Monday, March 28, 2011

Cerpen : Biarkan Aku Begini

I'm Back~~:)
With new entry...New story~~

Kali ni Zue post cerpen yang latest Zue buat...
Baru semalam taip :)
Tibe2 dapat idea utk tulis cerita ni...
Dan insyaALLAH akan disambung dalam novel ^_^

Dalam duk tengah menaip tu...rasa macam nak buat cover page utk cerita ni..(gedik~)




“Kenapa Pak Man?”

Tercungap-cungap dia berlari mendapatkan telefon tangan miliknya. Menekan butang hijau setelah melihat nama pemandu peribadi ayah tertera di situ.
Telefon ditekankan lebih kuat ke telinga. Menanti kata-kata seterusnya dari hujung talian.
Sudah lama Pak Man tidak mengirim khabar kepadanya. Sudah lebih beberapa bulan selepas ayah meminta Pak Man membuat panggilan telefon padanya. Meminta dia segera pulang ke kampung halaman untuk menjenguk ayah yang semakin uzur.

Uzurkah ayah? Atau ayah pura-pura uzur sekaligus meminta Pak Man mengajaknya pulang secara halus? Mana isteri kesayangan ayah tatkala ayah sakit begini?

Dia mengeluh. Semenjak dua menjak ni, banyak pula perkara yang berkaitan dengan ayah bermain-main di mindanya. Mengenai emak yang sudah lama pergi meninggalkan dia. Mengenai isteri ayah yang tuanya beza beberapa tahun saja dari dia. Dan mengenai ladang kelapa sawit ayah.

“Ayah Mawar jatuh dalam bilik air. Baliklah…”

Mawar diam tidak terkutik. Hatinya seperti dijentik.


Lama kemudian baru dia bersuara.
“Macamana dengan keadaan ayah, Pak Man?”

Pak Man. Pemandu peribadi ayah yang setia. Pak Man lah yang banyak menghabiskan sepanjang hidupnya berkhidmat untuk ayah. Sejak ladang kelapa sawit ayah tumbuh kecil lagi, Pak Man sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Pak Man, lelaki yang sudah tua dimamah usia itulah yang lebih ayah percayai berbanding orang lain.

Sehingga emak pergi meninggalkan dia dan ayah. Pak Man masih berdiri di sisi ayah. Menjadi tulang belakang ayah. Sehingga kini…

Dia? Dia bukan siapa-siapa dalam hati ayah. Dia anak yang ayah buang dulu. Anak yang ayah pernah katakana padanya, jangan kembali ke dalam rumah ini jika dia tidak menerima Mak Su, emak tirinya merangkap isteri baru ayah.
Dia kenal benar dengan Suhaila. Sewaktu dia masih di bangku sekolah, Suhaila menjadi kegilaan ramai anak-anak muda di kampung itu. Padahal waktu itu Suhaila baru saja menginjak ke usia belasan tahun. Kecantikannya sudah terserlah.

Dia pula masih darjah satu. Belum kenal erti cantik. Belum kenal erti berdikari. Yang dia tahu, ke sekolah untuk bermain dan pulang dimanjai emak dan ayah.
Ya… Mawar anak tunggal. Sebab itulah Mawar disayangi emak dan ayah. Emak menghidap barah rahim selepas melahirkan Mawar. Mujur juga emak meninggalkan waris untuk berada di sisi ayah. Menemani ayah sehingga ke akhir hayatnya.
Tetapi ayah…

Ayah tetap memilih Suhaila yang ayah tidak pernah kenal hati budinya…
“Baliklah… Dia selalu sebut nama Mawar. Dia teringin sangat ingin berjumpa dengan Mawar.”

Tangis Pak Man sudah kedengaran di hujung talian. Mawar terkedu. Buat pertama kali dalam hidupnya, Mawar mendengar tangis seorang lelaki.
Hati Mawar tersentuh. Dan entah mengapa, Mawar terus berjanji untuk pulang jua.

