padanya tatkala Julia terbatuk-batuk.

“Mimi Akila, kan?” Empunya diri sudah menghampiri mereka. Julia cepat-cepat mengutip fries lalu diletakkan di sisi. Gelas yang berisi coke terus saja disumbat ke dalam plastik sampah.

Mimi sudah mengangguk. Muka berseri-seri menatap wajah lelaki itu. Kacak. Handsome. Macho. Pendek kata, semua ada pada dialah!

“Awak tertinggal buku awak tadi. Nasib baik ada tulis nama kat muka surat depan.” Buku sudah bertukar tangan. Julia di sisi kaku denga kehadirannya.

“Err... Kenalkan. Ini roommate Mimi, Julia. Julia, ini Fakrul Faiz. Kawan kuliah aku.”

Fakrul Faiz...

Itulah nama pemilik bekas suaminya. Mereka mula berkenalan dalam bulan Ramadhan. Mereka juga berkahwin setelah bulan Ramadhan tamat. Dan Fakrul meninggalkannya dalam bulan Ramdhan! Peliknya dengan apa yang telah berlaku.

**********************************************************************

Julia turun setelah bersiap ala kadar. Mimi Akila tiba awal setengah jam. Kalut Julia mandi dan mengenakan make-up. Tidak mahu kelihatan pucat bila bertemu pelanggan nanti.

“Bu, nak ke mana?” Baru saja kakinya menjejak lantai tatkala menuruni tangga, Ezad mendapatkannya. Pantas Julia duduk bagi menyamakan ketinggian mereka.

“Ibu nak keluar berbuka puasa dengan pelanggan, sayang. Nanti lepas terawikh, ibu balik.” Dia mengusap-usap lembut rambut Ezad. Jarang dia tinggalkan Ezad bersama mama dan papanya. Tetapi hari itu, dia terpaksa berbuat demikian kerana dia perlu menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama pelanggan syarikatnya.

“Jangan lupa belikan Ezad coklat.” Ezad menarik tangannya lalu dicium seperti yang dilakukan olehnya setiap kali Julia keluar ke tempat kerja atau Ezad ke sekolah.

“Baiklah, sayang. Ibu pergi dulu.” Segera Julia bangun. Mamanya sudah menghampiri Ezad. Memeluk bahu kanak-kanak itu yang melambai tangan kearah ibunya.

***

“Dah besar pun anak kau.” Mereka sudah masuk ke dalam perut kereta miik Mimi.

“Dah tu, kau nak Ezad tu umur setahun aje sampi bila-bila?” Nada Julia bersahaja namum mengundang tawa Mimi.

“Taklah. Maksud aku, anak kau dah besar. Bapak dia, Ezad tak kenal lagi.” Julia terdiam. Kata-kata Mimi ada benarnya. Ezad langsung tidak kenal siapa ayahnya. Tidak pernah sekalipun dia bercerita mengenai Fakrul pada Ezad. Ezad pula, tidak pernah bertanya mengenai ayahnya. Mungkin sebab itulah dia terlupa.

“Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Soalan Mimi Akila dibiarkan sepi. Julia kehilangan kata-kata.

**********************************************************************

Mereka sudah tiba di hotel. Mereka  berdua mengambil tempat di meja yang disediakan. Beberapa orang yang mengenali menyapa. Julia sekadar membalas dengan senyuman dan mengangguk. Hanya tinggal lima minit lagi untuk mereka berbuka puasa. Julia dan Mimi masih belum mengambil makanan.

Majlis berbuka puasa kali ini melibatkan semua pelanggan di sekitar ibu negeri. Jarang sekali Julia turut serta menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelanggan namun kali ini, bila papanya sendiri menyuruh dia turun padang. Dia tidak mahu menghampakan papanya. Lagipun, dia perlu mempelajari selok belok perniagaan bagi menggantikan tempat papanya.

Julia hanya mengambil beberapa pucuk satay disertakan nasi himpit dan kuah kacang. Bila melihat pinggan Mimi yang menimbun, dia menahan tawa.

“Larat ke kau nak makan semua ni?” Rasa bagai nak pecah perut menahan tawa melihat anggukan Mimi. Makan punyalah banyak. Badan tak naik-naik jugak. Desisnya.

Bila dia mengangkat wajah, matanya bertembung dengan mata seorang yang dia kenali berada betul-betul di hadapan mejanya.

Fakrul Faiz!

Dadanya bergetar hebat. Tangannya menggeletar. Lemah seluruh sendi Julia. Dia segera memaut tubuh Mimi.

“Kenapa Julia?” Mimi cemas. Dia meletakkan pinggannya sebelum mengambil pinggan di tangan Julia.

“Dia... Dia... Mimi...” Julia kehilangan kata-kata. Ramai yang mengerumunginya. Namun, tidak satu pun wajah milik Fakrul Faiz. Dia mahu menjerit memanggil lelaki itu tetapi langsung tidak keluar.

