Monday, January 24, 2011

Cerpen : Saya Benci Awak

“Alahai…Bosannya…”
Kenapa Wan asyik nak mengeluh saja ni. Kerja banyak lagi yang mesti disiapkanlah. Jangan nak main-mainlah Wan. Wan bukannya budak-budak lagi. Umur dah nak masuk dua puluh lima tahun dah ni. Jangan asyik duduk berangan saja. Buat kerja. Siapkan kerja.
Tapi… Apa yang selalu membuatkan Wan termenung?
Wan selalu termenung sebab Wan tak ada boyfriend lagi. Wan dah genap dua puluh lima tahun. Kawan-kawan Wan semuanya dah kahwin. Emak di kampung selalu bertanyakan pada Wan. Bila Wan nak kahwin? Lama-lama Wan jadi bosan. Lama-lama Wan rasa serabut!
Bukannya Wan tak cantik. Bukan juga Wan tak menarik. Wan insan bertuah. Wan cukup lengkap hidupnya. Kalau dikira fizikallah. Kalau dalaman tu, Wan tak cukup lagi. Kata orang, dalam hati kita ni ada lima ruang untuk diisi. Diri sendiri, agama, keluarga, kerjaya dan CINTA…
Wan tak lengkap yang itu. Wan tak pernah temui cinta sejati. Sepanjang hidup Wan, Wan sering kecewa dengan cinta. Lama-lama Wan rasa bosan. Wan bosan dengan lelaki. Lelaki suka mempermainkan perasaan peremuan. Sebenarnya perasaan Wan lah.
Anwar, Khairul, Man, Zul… Entah. Wan dah tak ingat lagi nama-nama yang selebihnya. Wan sering bertukar-tukar teman lelaki. Bukannya Wan tak setia. Mereka yang begitu. Mereka seronok agaknya mempermainkan Wan. Mereka tidak tahu apa yang Wan rasa bila Wan kecewa. Yang mereka tahu, Wan kolot! Wan tak boleh dipegang sesuka hati. Macam dalam lagu Kalau Berpacaran nyanyian Ana Raffali dan Sohaimi Mior Hassan tu.


Ini liriknya:
Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Tak boleh ke nak ambil lagu ni sebagai teladan. Biarlah semuanya terjadi secara halal. Wan tak kisah kalau keluar berdua-duaan. Tetapi Wan kisah kalau ada lelaki yang melebihi batas-batas pergaulan mereka.
Bila ditanya kepada emak, emak hanya jawab.
“Sebab kau tu cantik. Diorang nak try kau lah tu. Orang cantik. Memang lah lelaki geram. Kalau tak dapat, dia tinggalkan sajalah.”
Wah, emak. Straight forward tu. Entah dengan siapalah dia berkawan sampai cakap macam orang muda.
“Entah apa yang dalam cerita Adnan Sempit tu cakap? Nak geli-geli. Esy, tak senonoh mak dengar. Remaja sekarang teruk betul.”
Modennya emak. Siap tegok Adnan Sempit lagi tu. Nasib baik mak tak cakap, mak pergi tengok Adnan Sempit dengan Abah. Mahu tercabut biji mata Wan.
Kenapa?
Emak dah tua. Dah masuk empat puluhan dah. Bawak-bawak lah ke surau. Bukannya ke tempat yang macam tu. Lainlah dengan anak bongsu emak ni. Bolehlah pergi tengok wayang. Amboi Wan! Siapa cakap ke tempat macam tu boleh? Hisyy…
“Macam ni lah. Orang macam tu memang tak ikhlas nak kan Wan. Lupakan saja. Mak pun tak berkenan dengan menantu macam tu. Cari yang ikhlas nak kan Wan ye.”
Alahai emak ni… Sekarang ni lain pula ceritanya. Nak suruh anak bongsu perempuan dia ni berkahwin cepat-cepat. Emak… Wan Norazlin Hamdan ni tak jumpa lagi calon menantu yang sesuai!
******************************************************************
Kenapalah time macam ni nak kena keluarkan duit. Masa macam ni lah tak cukup duit. Itulah Wan. Siapa suruh tak bawa kad kredit tadi. Tengok. Macam-macam nak dibelinya.
Wan cuma nak berjimat. Kononnya tak mahu hutang kad kredit bertambah-tambah. Padahal… Bila Wan rasa nak beli barang-barang mahal yang berjenama, kad kredit itulah yang Wan kelek ke Mid Valley. Tak pun ke Sunway Piramid. Up sikit, Wan akan bawa ke Pavillion dan The Garden. Kena pakai kad kredit lah. Takkan nak bawak duit bertongkol-tongkol macam tu pulak. Haissyyy…
Sila masukkan kad anda…
Wan baca yang Bahasa Melayu. Wan memang akan pilih bahasa ibunda. Wan bangga dengan bahasa ibunda. Walaupun kat situ boleh pilih Bahasa Inggeris ataupun Mandarin, Wan tetap tekan Bahasa Melayu. Wan bukannya tak fasih cakap Inggeris. Mandarin pun Wan belajar lah!
