Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan datang lagi. 
Sambutlah dengan rasa syukur.
Semoga kita semua dilimpahi rahmat olehNya. 
Selamat beramal dan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. 
Mohon ampun dan maaf diatas segala salah, silap dan dosa.


Zurainie bt Mat Jusoh a.k.a Nur Suriati

Thursday, July 28, 2011

Petua Sejukkan Badan Selepas Makan Durian

Baru semalam Alif Qayyum tanya saya. Soalannya berbunyi begini.

"Wat gapo dumoh loni? cekoh duye ko?" 
Bermaksud: Buat apa kat rumah sekarang. Kopek durian ke (Makan durian ke)?"

Saya baru je selesai melantak durian dua biji dengan abah. :)
Sedap jugak isinya. Kata abah, durian yang kami makan tu durian kampung. Kalau kat sini la. Orang panggil durian kampung. He..He..He...

Tengok tajuk kat atas...petua...

Okay, saya nak kongsi petua yang saya dapat daripada kawan saya (Siti Maimi) semasa saya belajar di MRSM Gerik dulu.

Lepas makan durian, kulit durian tu jangan buang lagi.
Ambil salah satu, letak air masak didalamnya, dan minum pada hujung kulit

Sepanjang saya amalkan petua ni, badan saya tak panas sangat lepas makan durian. :)

Okaylah Selamat Mencuba.

OXO

Tuesday, July 26, 2011

Angan-angan

1)Hobi saya ialah menyanyi. Dulu saya pernah jugak bercita-cita nak jadi penyanyi. Tu dulu la. Bila tengok industri muzik kat Malaysia ni, tengok artis-artis yang tumbuh macam cendawan hasil daripada program realiti tv, rasa macam tak jadi je nak teruskan cita2 tu. Bukannya apa, banyak persaingan. Pastu, kebanyakannya senyap je. Rugi pulak kalau macam tu. Baik lupakan saja. :)

2)Saya bercadang nak kahwin bila umur saya masuk 30 tahun. Kwan-kawan cakap, tua sangatlah kalau nak kawin time tu. tapi pada pendapat saya, waktu tu lah yang paling sesuai. Sebab?
a)Saya dah cukup matang untuk mengharungi alam rumahtangga
b)Saya dah ada bisnes sendiri waktu tu
c)Saya da bersedia untuk jadi surirumahtangga sepenuh masa. :)

3)Saya nak buka pusat pemuliharaan kucing sebab saya sangat sukakan kucing. Tapi dalam family saya, tak ada sorang pun ambi jurusan doktor haiwan. Huhu.. Nampaknya, saya nak kena upah doktor haiwan la.

4)Saya nak jadi blogger dan novelist yang berjaya. :)
Sebab: a)Saya boleh duduk rumah je, tak payah pergi keje. Boleh
temankan abah dan wink kat rumah ni. :)

5)Saya nak besarkan rumah abah yang lima bilik ni jadi 12 bilik. Hahaha.
9 bilik untuk 9 siblings,1 bilik abah, 1 bilik bibik dan satu lagi bilik tamu.
Nanti untuk tingkat atas bolehlah buat rumah tumpangan kalau anak2
abah tak ada kat rumah time tu. :)

6)Saya teringin nak bawak seluruh keluarga melawat rumah Allah.
InsyaAllah kalau ada rezeki.:)

7)Saya nak buat studio kat belakang rumah. :P..
Tapi sayang pulak kalau kena tebang mini dusun tu. Hmmm.. Tak
jadilah

8)Saya pernah jugak berangan nak jadi model. Kihkihkih. Model catwalk. Tapi tak lepas lah. Tinggi tak sampai 160cm. Huhuhu. Kalaulah one day ada orang offer, saya takkan lepaskan peluang tu.

9)Saya pernah bercita-cita nak jadi pramugari. Kononnya boleh naik flight selalu. Hahaha.

10)Cita-cita saya yang sebenar ialah ingin menjadi doktor gigi. Tu pon cita-cita arwah mak jugak. Dia nak saya jadi doktor gigi. Tapi cita-cita tu tak kesampaian. Ruginya. Mungkin takdir saya belajar dalam jurusan ni. Bila fikir pasal engineering, saya lagi suka aeronautic. Tapi tak pulak apply time tu. Takutlah. Orang cakap susah nak lepas course tu

Loving betullah mereka

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami: 


Isteri      : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami      : Kenapa?
Isteri      : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan 
                 cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan 
                 isterinya sekuntum bunga mawar.
                 Loving betullah mereka.
                 Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami      : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?" 

Sunday, July 24, 2011

Parked tooooooo long..He..He..He

Saturday, July 23, 2011

Funny :P

Nak share email V(O_O)V


Pada suatu pagi...
sewaktu sarapan..
seorang anak baru masuk darjah satu bertanya soalan.. kat ayah nya

" papa .. SEX itu apa"

si ayah macam nak tersedak dengar soalan cepumas tu sambil mengunyah roti canai segera yang liat
apa nak jawap ni....

naik berpinar kepala ayah budak tu
toing... idea sampai

maka si ayah pun memberi penerangan sambil memberi perumpamaan

mcm ayam jantan dan ayam betina,
mcm lelaki dan perempuan

tetiba anak nya menangis sekuat kuat hati
lalu berlari mengambil beg sekolah

di keluarkan buku tulis nya
macam mana nak tulis...tempat kecik sangat...?

sambil menunjuk kan muka depan buku tulis dia

NAMA:...................................

DARJAH:..................................

