Monday, August 8, 2011

Masak Air

Pagi tadi, pukul 4.30 saya bangun. Siapkan juadah sahur untuk abang dan kakak ipar (Saya dan abah memang tak makan nasi waktu sahur. Minum air je). 

Macam biasa, keluarkan lauk pauk dari dalam peti ais dan panaskan. Saya isi air ke dalam kendi (Kat rumah tak guna heater sebab tak cukup kalau masak air dalam heater je). Letak atas dapur. Niat dalam hati, nanti nak jerang air tu pukul 4.45 (Abah tak suka minum air yang dah sejuk). Saya basuh pinggan, hidangkan makanan dan nasi.

Dah masuk pukul 5, saya kejutkan abang, kakak ipar dan abah. Saya ke dapur semula. Bila nak isi air panas dalam mug, saya rasa pelik. Kenapa tak rasa panas langsung air ni.

 Ya Allah.... Saya lupa nak jerang air tu. Uwaaaaa.....
Nasib baik baru pukul 5. Terus je saya on api dapur.
Agak2nya lah kan, saya ni dah tua ke pelupa? Hmmmmmmff...

p/s:Terima kasih kepada abg kime dan kak ayu kerana balik dari KL utk berbuka puasa dan sahur dengan su dan abah. XOXO

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...