Sila masukkan nombor pin anda…
Wan tekan lagi. Nombor pin. Rahsialah… Takkan yang ini pun nak heboh. Wan seorang saja yang tahu. Emak pun tak tahu. Abah pun sama.
Sila pilih untuk meneruskan urusniaga…
Okay. Wan tekan pengeluaran tunai. Wan tekan jumlah yang Wan mahu. Nak makan Pizza Hut. Tiba-tiba Wan tak cukup duit. Kenalah ke mesin ATM a.k.a Automotive Teller Machine ni. Wah, Wan. Siap hafal yang penuh lagi tu. Cayalah!!
Tiba-tiba Wan rasa nak menangis. Kenapa?
“Kenapa?”
Ada suara garau tegur Wan. Wan pandang belakang. Kemudian mata bertentang mata. Wan jadi kaku seketika. Wan pernah lihat orang tu. Lelaki tu.
“Kenapa?”
Dia macam cemas? Wan lagilah cemas.
Satu : Wan jumpa balik ex-boyfriend Wan kat deman mesin ATM Maybank.
Dua: Kad ATM Wan kena telan!!
“Kad ATM saya…”
Wan dah rasa nak menangis. Wan sedih. Kad ATM kena telan. Nanti Wan terpaksa ke Menara Maybank semata-mata untuk minta orang tu datang ambil kad ATM Wan. Lecehlah…
“Susahlah kalau macam ni…”
Suara Wan sudah bergetar. Esok Wan ada hal. Banyak perkara yang Wan kena bereskan. Kalau biarkan lama-lama bersarang dalam mesin tu, Wan tak dapat nak keluarkan duit lagi la. Bukannya Wan tak ada kad ATM lain. Maksud Wan, bank lain. Wan tak nak kacau duit dalam bank lain. Duit-duit tu ada peranan masing-masing. Rumah sewa. Kereta. Untuk emak dan abah. Duit pinjaman. Alahai…
“Wan…”
Dia panggil Wan dengan lemah lembut. Suara dia. Pandangan dia. Dia buat Wan jadi tak keruan tiba-tiba. Arghh… Ali Kamal…Jangan buat Wan rasa tak keruan boleh tak?
“Kat tangan Wan tu apa?” Wan tiba-tiba kaku. Mata Wan tak beralih pada tangan lagi.
Lambat-lambat Wan angkat tangan kanan. Nah, ini dia kad ATM Wan!
Wan… Kenapa sampai macam ni sekali? Apa yang Wan angankan semasa keluarkan duit tadi? Kalau ada orang yang datang nak rompak Wan masa tu macamana? Nasib baik ada Ali Kamal yang kacak ni… Fuhhh…
Wan tiba-tiba rasa malu. Muka Wan rasa panas. Tanpa Wan pandang Ali Kamal, Wan terus berlalu.
Wan dengar Ali Kamal menyeru nama Wan. Tapi, malu Wan melebihi segalanya. Niat untuk menikmati Pizza Hut hari tu terbantut. Wan terus masuk office. Terus buat kerja Wan sampai siap. Kerja memang siap. Tetapi fikiran Wan masih kepada peristiwa tadi. Ahhh…
******************************************************************
“Wan, ada orang nak jumpa.”
Tengahari macam ni ada orang nak jumpa? Pelik.
“Siapa? Wan nak rehatlah. Wan nak lunch. Lapar sangatlah ni. Suruh dia tunggu lepas Wan lunch boleh?”
Wah, Wan. Mentang-mentanglah dah jadi bos. Suka suki je nak suruh orang tunggu. Lunch hour lamalah Wan. Kesian dia pula nanti. Tapi Wan nak rehat. Boleh tak jangan kacau masa rehat Wan. Benci betullah dengan manusia ni. Tak reti nak tengok masa!
“Saya datang sini pun nak ajak Wan lunch dengan sayalah.”
Wan beku. Macam program Spontan di Astro Citra tu. Host dia Syarifah Syahirah. Wan suka tengok bila tima game beku. Kelakar. Sekarang Wan sebahagian daripada pemain game tersebut.
Ali Kamal…
Ali Kamal datang cari Wan? Macamana Ali Kamal tahu Wan kerja kat sini? Musykil. Pelik bin Ajaib.