*****************************************************************


Keliru…

Mawar masih tenang di tempat pemanduannya. Fikirannya melayang mengingatkan dia tentang ayah. Hari ini. Genap sudah tujuh tahun dia meninggalkan rumah setelah ayah tanpa meminta restu darinya berkahwin dengan Suhaila.

Dia arif benar dengan Suhaila. Suhaila bukanlah ikhlas untuk menjadi isteri ayah. Suhaila cuma mahukan duit ayah. Duit ayah yang berkopak-kopak di dalam peti besi rumah. Itu baru rumah ayah. Bagaimana jika Suhaila sendiri yang melihat jumlah duit dalam akaun ayah, emak dan dia. Pasti Suhaila tidak berkata apa. Lidah keluh. Pandangar kabur.

Suhaila memang perempuan jahat! Dialah yang merampas kebahagiaan mereka sekelurag. Dialah yang memisahkan Mawar dan ayahnya.

Entah mengapa ayah lebih percayakan jururawat peribadi emak itu berbanding dia sendiri. Tidak sedarkah ayah?

Mungkin juga Suhaila pandai bermanis wajah dan kata-kata di depan ayah. Mungkin…

Kerana… selepas kematian emak, Suhaila masih lagi bertandang ke rumah. Menghulurkan kuih-kuih yang dikatakan dibuatnya sendiri. Bertanyakan khabar ayah dan Mawar melalui panggilan telefon. Ah, ayah. Mengapa begitu mudah ayah terpedaya dengan gadis berdahi licin itu ayah?

Excuse me, ni tempat I

Terkedu Mawar. Nasi sudah di suap ke dalam mulut. Lelaki yang berdiri di sebelahnya hanya memerhatikan dia dengan wajah selamba.

Pardon???”

Alahai Mawar. Mulut masih penuh dengan nasi. Mengapa bersuara begitu saja. Jagalah sikit kesopanan tu.

“Ni… Tempat I. I yang dah copkan dulu tadi.”

Dia mengulangkan ayatnya yang tadi. Supaya Mawar lebih mengerti. Dan supaya Mawar berlalu ke meja yang lain.

Pandangan Mawar melilau di hadapan. Padahal masih banyak lagi meja-meja kosong. Mengapa memilih tempat ini? Mahu saja dia menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati kepada lelaki tersebut.

I don’t care. Tak ada pun nama you kat sini.”

Dia menyisip air merah di sisi. Sakit pula tekak rasanya bila makan diperhatikan oleh orang lain.

‘Cepatlah pergi… Aku nak habiskan makanan ni, mangkuk’.

Why don’t you yang pergi. I dah copkan dari tadi lagi. See, my bag here.” Nadanya tidak berubah. Cuma wajahnya saja yang berkerut-kerut. Harapkan lelaki saja. Hati macam semut.

‘Suka hati engkaulah. Yang penting, aku nak cepat. Nak habiskan makanan ni semua sebelum menyambung perjalanan balik. Tiba-tiba nak berkokok kat sini pula. Padahal masih banyak lagi tempat lain yang kosong. Kalau dah tahu ada orang yang duduk di sini, cepat-cepatlah pilih tempat lain. Ini tidak. Nak juga tempat ni. Memang mangkuk hayun.’

“Harap saja lawa. Haisshhh…”

Mawar terasa mahu ketawa besar di situ. Rupa-rupanya begini sikap lelaki sekarang ini. Langsung tak gentleman. Lain pula lelaki-lelaki yang berkerja dengannya di pelantar minyak. Mereka bagaikan keluarga. Dia senang dengan mereka semua.

*****************************************************************


Ayah sihat saja. Wajah ayah berseri-seri bila melihat wajah Mawar menapak ke dalam rumah. Ayah tidak menyambut Mawar di halaman tadi. Cuma Pak Man yang disuruh membawa beg-beg pakaian Mawar masuk ke dalam rumah.

“Ayah apa khabar?”