SEX:....................................


si ayah garuk kepala yang tak gatal

Friday, July 22, 2011

Suicide Note

Disagree

Lepas masak nasi, tiba2 dapat idea nak post entri lagu ni... Disagree - Suicide Note... Jujur, saya tak pernah nak ambil tahu pasal band ni. Baru saya tahu Disagree ni band Malaysia yang buat album yang lagunya semua Bahasa Inggeris. Sorry Disagree. 

Nak ditakdirkan suatu hari, seingat saya waktu tu raya tahun lepas,  masa saya tengah syok sembang kat facebook dengan kawan2, ada la sorang ni dia post comment kat wall saya 'I Left my suicide note on the door'.  Teringin nak tahu, so saya tanyalah. Dia pun cakaplah lagu ni band Disagree. Terus je saya download lagu ni dan dengar.

Apa yang special dengan lagu ni?
Bagi saya, plot lagu ni cantik. Macam novel. Setiap novel mesti ada plot. Permulaan, perkembangan, conflict, climax dan peleraian. Sama juga dengan lagu ni. Saya terus jatuh cinta dengan lagu ni. :)

Cop, saya highlight bila msk plot baru.

Jom layannnnn...

..................(music).........


Trouble follows me to my doorsteps I don't want to know
Blood from Heaven and things from Hell they're forcing me to go
So when you start to realize that I get no more sleep oh brother
So when I walk and when I so when I talk and it's turning 
it's turning It's turning turning turning turning.

I Left my suicide note on the door

Once more.

The pipe is blowing and they've started searching I'm not afraid to go so bring me
So when I walk and when I so when I talk and It's turning It's turing It's turning turning turning turning

So when you feel like love so when you think above and there's nobody there and there's nobody here

So when you feel estranged and there's no complaints dear God I'm turning I'm turning I'm turning

turning turning turning

I Left my suicide note on the door
Baby wont you look me in the eye once more? Once more
Lost In eyes and well it can't stand in my way
Hit me honey I left my things down to play

I m hey...


................






Kepada sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal band ni, ini linknya....

Thursday, July 21, 2011

I Wonder...

Kalau saya dah tak ada,
ada tak orang datang ziarah kubur saya setiap hari Jumaat?....

Hujan Kasih

Motor usang
Gadis kecil dan ayahnya naiki
Meredah hujan kasih waktu senjakala

Bungkusan berbalut lutsinar putih
Mereka bawa
Dari sana ke hujung kampung
Ke rumah

Bagi mengisi perut
Mereka sekeluarga

Wednesday, July 20, 2011

Nothing To Do....ngeee










Hahahaha

Tuesday, July 19, 2011

Beautiful Ayams in the world..hahaha
























Sunday, July 17, 2011

Giveaway:Keychain from Langkawi by lisaafha


Jom join :)

due date:31 julai 2011

Jendela Dapur

Setiap hari
Aku akan disitu
Mendongak ke atas
Merenung pohon durian
Yang tak berbuah

Ajaibnya...

Suatu pagi
Sewaktu aku mendongak ke sana
Merenung dahan-dahan kosong
Ada buah-buah duri yang kecil di situ

Aku senyum
Aku dongak ke langit
Syukur...
Terima kasih Allah

Tahun ini
Kami masih lagi berpeluang
Merasai nikmatnya buah durian
Dari dusun kecil itu

Dan,
Setiap hari
Setiap kali ke tepi jendela dapur
Mata aku akan hinggap di situ
Di dahan pohon-pohon
Yang penuh dengan buah-buah duri





Saturday, July 16, 2011

Cerpen Berlari Ke Langit

Berlari-lari anak Linda mengejar bas. Sudahlah dia lambat bangun pagi tadi. Waktu ini pula, dia ditinggalkan bas yang selalu dia naiki untuk ke kelas.

“Lecehlah kalau hari-hari macam ni.”

Linda merungut sendirian. Beg sandang ditarik rapat ke leher.
Kalau tidak kerana ingin membiayai kos hidup di bandaraya, sudah lama dia membeli sebuah motor untuknya berulang alik dari dari rumah yang disewanya ke tempat kerja part time dan universiti.

Nasib Linda malang semester ini. Dia tidak mendapat tempat dimana-mana kolej. Sebabnya, kupon yang Linda kumpul tidak mencukupi.
Linda tahu memang salah dia. Kerana sibuk mencari duit poket, dia lupa menghadiri mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh pihak kolej mahupun universiti.

Linda tidak punya orang lain lagi dalam hidupnya. Linda hanya sebatang kara. Ayah Linda sudah pergi menemui Illahi sewaktu Linda sudah menamatkan persekolahannya di sekolah menengah.

Ayah Linda sakit. Tapi ayah Linda tak pernah nak bagitahu Linda mengenai sakitnya. Katanya dia tidak mahu membebankan Linda. Sudahlah Linda kehilangan emak sewaktu di tingkatan tiga. Waktu itu Linda belajar di sekolah berasrama penuh. Sekurang-kurangnya, emak boleh berbangga dengan Linda. Linda rajin. Linda boleh belajar sampai ke tahap itu.

Tapi Linda sedih. Ayahnya tidak sempat melihat Linda melangkah kaki ke menara gading. Ayah sakit jantung. Linda tidak pernah tahu. Dihadapan Linda, ayah sentiasa nampak sihat, tenang dan Linda langsung tidak menyangka yang ayahnya akan pergi secepat itu.

Linda kini keseorangan...

