Friday, August 12, 2011

Rasa Macam Nak Give Up

Dua hari lepas, Kak Rubi dari Alaf 21 call. Katanya nak poskan manuskrip ke rumah untuk diedit. Mula2 memanglah happy. Siapa yang tak happy oi bila company besar macam tu nak publish novel kita.

So, hari ni, selamat sampailah manuskrip tu. Saya dan abah bukan main excited lagi bukak bungkusan alaf 21 tu. Buka salotape tu, bukak kat sini... Akhirnya... Nah!!Ini dia manuskripnya. Cerita penuh Kupujuk Hati (Asalnya tajuk Rawan, tapi ditukar kepada tajuk Kupujuk Hati. Kata editor, lebih sesuai).

Okey. (Slalunya taip OK je. Tapi bila baca komen Kak Rubi, OK adalah bahasa Inggeris, okey lak bahasa Melayu..hehehe)... Nah, tu dia. Panjang berjela komen Kak Rubi. 13 wooo...

Almaklumlah, saya ni baru first time tulis novel. Memang patut saya kena komen banyak. Abah baca dulu. Bila abah siap baca dan ke dapur, turn saya baca. (Abah relax je. No komen).

Bila dah abis baca, saya pon fikir. Nanti ada ke org nak beli novel saya ni????
Itulah sebab kenapa saya rasa nak give up je....

Tapi.... Saya tak boleh nak give up awal2. Saya nak tengok sejauh mana org suka saya menulis. Kalau tengok kat penulisan 2u tu, kira dah seribu lebih orang baca Andai Kau Mengerti. Kira okay la tu daripada tak okay langsung kan. Yang betul2 follow tu tak tahulah berapa kan. Harap2lah jumlah yang baca tu seramai yang follow. Btw, thanks sume. Sebenarnya, cerita tu dah siap sepenuhnya. Siap tahun lepas lagi. :)

Okaylah. Untuk novel sulung saya ni, saya takkan give up. Saya akan cuba sehabis baik. Doakan saya yang terbaik kawan2. Dan, jangan lupa beli nanti di pasaran. Bye...

1 comment:

sutera jingga said...

owh sayangggg..jgn..jgn..jgn give up....x semua org mampu menulis...dan idup ku sunyi sepi kalau xde penulis2 ni.hukhukhuk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...