Takkan Wan nak cakap Wan tak nak pulak. Wan tak pandai nak tolak ajakan orang. Tapi ajakan Ali Kamal ni buat Wan serba salah. Wan rasa nak tolak. Tapi Wan tak tahu macamana.
“Shall we?”
Ali Kamal sudah berdiri dengan gaya santai di depan pintu. Ali Kamal sudah lain sangat. Wan couple dengan Ali Kamal sewaktu Wan di tingkatan tiga. Kemudian, kami berpisah sebab Wan dapat ke SBP a.k.a Sekolah Brasrama Penuh. Bukan berasmara penuh okay.
Ali Kamal pula ke MRSM a.k.a Maktab Rendah Sains MARA. Kami berpisah begitu saja. Wan tak sedih pun. Wan sangat gembira dapat belajar di SBP. Lagipun, Ali Kamal handsome. Dia akan ada ramai girlfriend bila di MRSM nanti. Dekat sekolah biasa pun Wan ada ramai saingan. Cuma Wan je yang pandai tackle Ali Kamal ni. Jadi, Wan lah yang dapat. Amboi, Wan. Gatalnya!
Wan masih kaku. Wan tak tahu sama ada Wan nak pergi atau tak. Satu: Wan terkejut Ali Kamal datang ke tempat kerja Wan semata-mata nak lunch. Dua: Wan malu lagi dengan peristiwa di ATM Maybank hari tu!
“Kenapa? Wan tak sudi lunch dengan saya?”
“Wan…”
Wan jadi gagap. Sebelum ni bukan main lantang lagi Wan bersuara. Tambah-tambah bila dengan anak-anak buah di pejabat tu. Bukan itu saja, Wan juga lantang dalam menyuarakan pendapat bila waktu meeting. Kesimpulannya, Wan memang tak kaku macam sekarang ni lah. Pagi tadi pun ada yang kena dengan Wan jugak. Siapa suruh berborak waktu kerja. Bukannya reti nak duduk diam. Berborak dan mengumpat. Heishh… Wan tak suka lah.
“Ataupun Wan tak kenal saya?”
Bukan macam tu Ali Kamal. Janganlah salah sangka dengan Wan. Wan tak suka Ali Kamal cakap macam tu pada Wan. Wan kenal Ali Kamal. Siapa yang tak kenal Ali Kamal memang teruk lah. Ali Kamal ada pakej. Handsome. Pandai. Disenangi orang. Semualah. Semua yang baik ada pada Ali Kamal.
“Wan minta maaf. Wan kenal dengan Ali Kamal. Wan cuma pelik macamana Ali Kamal tahu tempat kerja Wan.”
Panjangnya kau panggil nama dia Wan. Panggillah Ali ke Kamal ke. Tak pun Al ke. Carl ke. Wah, nama glamour gitu.
Kenapa Wan tukar topik ni. Wan malu nak cakap yang Wan suka Ali Kamal, ke Wan malu dengan peristiwa di ATM Maybank tu?
Wan nak jawab dua-dua boleh tak?
Wan dah mula suka balik pada Ali Kamal. Gedik!!
“Kalau macam tu, jomlah lunch sama-sama. Supaya Wan tahu macamana saya tahu tempat kerja Wan.”
Wan ikut saja Ali Kamal macam lembu dicucuk hidung. Kali ni saja ye Ali Kamal. Nanti bila kita dah kahwin, Wan akan jadi queen control.
Amboi…Amboi..Amboi Wan… Ke situ difikirnya… Jangan nak gatal lah Wan. Awak tu anak dara. Anak dara sinonim dengan rasa malu. Wan mesti ada yang itu tu.
******************************************************************
Malam ni Ali Kamal ajak dinner sama-sama. Wan sebenarnya segan nak pergi. Lagipun Wan keluar dengan Ali Kamal hari tu sebab Ali Kamal sanggup datang ke pejabat Wan dari jauh.
Sebenarnya tak jauh mana pun. Ali Kamal selalu ulang alik depan bangunan tempat Wan kerja. Tak sangka pula dia nampak Wan hari tu.
Dia cuba-cuba lah risik Wan kerja kat mana. Kemudian, dia cuba ekori Wan. Sampailah kami bertembung di ATM Maybank hari tu. Dia memang sengaja datang pada Wan hari tu.
Itulah yang Ali Kamal ceritakan kepada Wan. Nak percaya ke tidak? Orang laki ni lain sikit. Apa yang ada dalam kepala otak mereka pun kita tak tahu. Tambah-tambah Wan. Wan tak tahu apa yang orang laki fikir. Sebab itu kot Wan selalu clash. Tak lekat boyfriend. Tapi bukan salah Wan pun. Diorang tu yang gatal. Belum kahwin dah nak pegang tangan. Mula-mula memang pegang tangan. Kemudian, kat tempat lain. Nauzubillah. Mintak jauh.