Linda akui, ayah memang seorang yang tegas. Itupun dengan pekerja-pekerjanya sahaja. Ayah pernah memarahi pembantunya gara-gara menjualkan buah kelapa sawit yang masih muda kepada kilang sawit. Kecut perut Linda bila melihat ayah begitu. Tidak pernah wajah ayah semerah itu.

Dihadapan Linda, ayah bukan begitu. Ayah seorang yang penyayang. Setiap hari Jumaat, Linda dan ayah akan menziarahi pusara emak. Mereka akan membacakan arwah emak Yassin. Berharap semoga roh emak sentiasa dalam sejahtera. Setiap kali ke tanah kubur itu, Linda akan menangis. Emak yang dia sayangi sudah pergi meninggalkannya...

Linda belum puas menikmati kasih sayang seorang emak. Linda sesal. Sesal kerana berkeras mahu ke asrama penuh semasa dalam tingkatan satu lagi. Linda mahu merasai kegembiraan hidup di asrama. Tanpa Linda sangka, Linda takkan merasai masakan emak lagi...Dan pelukan hangat emak...

Ayah meninggal di katil hospital. Keadaan ayah tidak lah tenat waktu itu. Linda pun tidak menyangka ayah akan pergi secepat itu. Malam sebelum ayah meninggal, lama mereka berbual. Masih Linda ingat lagi perbualan mereka.

“Kalau ayah dah tak ada esok, Linda jaga diri baik-baik tau. Jangan tinggal solat. Belajar rajin-rajin. Ayah nak cita-cita anak ayah ni tercapai.”

Haji Daud menyampaikan pesanan malam itu. Wajah Linda dimamah matanya dengan penuh kasih sayang. Anak itulah tempat dia menumpang kasih. Anak itulah yang menjadi teman dia untuk berbual. Selepas Laila meninggal, dia tidak berniat untuk berkahwin lagi. Cintanya hanya untuk Laila. Lagipun, dia tahu menjaga diri. Dia tidaj perlukan orang lain menemaninya mengharungi sisa-sisa hidup.

“Ayah ni, jangan bergurau macam ni.” Linda pantas memeluk tubuh Haji Daud. Kata-kata Haji Daud tadi membuatkan Linda berdebar-debar. Dia belum bersedia untuk menghadapi kehilangan ayahnya. Nanti, pada siapa lagi dia hendak bergantung?

“Sayangnya Linda berhenti belajar di asrama penuh. Kalau tak, senang nak apply oversea.”

Itu yang sering Haji Daud sesalkan. Selepas Hajah Laila meninggal dunia, Linda telah mengambil keputusan untuk belajar di sekolah menengah yang berdekatan sahaja. Linda mahu menemani ayahnya. Dia risau kalau-kalau Haji Daud dihambat pilu. Bertambah risau bila usia Haji Daud yang semakin meningkat. Risau ditinggalkan sendirian.

“Ayah jangan cakap macam ni. Dah dua tahun lebih arwah emak tinggalkan kita. Linda mahu jaga ayah. Sekurang-kurangnya ayah ada Linda tempat ayah mengadu. Lagipun, siapa yang akan jaga ayah kalau bukan Linda.”

Linda menyeringai bila hidungnya ditarik. Apalah ayah, itupun nak menyesal. Kalau ayah nak tahu, Linda sanggup tak sambung belajar tau sebab nak jaga ayah. Desis Linda.

“Kak Jenab dan Pak Cik Mamat kan ada. Mereka boleh tengok-tengokkan ayah.”

Haji Daud ketawa bila melihat bibir ananknya dijuihkan. Linda ni, pantang kalau diberi alasan. Sekejap lagi ada saja alasannya hendak membidas balik.

“Kak Jenab dengan Pak Cik Mamat tu datangnya pagi, balik Maghrib. Habis tu, malam siapa nak tengok ayah? Sofa? Meja?” Selamba saja bidasan Linda. Haji Daud ketawa lagi. Bebelan Linda mengalahkan Laila.

“Tengok sekarang ni, Linda jaga ayah betul-betul pun ayah tetap sakit. Itulah ayah, Linda suruh ayah serahkan ladang ayah tu pada Linda, biar Linda yang uruskan ayah tak nak. Nak juga kerja keras macam ni. Tengok...siapa yang susah. Linda jugak...”

Mengekek-ngekek Haji Daud ketawa. Linda ni..ada saja tingkahnya yang membuatkan dia gembira. Linda pandai ambil hati. Linda juga pandai menghiburkan hatinya. Dia senang dengan darah dagingnya yang satu itu.

“Sudahlah. Lama-lama dengan Linda, pecah perut ayah nanti. Bukan mati sakit jantung, mati sebab ketawa.” He...he...he... Linda pula menekup mulut menahan tawa. Terhinjut-hinjut bahunya.

“Ayah ni, Linda serius lah ni. Biar Linda usahakan ladang tu ye.” Linda kembali serius. Pandangan bening ayahnya ditatap lembut. Dengan penuh kasih sayang.

“Linda dah lupa janji Linda pada ayah dan emak?”

Macamana Linda boleh lupa. Linda takkan lupa sampai bila-bila. Sampai Linda buka kilang penapisan minyak sawit milik keluarga ini sendiri.

Lambat-lambat Linda menggeleng.

“Kalau macam tu, ayah nak Linda belajar rajin-rajin. Modalnya ayah dah ada. Cuma tunggu Linda habis belajar saja dulu. Boleh?”

