Tuesday, August 23, 2011

Kunang-Kunang/Api-api

Betul ke kunang-kunang ni nama lain dia api-api?

Kalau nak tahu, check dalam Kamus Dewan ye. :P

Sebenarnya nak cerita pasal kunang-kunang.

Kisahnya ada kena mengena la jugak dengan saya dan kunang-kunang.

Macam ni....

Malam Ahad lepas, saya dan abah hantar kakak ke airport. (Kakak nak balik KL.)

Nak cepat sampai ke airport, kitorang akan ambik jalan pintas. 

Kira kena lalu ladang kelapa sawit. (Waktu ni, ladang tu tgh ditanam semula.

 So, pokok-pokok memang rendah sangat. Takat lutut.)

Masa pegi tu, waktu tu baru masuk pukul 8.(Flight kul 10.30. 

Takut jam dan takut xsempat, kena pergi awal. 

Nak ke sana pun dah satu jam)

So, kitorang telah menyaksikan satu pemandangan yang cukup indah.(Bagi saya la. sebab sebelum ni xpenah tgk pon.). 

Kunang-kunang sedang berterbangan kat ladang sawit tu. 

Sebab pokok-poko pon rendah, kami dalam kereta nampak dengan jelas la kunang2 tu. Cantik sangat!

Bayangkan, korg sedang berdiri kat tanah lapang. lepas tu keiling korang ada banyak kunang-kunang. cantik tau!

Ni lah first time saya tgk kunang-kunang yg byk. Macam lampu kelip2 yg xde wire. Ajaib!

Abah pon start bercerita....

Dulu2...Kira zaman dulu2...
Kalau nak kuar rumah pd waktu mlm xde torch light
So, nk tak nak, siang2 lagi kena tangkap kunang2. Kumpul banyak2 pastu simpan dalam balang kaca.
Nanti dorg akan berkelip2 la. Bila malam, jadi macam lampu. AJAIB!!

Skrg dah maju. Dah ad torchlight, lampu jln, lampu kereta, lampu rumah...pendek kata sume lampu la...
Tak payah nak tangkap kunang2 lagi. Lagipun, kita kn xboleh seksa binatang. Dorg pon macam kita jugak. Nak hidup bebas, kan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...