Nasib baik Ali Kamal tak macam tu dulu. Peliklah. Dalam ramai-ramai ex-boyfriend Wan, Ali Kamal lah yang paling baik orangnya. Dia tak macam orang lain. Cuma dia nakal saja. Tapi nakal Ali Kamal tak melampau. Nakal budak laki. Macam tu lah.
“Saya datang jemput Wan.”
Itu kata Ali Kamal bila dia call Wan ajak dinner sama-sama. Bunyi macam candle light dinner je. Apa yang Wan nak pakai malam ni? Takkan Wan nak keluar dengan T dan jeans je. Tapi kalau Wan pilih blouse, apa kata Ali Kamal pula. Wan lebih-lebih. Padahal entah-entah Ali Kamal mahu bawa Wan makan malam di warung mamak. Mahu pecah perut emak kalau dengar cerita Wan ni nanti.
Wan nak pakai kemeja sajalah. Dengan jeans. Wan suka pakai jeans. Sebab Wan selesa. Kira tak over la nih. Biar Ali Kamal nampak Wan tak beriya-ria. Nanti Wan juga yang malu. Nak tak nak lah macam tu.
Ali Kamal datang dengan BMW. Wah, banyaknya duit Ali Kamal. Apa yang Ali Kamal kerja? Wan boleh pakai setakat Honda City je. Nak pakai lebih-lebih, takut tak cukup duit pulak. Tapi mak kata Honda City dah sesuai dengan Wan. Sebab itu Wan pilih kereta tu. Warna hitam.
Ali Kamal bawa Wan pergi makan kat hotel. Exclusive lagi. Ali Kamal tempah bilik untuk kami berdua. Ada geselan biola mengiringi makan malam kami. Wan tiba-tiba rasa segan dengan Ali Kamal. Apa yang sedang Ali Kamal buat ni?
“Saya benci awak.”
Wan rasa macam nak tercabut jantung Wan waktu tu. Ali Kamal cakap macam tu pada Wan. Kenapa nak cakap benci pada Wan kalau bawa Wan makan kat tempat macam ni? Ali Kamal pun macam lelaki-lelaki lain yang Wan kenal juga kah?
“Wan dah tak ada persaan untuk saya lagi?”
Wan diam saja. Wan jadi kaku. Tiba-tiba Ali Kamal masuk ke bab yang lebih berat. Lebih serius.
“Saya sukakan Wan sejak dari awal kita kenal lagi. Saya bukan main-main.”
Wan diam lagi. Wan renung pada mata hazel Ali Kamal. Wan cuba cari keikhlasan melalui pandangan Ali Kamal.
“Lepas dapat MRSM, saya tetap tunggu Wan walaupun kita dapat lain sekolah. Saya tunggu Wan tapi Wan macam tak pedulikan saya. Tapi saya sabar.”
Apa yang sedang Ali Kamal katakan ni?
“Saya kecewa bila Wan ada boyfriend baru. Wan dah lupakan saya. Tapi saya tak pernah lupakan Wan walaupun Wan sentiasa bergilir-gilir teman lelaki.”
Suara Ali Kamal semakin merendah. Wan jadi serba salah. Ali Kamal tahu Wan selalu tukar-tukar boyfriend?
“Sehinggalah saya jumpa balik Wan kat sini. Saya cuba risik tanya Wan dah berpunya ke belum. Saya gembira sebab Wan masih single. So, saya ambil keputusan untuk dekat dengan Wan.”
Ali Kamal diam. Meneguk air punch di depan dia. Geselan biola masih kedengaran. Orangnya masih ada di penjuru bilik itu. Masih asyik dengan biola di tangan.
“Will you marry me?”
Serentak dengan itu Ali Kamal bangun dan menghampiri Wan. Dia melutut depan Wan. Macam dalam cerita-cerita kat dalam TV!
“Wan…” Wan tak tahu nak cakap apa.
“Please say yes. I love you. And I will love you forever.”
Mata Wan dah berkaca. Wan terharu. Wan tak sangka perkara macam ni terjadi pada Wan.
“Wan juga cintakan Ali Kamal.”
Ali Kamal tanpa segan silu menarik tangan Wan ke bibir dia. Ali Kamal sarungkan cincin emas putih bertatakhkan berlian. Emak, Wan nak kahwin. Wan nak tamatkan zaman bujang Wan.
Emak pasti gembira dengan berita ni nanti. Rupa-rupanya jodoh Wan dengan ex boyfriend Wan. Ali Kamal…

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...