Linda diam. Kemudiannya, Linda mengangguk lemah. Ayah... Linda tak sanggup lihat ayah sakit macam ni. Linda sedih...Kalau boleh, Linda nak jaga ayah sampai bila-bila. Biarlah dulu dengan kilang tu. Bukan ke ladang tu sudah lebih dari cukup untuk kita berdua. Entah apa lagi yang ayah ingin kejarkan dalam dunia ni.

“Kalau ayah dah tak ada, Linda jaga diri baik-baik. Ingat pesan ayah. Jangan lupa solat. Buat baik sesama manusia. Setiap perkara yang baik, Allah akan membalas dengan kebaikan juga.” Linda diam. Ada getar dalam hatinya. Pesanan ayah kali ini lain. Nada ayah juga lain. Tidak seperti sebelum ini yang ada tawa dihujungnya. Pantas Linda merangkul tubuh Haji Daud. Menyembunyikan tangisnya.

“Ayah.......”

“Aduh...” Linda terduduk. Dia kembali ke alam nyata. Matanya yang berair dikesat dengan hujung jari. Dia mula teringatkan ayahnya. Sudah lama dia tidak kembali ke kampung. Menjenguk pusara ayah dan emak sekaligus melihat ladang kelapa sawit ayah. Ladang itu miliknya. Tetapi dia belum lagi belajar mengendalikan ladang tersebut. Pengajiannya disini masih belum tamat. Tiga tahun bukannya sekejap. Lama. Mujur ayah ada pekerja yang boleh dipercayai. Pak Cik Mutaliblah yang diamanahkan untuk menguruskan ladang tersebut.

“Anak tak apa-apa?” pantas wanita dalam lingkungan empat puluhan keluar dari pintu belakang keretanya. Linda yang terduduk di atas jalan dihampiri lalu lutut gadis itu direnungnya.

Linda menggeleng perlahan. Sakit kehilangan ayah lebih hebat dari lututnya yang berdarah.

“Mak cik bawak ke hospital ye.” Wajah wanita yang membahasakan dirinya mak cik itu berselubung bimbang. Takut gadis yang terlanggar oleh pemandunya tadi cedera teruk.

“Saya okay. Tak payahlah ke hospital mak cik.” Linda bangun. Wanita itu juga bangun. Linda sudah mahu menapak ke perhentian bas tetapi tidak jadi bila lengannya ditarik lembut.

“Jangan macam ni. Kalau macam tu, kita ke rumah mak cik dulu. Cuci dulu luka di kaki tu. Nanti mak cik suruh pemandu mak cik hantarkan anak balik ye.” Dia sudah menarik tangan Linda masuk ke dalam perut kereta. Linda yang terkebil-kebil dengan tindakan wanita itu menurut saja. Dia sudah hilang semangat. Fikirannya kosong. Dia sedih teringatkan ayah...

******************************************************************

Besar rumah ni. Boleh tahanlah kalau nak dibandingkan dengan rumahnya. Walaupun ayah adalah orang kaya dikampung, tapi ayah tidak pernah berniat mahu mendirikan sebuah mahligai sebegini. Cukuplah rumah dua tingkat yang boleh dia, ayah dan emak diami.

Entah apalah yang suami mak cik ini bekerja sehingga dapat mendirikan rumah sebegini. Lihat saja rumah besar, mesti jawatannya juga besar. Menyesal pula Linda bersetuju mahu mengikut wanita tadi pulang ke sini. Nanti apa reaksi suami dan anak-anaknya nanti. Entah-entah Linda akan dimarahi dan dituduh sengaja jatuh ditengah jalan. Senang meraih simpati wanita itu sekaligus dapat memijak lantai rumah agam ini.

“Dah berapa lama Linda belajar kat sini?”

Linda meraih pandangan wanita yang membahasakan dirinya mak cik. Terkulat-kulat dia bila pandangan wanita itu tidak beralih dari merenungnya.

“Dua tahun setengah...” Perlahan tapi boleh didengari sesiapa saja yang berada dekat dengannya. Linda sudah mula segan. Kalau wanita itu seharusnya dipanggil datin, alangkah malunya Linda nanti.

“Oh, dah lama. Ingatkan baru lagi. Linda tinggal dimana? Kolej atau rumah sewa?”

Kelihatan seorang pembantu rumah menghampiri mereka. Ditatangnya dua gelas air berwarna oren ke arah mereka.

“Airnya datin, cik.”

Membutang mata Linda mendengar pembantu rumah itu memanggilnya datin. Dada Linda sudah berdebara-debar. Cepat-cepat dia bangun. Kepalanya dianggukkan beberapa kali meminta maaf.

“Minta maaf, saya tak tahu yang datin ni datin. Saya minta maaf.”

Datin Qasidah tersenyum melihat reaksi Linda. Segera dia menyuruh Linda duduk kembali. Wajah Linda yang serba salah direnungnya dengan senyuman.

“Tak ada apa yang Linda perlu minta maaf. Bukan salah Linda. Panggil saja mak cik. Lagi senang.”

Entah mengapa Qasidah senang dengan Linda. Linda nampak jujur. Linda juga mudah bergaul. Semasa perjalanan pulang tadi, Linda banyak berbual dengannya. Tidak seperti anak-anak muda yang lain, Linda pandai mengambil hati dia. Padahal mereka baru saja kenal.