Mawar pura-pura tenang. Tangannya dihulur kepada ayah lalu dia tunduk mengucup jemari kasar itu. Hampir tujuh tahun dia tidak menatap wajah ayah. Cuma gambar-gambar ayah saja yang menjadi pengubat rindu dia. Suara ayah juga Mawar tidak pernah dengar.

Sehingga hari ini. Segalanya terbayar. Wajah ayah. Suara ayah. Senyuman ayah. Dan mata ayah. Sekelip mata rindu Mawar terubat.

‘Mawar… Jangan menangis. Ini semua takdir, Mawar. Takdir yang memisahkan Mawar dan ayah. Dan takdir jualah yang akan menyatukan Mawar dan ayah kembali.’

“Ayah minta maaf, Mawar. Ayah betul-betul minta maaf. Ayah yang bersalah. Ayah yang menyebabkan Mawar pergi tinggalkan ayah.”

Ayah tiba-tiba mengongoi seperti anak kecil. Mawar pantas merangkul tubuh ayah. Membiarkan airmata ayah basah di bahu Mawar.

Sudahnya, Mawar turut menghamburkan tangisnya di situ. Bersama ayah. Dua beranak yang menangisi takdir pertemuan mereka…

******************************************************************

“Mungkin Mawar tertanya-tanya mengapa ayah panggil Mawar balik.”

Kami bersantai-santai di luar rumah. Menghirup udara segar yang berbau buah kelapa sawit. Nyamannya. Sudah lama Mawar tidak begitu.

Mawar banyak menghabiskan masa di platform. Menghirup bau minyak mentah yang di gali di dalam tanah. Kadang-kadang Mawar turut membantu pekerja-pekerja pelantar menarik paip dari dalam tanah. Mujur sajalah tangan Mawar tidak menyerupai lelaki.

“Sudahlah ayah. Semuanya sudah selesai. Ayah pun sudah sihat. Mawar pun sudah bertemu dengan ayah kembali.”

Bagaimana harus Mawar katakan pada ayah. Cuti Mawar cuma dua minggu saja. Mawar perlu kembali semula ke pelantar untuk meneruskan kerja-kerja Mawar. Mawar bukanlah seperti ayah. Ladang-ladang kelapa sawit inilah hidup ayah. Ayah sudah jatuh cinta dengannya sejak Mawar masih kecil lagi. Sama seperti ayah. Mawar juga cintakan dunia Mawar. Cita-cita Mawar, ayah.

“Bukan itu maksud ayah.”

Ayah diam. Mawar menanti jawapan yang seterusnya dari ayah.

“Ayah sudah tua, Mawar. Ayah di sini keseorangan tanpa Mawar di sisi. Hidup ayah kosong. Ayah sudah kehilangan emak Mawar. Dan ayah tak mahu kehilangan Mawar pula.”

Mawar diam. Matanya masih tertancap pada mata bening ayah.

“Tinggallah dengan ayah, Mawar. Usahakanlah ladang ini bersama-sama dengan ayah, Mawar.”

Memang benar ayah kini keseorangan. Suhaila sudah lama ayah ceraikan. Mujurlah ayah mula sedar bahawa isteri mudanya itu bukanlah ikhlas mahu berkahwin dengannya.

Tangan Mawar sudah berada dalam genggaman ayah. Ayah sudah menangis. Merayu-rayu pada Mawar supaya tidak pergi meninggalkan dia.

Mawar keliru… Mawar jadi serba salah… Fikiran Mawar sudah tidak dapat menumpu kearah satu perkara itu saja. Tinggal bersama dengan ayah bermakna Mawar harus melupakan cita-citanya…
Sanggupkah Mawar?

*****************************************************************


Pagi itu Mawar bangun seperti biasa. Keinginana ayah dalam perbualan antara dia dan ayah malam tadi sudah difikirkan. Mawar sendiri yang menelefon pengurusnya untuk meminta pendapat. Hari ini, Mawar akan memberikan keputusan kepada ayah. Entah apalah nanti reaksi ayah bila mendengar keputusan Mawar.

“Mak Teh, hari ni masak apa?”