**********************************************************************

Setelah peristiwa tempoh hari, Julia cuba mencari suaminya. Semua nama pelanggan tempoh hari disemak namun nama Fakrul langsung tidak ada dalam senarai. Hampa dengan apa yang diperolehi, Julia cuba menghubungi setiap syarikat yang berhubung dengan syarikatnya bertanyakan Fakrul Faiz. Namun, semuanya tidak membuahkan hasil. Hari ini adalah hari terakhir bulan Ramadhan. Julia sudah berputus asa.

Dia sudah putus harapan untuk bertemu dengan Fakrul lagi. Segalanya hanya tinggal kenangan. Mereka bertemu pada bulan Ramadhan, berkahwin setelah tamat Ramadhan dan berpisah pada bulan Ramadhan. Kali ini, bertemu sekejap pada bulan Ramadhan. Atau Julia terlalu rindu pada Fakrul? Sehinggakan orang lain disangkakan Fakrul...

“Ibu...” Suara Ezad memecahkan lamunan Julia. Pantas tubuh anak itu dirangkul kemas.

“Iya, Kenapa Ezad?” Satu ciuman hinggap di pipi anak itu. Ezad mewarisi raut wajah Fakrul. Itu kata Mimi. Papa dan mamanya pula sentiasa mengatakan Ezad mewarisi raut wajahnya.

“Bila ayah nak balik?” Jantung Julia seakan berhenti berdegup. Rangkulannya longgar. Mata bening Ezad direnung sayu.

“Lama Ezad tunggu ayah balik. Tapi ayah tak balik pun.” Benarkah apa yang dikatakan oleh Ezad? Ezad rindukan Fakrul seperti dia juga!

Nanti... Bila pula Ezad tahu mengenai ayahnya? Sebelum ini Ezad tidak pernah bertanya padanya mengenai siapa ayah Ezad.

“Si... Si... Siapa yang bagitahu Ezad?”

“Tuk Pa dan Nek Ma.” Ezad menarik tangan Julia melingkari tubuhnya. Seperti selalu yang dilakukan Ezad bila mereka duduk berdua-duaan.

“Apa yang mereka cakap pada Ezad?” Julia ingin tahu. Dia diam menanti jawapan Ezad.

“Tanya.” Ezad jawab sepatah.

“Apa yang mereka tanya?” Julia hilang sabar.

“Mereka tanya, Ezad tak nak jumpa ayah ke? Ezad pun tanylah balik. Ezad ni ada ayah ke?” Ezad diam. Menanti reaksi Julia.

“Ezad ada ayah ke, ibu?” Julia memeluk kemas tubuh Ezad. Matanya sudah mengalir manik-manik jernih. Dia tidak ada jawapan untuk soalan itu.

Ya ALLAH, untuk kali yang terakhir. Aku mohon padamu, Ya ALLAH. Kembalikanlah Fakrul kedalam hidup kami.

**********************************************************************

Suara takbir memuji ILLAHI bergema dari masjid perumahan itu. Julia sudah bersiap dengan telekung putih dikepala. Dia turun menemui Ezad yang segak berbaju melayu diruang tamu.

Handsome anak ibu.” Bibirnya jatuh di dahi anak itu.

“ Macam ayah, kan?” Belum sempat Julia bersuara, Ezad sudah berlari ke belakangnya.

“Ayah...” Ceria suara Ezad menyebut nama ayah. Julia berpaling lambat-lambat. Dadanya berdebar-debar. Dia tidak mahu menduga. Jika benar Ezad memanggil ayah, tidak lain dan tidak bukan pasti itu ialah Fakrul.

“Assalamualaikum, Julia.” Pandangan mereka bersatu. Julia terasa ingin menangis waktu itu juga. Benarkah apa yang sedang dilihatnya sekarang?

“Julia apa khabar?” Tenang suara Fakrul memecahkan hening antara mereka bertiga. Fakrul yang telah pergi enam tahun dulu telah kembali hari ini! Lama Julia menanti saat-saat begini. Dia mahu memeluk tubuh itu. Menangis sepuas-puasnya didada Fakrul. Tetapi dia tahan. Mereka bukanlah suami isteri lagi. Itu yang pasti...

“Macamana Fakrul boleh jumpa rumah Julia?” Airmata Julia gugur jua. Dia gembira. Hari ini bukan saja 1 Syawal tetapi juga hari yang paling bermakna dalam hidupnya.

“Papa Julia yang bawa ke sini.” Tenang Fakrul membalas pertayaan Julia. Julia menarik Ezad ke sisi.

“Kenalkan, inilah ayah Ezad.” Dia menyeka airmata gembira. Ezad sudah bertemu dengan ayahnya. Dia juga sudah bertemu dengan suami yang dulu pergi meninggalkannya.

“Fakrul minta maaf. Fakrul tak berniat nak tinggalkan Julia dulu.”

“Saya minta maaf, Julia. Terimalah saya kembali dalam hidup Julia. Percayalah, saya masih sayangkan Julia sehingga kini.”

Sepi. Takbir bergema dari masjid yang berdekatan. Sayu... Ini yang Julia nantikan sejak enam tahun dahulu. Menanti kepulangan Fakrul ke sisinya semula. Doanya selama ini termakbul. Dia bersyukur. Dia harus melupakan apa yang telah berlaku dahulu dan bina hidup baru. Syukur Alhamdulillah. Syawal tiba bersama kenangan yang terindah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...