Tidak seperti Nadia. Walaupun Nadia sering berkunjung ke situ, Nadia tidak pernah menghormatinya. Nadia lebih suka mengurung diri di dalam bilik Azam. Sudah acapkali dia menasihati satu-satunya pewaris tunggal harta dia dan suaminya supaya tidak bergaul dengan gadis seperti Nadia, tetapi Azam tetap berdegil. Entah apalah yang Azam ingin cari dalam hidupnya. Sudahlah umur sudah mencecah dua puluh lima tahun, masih lagi mahu berfoya-foya. Sepatutnya Azam sudah berkahwin dalam umur yang begitu. Azam juga perlu belajar selok belok perniagaan dengan ayahnya. Bukannya berlakon. Harta kekayaan ini, kalau tidak diwariskan kepada dia, kepada siapa lagi.

Berbuih mulutnya menasihati Azam suapaya berhenti dari berlakon. Ayahnya lebih memerlukan dia berbanding industri seni tanah air. Memang dia akui wajah Azam banyak terpampang di kaca televisyen. Anaknya sering mendapat tawaran berlakon dari mana-mana syarikat. Baru-baru ini pun Azam sudah meraih beberapa trofi semasa Anugerah Bintang yang dianjurkan oleh stesen televisyen swasta yang terkemuka di Negara ini.

Ibu mana yang tidak bangga bila anaknya menjadi jejaka pujaan Malaya. Tetapi Qasidah sedih kerana sehingga kini, Azam tidak pernah berkeinginan untuk membantu ayahnya mengendalikan syarikat.

“Tak boleh macam tu datin.” Beriaya-iya Linda mahu memanggilnya datin. Padahal dia awal-awal lagi menggelarkan dirinya mak cik. Malunya...

“Makan tengahari di sini ye, Linda.” Datin Qasidah memberikan kata putus. Tidak mahu perkara yang berkaitan dengan panggilan namanya dibahaskan lagi. Tak ada bezanya datin dan mak cik. Bukankah lebih mesra dan rapat. Dia mahu memperkenalkan Linda dengan suaminya. Ada agenda yang dia rencanakan sejak kali pertama menatap mata bening Linda.

Linda mengebam bibirnya. Mahu ditolak pelawaan DatinQasidah, dia tidak sanggup. Pelawaan itu seperti satu arahan pula. Pelik sungguh Datin Qasidah ini. Bukannya dia kenal dengan aku. Nak ajak makan tengahari pula. Haishh...
Lambat-lambat dia melepaskan keluhan. Apalah nasib badan...

******************************************************************

Linda mengutuk diri sendiri. Menyesal tak sudah dia kerana peristiwa seminggu yang lalu telah mengheret dia untuk terus tinggal di situ.

Bunga-bunga yang pelbagai warna dihadapannya direnung. Dia sudah menyiram kesemua bunga di situ. Ikan-ikan juga sudah diberi makan. Dia sudah buntu. Semua kerja dilakukan pembantu rumah. Dia pula tidak dibenarkan sama sekali membantu. Sebelum ini Linda banyak melakukan part time di mana-mana. Jadi, dia tidak betah goyang kaki. Rimas.

Tinggal dirumah itu dirasakan seperti penjara. Kalau di rumah sewa, dia boleh bergerak ke mana-mana. Mahu menonton tv juga boleh berbaring sambil mengunyah snek dan minum.

Tapi dengan Datin Qasidah, dia segan. Takkanlah pula dia mahu berbuat begitu. Nanti apa pula kata datin nanti. Dia bukannya budak kecik lagi. Umur pun sudah masuk dua puluh an. Mesti jaga tatasusila gadis Melayu lah katakan. Hmmm..

“Apa yang Linda menungkan tu?”

Datin Qasidah menyapa. Linda segera berpaling. Mengangguk dan disertai senyuman kelat. Bagaimana agaknya reaksi datin nanti bila dia mahu kembali ke rumah sewanya?Hmmm...

“Tak ada apalah datin. Cantik bunga-bunga ni. Rajin datin menjaganya. Kalau saya, tak tahulah hidup ke tak bunga yang saya tanam ni. Orang cakap, ada tangan hidup dan tangan tak hidup.”

Berkerut-kerut dahi wanita itu memahami maksud kata-kata Linda. Linda segera ketawa. Lucu pun ada bila melihat mimik muka Datin Qasidah.

“Tangan hidup maksudnya pokok akan hidup kalau orang tertentu tanam.”

Berderai tawa Datin Qasidah. Lengan Linda segera dirangkulnya mesra. Dia menarik Linda menuju ke kolam ikan.

“Linda tinggal dengan mak cik sajalah ye.” Linda terpaku. Dia terdiam dengan permintaan wanita itu kali ni. Seminggu yang lepas, cuma minta dia tinggal di situ untuk beberapa hari saja. Kali ini lain pula ceritanya. Dia tidak sanggup menolak. Wanita itu terlalu baik untuknya. Mana ada orang yang senang-senang hendak percaya pada gadis yang baru ditemui. Tak pernah ke sedatik dua Datin Qasidah fikir dia ni orang jahat. Pencuri ke? Pelik bin ajaib.

“Itu...” Dia cuba mencari kebenaran dalam kata-kata Qasidah.

Qasidah mengangguk bila melihat Linda buntu. Sudah lama dia inginkan anak perempuan. Tetapi hasratnya tidak pernah kesampaian. Azam sajalah satu-satunya anak dalam rumah itu.

Malangnya Azam tidak pernah lekat di rumah. Azam sudah mula belajar di asrama sejak tingkatan satu lagi. Bila tamat pengajian, Azam lebih suka menyambung pengajiannya di luar Negara. Balik saja ke Malaysia, Azam sudah memasang niat untuk tinggal berasingan. Kini, dia sibuk dengan dunia glamornya. Kadang-kadang Qasidah menyesal kerana tidak pernah mendidik Azam dengan sempurna. Azam sudah tidak reti mendengar kata. Entah apalah yang dimakan Azam ketika menuntut diluar Negara dulu.