Dia menarik kerusi di meja makan. Merenung kearah wanita yang sudah separuh usia itu yang leka menyediakan makanan kepada dia dan ayah.
“Hari ni Mak Teh buatkan Mawar pulut pagi. Mawar tentu suka.”

Mak Teh berlalu dengan wajah ceria. Pulut pagi… Pulut pagi mengingatkan Mawar pada arwah emak. Emak gemarkan pulut pagi. Pulut yang ditanak akan di cecah dengan kelapa parut dan dimakan bersama ikan kering.

Kegemaran emak itulah yang menjadi kegemaran Mawar sehingga kini. Tetapi bukan mudah mahu merasa pulut pagi yang sama yang emak masak. Mujurlah air tangan Mak Teh sama dengan emak. Tidaklah Mawar rindu sangat dengan masakan emak.

“Ayah mana, Mak Teh. Dari pagi tadi lagi Mawar tak nampak pun.”

Mawar terus menyuakan pulut ke dalam mulut. Mengunyah-ngunyah perlahan sebelum menelan. Kalaulah di pelantar ada pulut pagi, tentu best!

“Sedaplah Mak Teh masak. Kalau hari-hari macam ni, gemuklah Mawar nanti.”

Tawa Mak Teh memenuhi ruang dapur rumah. Bukan dia tidak pernah memuji masakan wanita itu. Selalu saja. Semasa adanya emak lagi. Emak banyak belajar memasak melalui Mak Teh. Mungkin kerana itu masakan Mak Teh sama saja dengan masakan emak.

“Dah tahu macam tu, tinggal lah dengan ayah kat sini.”

Entah bila ayah muncul di dapur, Mawar langsung tidak sedar. Alih-alih ayah sudah mengambil tempat di sisinya.

Mawar sekadar tersenyum. Menyuakan pinggan yang sudah berisi pulut kepada ayah sebelum meneruskan suapannya. Gangguan ayah cuma sekejap. Dia masih berkira-kira mahu berbicara dengan ayah mengenai keputusan yang telah dibuatnya.

“Kenapa tercegat di situ saja, Zif. Mari lah makan bersama. Boleh Ayah Madi kenalkan dengan Mawar sekali.”

Pulut yang ditelan tersekat di anak tekak. Pandangan Mawar membutang tatkala matanya tertancap pada wajah kacak milik seseorang yang dia kenali.

“Kenalkan. Ini Razif. Anak angkat ayah.”

Mawar terkedu. Anak angkat? Sejak bila pula ayah pandai angkat-angkat orang ni? Kenapa sebelum ni ayah tak pernah cerita pada Mawar yang ayah ada anak teruna dalam rumah ni?

“Razif, inilah satu-satunya anak perempuan Ayah Madi. Mawar.”

Mawar diam. Menyuap pulut ke dalam mulut pun Mawar tidak buat. Dia hanya diam. Mernung kearah jejaka yang mengambil tempat di hadapan ayah dengan tenang.

“Hai, Mawar. Saya Razif.”

Dia seraya menghulurkan tangan kearah Mawar. Tetapi hulurannya tak bersambut. Mawar biarkan wajah Razif merah menahan malu.

Ayah ketawa melihat tingkah Mawar. Dia yakin, pasti ayah fikir Mawar cemburu ayah tambah bilangan anak dalam rumah rumah itu. Padahal bukan sebab itu Mawar tidak menyambut huluran Razif. Ada perkara yang lebih mustahak yang Mawar ingin ayah tahu.

Razif, anak angkat kesayangan ayah ni, seorang lelaki yang tak gentleman langsung, tak berhati perut, hati sebesar semut, sombong, bongkak dan macam budak-budak!

“Mawar dah kenyang. Mawar naik dulu ayah.”

Mawar langsung tidak memandang kearah Razif. Mujurlah pinggannya hanya tinggal sedikit saja pulut. Terus Mawar suakan isinya ke dalam mulut sampai habis. Dia berlalu ke sinki. Membasuh tangan segera tanpa membalas teguran Mak Teh dan mendaki anak tangga menuju ke bilik.

Mawar tidak akan sekali-kali menerima kehadiaran Razif dalam rumah ini, ayah.

*****************************************************************


Keputusan ayah benar-benar menyakitkan hati Mawar. Entah kenapa Mawar nekad mengemas pakaiannya lalu memasukkan ke dalam boot kereta. Mawar mahu pulang segera ke ibu kota.

Ayah langsung tidak memikirkan tentang perasaan yang Mawar tanggung. Ayah, perkahwinan aturan keluarga sudah lama berlalu. Sekarang sudah maju. Mawar sepatutnya pilih sendiri calon suami Mawar. Bukannya ayah yang bertanggungjawab pilihkan siapa yang patut menyerahkan sepanjang hidupnya pada Mawar.

Bukan sebab yang satu ini yang buatkan Mawar sakit hati. Mawar sakit hati bila ayah mahu jodohkan Mawar dengan Razif. Tak masuk akal langsung!

Mata ayah dah buta dengan wajah kacak Razif agaknya. Dia bukan lelaki yang sesuai untuk Mawar. Lelaki yang tak budiman langsung! Langsung tak memenuhi criteria lelaki idaman Mawar.

“Mawar dengar dulu apa yang ayah nak cakap.”

Ayah menarik kembali Mawar keluar dari perut kereta.

“Ayah tak mahu kehilangan Mawar untuk kali kedua. Tolong jangan tinggalkan ayah lagi.”

Ayah peluk Mawar erat-erat. Tahukah ayah yang Mawar benar-benar sayangkan ayah. Tapi bukan dengan cara begini untuk dekatkan Mawar dengan ayah. Bukan dengan berkahwin dengan Razif.

“Ayah dah tak ada siapa-siapa dalam dunia ni kecuali Mawar. Tolong jangan tinggalkan ayah.”

Ayah menangis lagi. Pak Man dari jauh juga menangis. Cuma Mawar saja masih kaku dalam pelukan ayah. Memberontakkah Mawar?

“Ayah perlukan Mawar untuk mengisi kekosongan sisa-sisa hidup ayah.”
“Tapi bukan dengan cara berkahwin dengan Razif, ayah.”

Terpacul juga ayat itu. Sebelum ini Mawar hanya mendiamkan diri bila ditanya ayah mengenai sebab untuk Mawar kembali ke ibu kota. Benar, ayah memang tidak tahu menahu mengenai apa yang telah berlaku diantara Mawar dan Razif. Rahsia itu disimpan kejap. Jika orang lain yang tinggal di kampung itu ada yang menyaksikan pergaduhan kami tempoh hari itu Mawar tidak pasti.

“Dia lelaki yang terbaik untuk Mawar.”
“Tapi Mawar tak cintakan dia ayah. Mawar bencikan dia.”

Entah semena-mena tangan Mawar ditarik. Bukan ayah tetapi Razif. Mawar sudah berada di dalam perut kereta. Razif meminta izin daripada ayah untuk membawa Mawar keluar sebentar. Ayah terus angguk. Razif terus saja masuk ke dalam perut kereta dan memandu Accord milik Mawar keluar dari perkarangan rumah.

*****************************************************************


“Saya yang pinang Mawar untuk saya.”

Mawar terdiam. Pengakuan berani mati Razif membuatkan Mawar terkedu. Benarkah?

“Pertama kali saya jumpa Mawar, saya sudah mula sukakan Mawar.”
“Lies.”

Pantas Mawar membantah. Dia tidak percaya dengan lelaki lidah bercabang. Semenjak dia belajar lagi, dia sudah mengajar hatinya untuk tidak lembut pada lelaki. Sebab itulah sehingga kini, sehingga berumur tiga puluh tahun, Mawar masih lagi single.

“Sumpah.”
‘Jangan berani sumpah, nanti sumpah itu akan memakan dirimu sendiri Razif.’