“Mak cik dah tak ada anak, Linda. Anak mak cik cuma seorang. Itupun nak tinggal berasingan dengan mak cik. Pak cik kamu pula selalu sibuk dengan kerjanya. Mak cik sunyi. Mak cik tak ada tempat untuk mengadu.”

Mata Qasidah sudah mula berair. Sudah lama dia pendamkan rasa itu. Dia tidak ada tempat untuk mengadu. Bila bertemu Linda, dia selesa berbicara apa saja dengan gadis itu. Walaupun berkenaan keluarganya.

Linda pantas menggenggam jemari Qasidah. Dia tahu apa yang wanita itu rasakan. Dia juga sunyi tanpa mereka yang dia kasihi. Mereka berkongsi rasa yang sama. Bezanya Qasidah masih punya mereka di sisi, tetapi Linda, semua pergi dijemput Illahi.

“Apa yang Linda harus buat, datin.”

Ayat itu meluncur laju terbit dari bibirnya. Dia tidak sampai hati melihat wanita dihadapannya itu bersedih. Datin Qasidah sudah dianggap seperti ibunya sendiri walaupun hanya mengenalinya seminggu sahaja.

“Tinggallah dengan mak cik. Jadilah sebahagian dari keluarga ini.”

Terkedu Linda. Rasa mahu saja Linda rebah di situ. Beratnya permintaaan Datin Qasidah. Mahu ditampar-tampar saja mulutnya. Itulah, tadi pandai sangat nak tolong orang.

“Tapi...”

“Tolonglah Linda.” Rayuan Qasidah. Tangis Qasidah. Masa depan Linda sendiri. Bagaimana pula dengan ladang sawit kesayangan ayah nanti. Dan janji dia pada ayah dan ibu bagaimana pula?

“Saya tak tahu, datin.”

Lemah semangat Linda. Dia hanya megenali wanita itu dalam tempoh yang singkat saja. Mengapa Qasidah mudah saja menaruh harapan padanya. Padahal merka belum lagi kenal antara satu sama lain!

“Ma... Mama... Apa yang mama bualkan di luar tu. Azam dah sampai dari tadi lagi. Ingatkan mama ada kat atas. Rupa-rupaya ada kat sini. Buat apa kat depan kolam tu. Masuklah ma. Tak elok berjemur diluar. Anak mama dah balik pun tak nak sambut.”

Qasidah sudah mengelap air matanya. Linda yang masih lagi terkedu dengan permintaan Qasidah tadi hanya merenungnya dengan tenang.

“Masuklah. Mak cik kenalkan dengan anak mak cik. Bakal suami Linda.”

Datin Qasidah sudah menarik Linda masuk. Berdebar-debar Linda. Seumur hidupnya, dia tidak pernah jatuh cinta pada sesiapa. Dia tidak pernah membiarkan mana-mna lelaki cuba mendekatinya. Prinsip Linda, no man no cry. Tetapi, hari ini lain pula ceritanya. Linda, anak Haji Daud yang sudah sekian lama tidak memberi ruang kepada mana-mana lelaki untuk mendekatinya kini akan berkahwin dengan lelaki yang tidak dia kenali. Nonsense!!!

“Baru sekarang nak balik? Ingat mama ni tunggul ke dalam rumah ni. Bukannya tak reti-reti datang melawat mama. Balik pun diangkutnya si Nadia tu. Buat menyampah saja. Hah, mana budak perempuan tak tahu malu tu. Tak datang pulak dia hari ni. Baguslah. Tak ingin mama tengok muka dia lagi.”

Linda sudah berhenti separuh jalan mendengar bebelan Datin Qasidah. Lucu pun ada mendengar wanita itu membebel. Dia hanya membiarkan Qasidah mendekati anaknya seorang diri. Memerhati dari jauh.

“Yang kamu ni pun satu. Matahari dah tegak atas kepala baru nak sampai.”

Datin Qasidah sudah menatap wajah anaknya. Sudah lama Azam tidak pulang ke rumah. Seingatnya, sudah hampir sebulan. Bila ditanya, pasti Azam menjawab sibuk. Sakit sungguh hatinya.

“Ala mama ni. Zam sibuk la ma. Semalam balik lambat sangat shooting. Mama pun tahukan kerja Zam macamana.”

“Ooo..menjawab ye. Itulah kamu, mama suruh tinggal di sini, tak nak. Kerja dengan ayah. Tak adalah tak tidur malam kerjanya. Kamu ni entah apalah yang mama makan masa mengandung dulu sampai jadi begini.” Datin Qasidah sudah menjinjit telinga anaknya. Geram!

“Aduh ma...ma... sakit ma...” Azam menurut rentak mamanya. Tangan mamanya dipegang sehingga kaki mereka menghampiri Linda.

“Hah, ni bakal isteri kamu. Dah tak nak tinggal di rumah ni, mama carikan kamu isteri. Senang sikit. Ada orang nak tengok-tengokkan kamu. Ini tidak. Gossip sana-sini. Rimas mama.”

Datin Qasidah sudah melepaskan tangannya. Dilihat Azam menggosok-gosok telinga yang sudah merah.

“Apa ni, ma. Sakit telinga Azam.”