Mawar benar-benar tidak sukakan Razif. Belum pernah mana-mana lelaki berkelakuan bagitu padanya tempoh hari. Lain pula Razif. Dia dengan senang hati mengalihkan pinggan nasi milik Mawar ke meja sebelah. Padahal dia tahu Mawar sedang enak saja menjamu selera di meja itu.

“Tolong faham dengan hati saya, Mawar.”

Bagaimana Mawar mahu faham. Razif tanpa rasa malu bertekak dengannya berebut meja makan. Geram dengan Razif, Mawar tanpa segan silu mencurahkan air minumannya ke wajah Razif. Dia pantas berlalu tanpa menghabiskan nasinya tengahari itu. Geram!!!

I love you so much. Will you marry me?”

Jemari Mawar sudah tersarung cincin titanium bertatakhkan berlian. Muat saja di jari manis Mawar.

Mawar jadi kaku bila pandangan mereka bersatu. Entah kenapa, hilang rasa dendam Mawar pada lelaki itu. Hilang begitu saja. Pelik… Macam kena pukau pun ada!

“Tolonglah. Kalau bukan untuk saya, untuk Ayah Madi.”

Mawar menyembunyikan senyuman.
I will marry you because of ayah. Not you.”


p/s:Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah pergi menemuiNYA...

Thursday, March 24, 2011

I Miss You T_T

...Incubus...


Make yourslef album 1999...
1999????
Zue baru umur 11 tahun time tu...

Baru darjah 5!!!
Hahahaha





Saja post lagu ni...
Sebab lirik lagu ni BEST!!!!

"I Miss You"

To see you when I wake up, is a gift I didn't think could be real
To know that you feel the same, as I do, is a Three-fold utopian dream
You do something to me
That I can't explain
So would I be out of line, If I said
I miss you.

I see your picture, I smell your skin on, the empty pillow next to mine
You have only been gone ten days, but already I am wasting away
I know I'll see you again
Whether far or soon
But I need you to know, that I care
And I miss you



p/s:Thank you Aneem utk broadband..Tanpa Aneem, Zue xdpt nak post entry yang ni kat blog Zue :P

Monday, March 21, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa ^_^

Last Sunday...
Saya tengok Hikayat Merong Mahawangsa dengan Angah dan Adik...


Kami pergi bertiga je...
Angah yang belanja tiket wayang tu
Thanks Angah and I LOVE YOU :)


Saje je zue nak letak syarat2 ni kat sini..hehehe
Bukan saja2...
Sebenarnya zue nak ingatkan pada semua orang sokonglah industri seni tanah air...
Dengan tidak membawa sebarang bahan rakaman ke dalam panggung wayang..huhu


Merong Mahawangsa


Embok...Lakonan Ummi Nazeera sangat menjadi...Zue suka!


Adanya Merong Mahawangsa berdirinya jua sebagai pentadbir tanah baru itu sama juga Langkasuka namanya, berdiri jualah dibaliknya sama juga seorang permaisuri :) (Teruknya bahasa zue ;P)


Make up, costume, background...Seriously menjadi...Cayalah KRU

p/s: Sapa2 yang tak tengok lagi Merong Mahawangsa, The Malay Chronicles: Bloodliners, sila2kanlah menapak ke panggung wayang kerana tak rugi langsung...Filem Malaysia yang pertama kot yang macam ni...

Angah cakap, kalau P. Ramlee ada lagi, sure lagi best..huhu...Al-Fatihah untuk beliau..

Saturday, March 19, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta






Lihat pada awan…

Awan
Bila direnung
Makin menjauh

Hujan
Bila dirasa
Makin lebat

Hati,
Dalamnya ada
Sayang, rindu dan cinta
Juga ada benci

Tegakah
Hati disakiti dan dirobek

Sigh…

Katakanlah
Sebenarnya tidak pernah cinta
Sekadar pura-pura
Jangan digantung kata-kata ini
Lepaskanlah

Tetapi,
Bagaimana jika dalam hati tidak pernah mahu menidakkan
Hati sayang
Hati rindu
Hati cinta

Jika engkau tidak mahu mencintai
Biarkan aku jatuh cinta

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...