Linda menekup mulut menahan tawa. Ada lagi lelaki yang sudah besar tetapi masih dipiat telinganya. Lucu.

“Apa mama cakap? Isteri?”

Pantas Azam mendongak. Merenung gadis yang dikatakan bakal isterinya itu.

“Kau!!!” Dua-dua menjerit serentak. Membutang mata Linda. Melopong mulut Azam.

Sarip Dol!!! Samseng sekolah dulu!!!

Linda!!!! Musuh ketat!!!

******************************************************************

Bergoyang Jaguar milik Azam tika Linda menarik daun pintunya rapat. Membutang mata Azam. Huh... Dia ingat ini kereta bapak dia yang punya agaknya. Main sedap je tutup pintu kuat-kuat.

“Rosak pintu kereta aku. Main sedap je tutup pintu tu kuat-kuat. Kalau kereta buruk tak pelah ugak. Ni kereta mahal tau. Jangan nak buat macam harta sendiri pulak.”

Terjuih-juih mulut Azam memarahi Linda. Sudahlah lambat satu jam. Masuk pula dengan muka yang mencuka. Siap tutup pintu kuat-kuat lagi tu. Ni bukan nak berdamai ni. Ni nak cari pasal ni.

“Dah tahu macam tu, bawak lah kereta cabuk. Bolehlah aku tutup pintu kuat-kuat. Biar sampai tercabut pintu.”

Oh, menjawab. Bukannya nak minta maaf. Geramnya Azam.

“Apahal nak jumpa? Tak tahu ke aku banyak kerja. Bukan macam kau. Ada masa nak keluar dating. Lepak sana sini.”

Azam mengetap bibir. Linda makin lama makin menjadi. Oh, mentang-mentanglah mama sayangkan dia lebih. Dah naik lemak pulak.

“Saja nak bazirkan masa kau. Bagus jugak sekali sekala paksa kau ponteng kuliah. Orang baik, takkan selalunya baik.”

Kali ini Azam ambil peluang untuk menyakitkan hati Linda. Biar puas hatinya.

“Amboi. Mentang-mentanglah kau artis. Bajet famous ye. Eh, tolonglah, aku ni meluat tau tengok muka kau. Dah la sekolah dulu tak penah nak aman. Bila besar macam ni ingatkan takkan jumpa kau lagi, hidup lagi rupanya Sarip Dol. Siap kena jadi laki aku lagi tu. Kalau tak fikir pasal mak dan bapak kau, mati hidup semula pun aku tak nak. Tahu tak!”

Linda sudah mendengus. Sudahlah anginnya tidak baik hari ni, Azam pula datang mengajaknya berbincang. Memang kenalah.

Sangatlah dia marah. Bukannya mahu menelefonnya dulu. Padahal sebelum ni sudah acapkali Linda cuba menghubunginya, tetapi panggilan Linda dibalas sepi. Sudah banyak sms yang dikirim padanya, tetapi tidak pernah berbalas. Dia juga ada maruah diri. Bukan dia yang tergila-gilakan Azam. Kalau tidak terfikirkan hasrat murni Datin Qasidah dan Datuk Malik, tidak ingin dia berjumpa dengan Azam lagi. Sudahnya Linda terbaca gossip dia berdua-duaan dengan Nadia pusat membeli belah. Ooo... dengan Nadia ada masa pulak.

Azam terdiam. Sedikit sebanyak kata-kata Linda tadi membuatkan hatinya terguris. Tujuan dia kemari untuk bercakap dan berbincang dengan Linda, bukannya bertikam lidah.

Memang dia akui, dia dan Linda adalah musuh ketat sewaktu di sekolah menengah dulu. Tetapi itu kisah lama. Kewujudan semula dia dalam hidup Linda seperti menimbulkan huru hara.

Mahu saja membuka mulut, telefon bimbit Azam berbunyi. Segera dia menatap skrin, bila tertera nama Nadia, dia biarkan saja.

“Kenapa tak angkat? Tu kan buah hati pengarang jantung kau. Memekak je. Dah kalau datang saja-saja nak tunjuk yang kau sibuk dan nak keluar dating dengan Nadia, baik tak payah. Meluat tahu tak.”

Linda sudah menolak daun pintu kereta. Azam pula cepat-cepat bertindak mahu menghalang. Baru saja Azam keluar dari perut kereta, Linda sudah berlari meninggalkannya.

Telefon bimbit di tangan direnung geram. Ah, Nadia ni pun satu. Dah tak ada jantan lain ke nak cari selain aku. Nak cari glamorlah tu. Pantas dia membalingnya ke tanah lalu dipijak-pijaknya geram. Sakit hati bertindih dengan Linda yang pergi tanpa pamitan.

******************************************************************

Puas Linda dipujuk, barulah gadis itu bersetuju untuk bertemu dengannya. Lega Azam. Paling kurang, Linda sudah tidak membuat onar lagi. Sakit telinganya mendengar bebelan Datin Qasidah saat Linda mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah mamanya itu.

Azam yang telah dipersalahkan dalam hal ini. Entah, mama tidak pernah percaya pada dia. Azam bukanlah ada niat untuk menyakiti Linda. Kata-kata Azam tempoh hari juga lebih kepada mahu menyembunyikan perasaan dia kala itu.

Sungguh. Azam tidak menyangka dia akan bertemu dengan Linda dalam keadaan begitu. Dia bukan tidak bersedia. Lebih daripada bersedia. Sejak di bangku sekolah lagi dia menaruh perasaan pada Linda. Sebab itulah dia gemar mengganggu gadis itu. Tetapi dia tidak menyangka pula Linda membencinya. Masih dia ingat lagi peristiwa sembilan tahun dulu.

Dia telah mengambi keputusan untuk berdamai dengan Linda. Dia mahu berbaik-baik dengan Linda. Tanpa disangka, Linda seperti dirasuk. Menjerit dan memarahinya. Menuduh dia mempunyai niat lain disebalik tindakannya itu. Sudahnya, Linda mengugut dia dan tidak mahu berjumpa dengannya lagi.

“Lama tunggu? Sorry aku lambat. Ada hal sikit.” Beg sandang Linda letak di sisi. Jarang dia ke situ memandangkan dia tidak gemarkan makanan barat. Tekaknya lebih gemarkan masakan kampung.

“So...”

Dia meneruskan kata lagi. Tangannya diangkat mempamit pelayan di restoren itu.

“Kenapa tak order lagi? Tunggu aku ke?” Tangan Linda sudah menjalar di atas buku menu. Memilih hidangan tengahari dia. Jarang dapat makan di sini, sekali sekala ada yang mengajaknya, untung juga. Ada teman. Kalau tidak, keseoranganlah jawabnya.

“Macamana datin. Dia sihat ke?” Linda malas mahu bertemu dengan Azam. Malas lagi bertikam lidah dengannya. Lagipun, Linda sudah puas berbalah dengan Azam. Sejak di bangku sekolah lagi mereka begitu. Takkanlah pula bila dah umur begini mereka masih mahu berbalah.

“Mama asyik teringatkan kau.” Datin Qasidah sudah acapkali menyuruhnya menjemput Linda pulang ke rumah itu semula. Tetapi, Linda seperti mengelak. Setiap kali dia cuba menelefon Linda, ada saja alasan gadis itu.

Linda mengeluh. Permintaan mama Azam begitu berat sekali. Azam musuh ketatnya. Terang-terangan Azam menolak dia hari itu. Dia sedar dia sekadar anak pemilik ladang. Budak kampung. Bukan seperti Azam. Sudahlah artis yang popular, anak datuk pula tu. Mana layak mereka bergandingan bersama.

“Kau pun tahu hubungan kita macamana. Aku tak nak hidup dengan orang yang aku benci sampai aku mati. Ni kerja gila namanya.”

Air sudah sampai. Linda sudah meneguk sehingga ke separuh gelas. Tiba-tiba saja tekak rasa haus bila memikirkan permintaan Qasidah.

Dia masih ada rencana lain untuk hidupnya. Ladang ayah mesti diusahakan. Dia tidak mahu satu-satunya waris peninggalan ayahnya lesap begitu saja. Itu hasil titik peluh Haji Daud dan Hajah Laila. Takkanlah pula dia mahu biarkan bukan darah daging mereka yang usahakan. Lagipun dia jelas dengan keadaan dia sekarang. Dia ke university untuk menuntut ilmu mengenai selok belok perniagaan. Nanti kembali ke kampung, dia akan menuntut lagi dengan pembantu setia ayah. Takkanlah pula hendak bebankan orang tua itu seumur hidupnya. Kes aniaya orang pula.

Azam diam. Memang silapnya dulu. Linda sekelumit pun tidak akan melupakan silapnya yang itu.

“Kahwin dengan aku, Linda. Aku akan cuba bahagiakan kau.”

Wah, bukan main confident Azam cakap. Ingat ni macam main pondok-pondok ke?

“Kau gila. Jangan nak mengarut.” Selamba saja Linda jawab. Dia sudah menarik sudu lalu disuakan ke dalam mulutnya. Linda sudah lapar. Pagi tadi dia tidak sempat bersarapan gara-gara terlambat bangun tidur.

Azam buntu. Kalau cara ini tidak dapat menambat Linda, apa salahnya dia mencuba ‘teknik paksaan’.

“Mama sayangkan kau sangat-sangat. Lagipun mama sakit. Mama dah tak boleh hidup lama. Sebab tu mama nak tengok aku kahwin dengan kau sebelum mama tak ada.”

Terhenti suapan Linda. Datin Qasidah sakit? Kenapa dia tidak tahu sebelum ni?

“Dah lama ke datin sakit?” Nada Linda sudah lain. Rasa bersalah menolak perminaan Datin Qasidah membuatkan jiwanya merusuh.

“Oh, dah lama. Dah lama. Mama dah tak ada masa sekarang.” Azam dapat rasakan kemenangan berpihak padanya. Selepas ini, pasti Linda akan bersetuju untuk berkahwin dengannya. Nasiblah, siapa suruh kepala sangat. Huh...

Linda diam. Makanan di hadapannya sudah tidak dijamah lagi. Dia sudah hilang selera. Kehilangan kedua-dua orang tuanya memberi tamparan hebat buatnya. Dia tidak mahu kehilangan lagi.

Tetapi Datin Qasidah, wanita itu sudah tidak lama di dunia ini. Apa salahnya dia turut menyumbang kebahagiaan dalam sisa-sisa hidup wanita itu.

Telefon tangan diseluk di dalam poket seluar. Dia terus mendail nombor telefon bimbit Qasidah.

“Assalamualaikum, datin. Ini Linda. Linda aminta maaf sebab buat datin tertunggu-tunggu. Linda akan penuhi permintaan datin. Linda akan kahwin dengan Azam.”

Yahoo!!

Azam sudah menjerit kegembiraan. Akhirnya Linda mahu berkahwin denganya tanpa berfikir panjang. Leganya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...