Friday, December 23, 2011

Hidup Ini Indah

Selamat petang wahai pengunjung blog saya
Tension? Sedih? atau kecewa?
Jangan bersedih dan sentiasa senyum :)
Jom dengar lagu dari Dewa



Handsome kan drumer tu..hehe
Cara dia main cool~~
Lagu2 Dewa sumenya cool!

Tuesday, December 20, 2011

Henry Golding!!!!

Hi pengunjung blog saya yg cool:)
Selamat petang semua
Well, hari ni saya nak share gambar Henry Golding
Mungkin ada yang tak kenal dengan jejaka macho lagi handsome ni kan?
No worries :)
Bukak Encik Google and type Henry Golding. For sure rahang korang terbukak luas and mata korang membutang.. Heheh.. Over kan description saya..
Whatever... He's so charming (buat muka gedik2..hehehe)
Jom, layan gambar2 Henry Golding dibawah :)
p/s: Kepada sesiapa yang pengsan klw tgk lelaki macho...pesanan saya, tekan butang pangkah pada hujung page ini ye....huhuhu



See his smile.. terus melting kan? hehe

Thursday, December 15, 2011

Cerpen : AKU DAN KAMU

Kau masih cantik seperti dulu
Saat pertama kujumpa denganmu
Terasa inginku bersamamu
Tapi aku tidak seperti dulu

Kau senyum mesra
Mungkin tak mengapa
Tapi ku tak bisa
Pasti ada yang kan terluka

Jangan ditunggu pasti takkan berlaku
Walau kucinta kamu
Biar disimpan
Adakan sempadan
Aku dan juga dirimu

Kini aku telah berdua
Masa depan yang tak kita duga
Kutahu kau masih mengharap jua
Tapi ku tak bisa meninggalkannya

******************************************************************

“TAK balik lagi?” Helena yang sedang tekun menelaah pelajaran ditegurnya dari belakang. Jarum jam sudah menginjak ke pukul sepuluh empat puluh lima. Semua pelajar tingkatan empat dan lima sudah mula berasak ke dewan makan untuk hidangan lewat malam. Hanya tinggal beberapa kerat lagi masih mengemas buku-buku ke dalam beg galas.
Gadis itu mengangguk bersama senyuman yang menguntum di bibir. Didongaknya wajah merenung sang kekasih seketika kemudian menyambung kembali menulis di dalam buku tebal dan panjang di atas meja.
Pennya menari-nari seketika dan kembali mencoret ke atas kertas putih yang bergaris lurus melintang.
“Na, saya rasa awak silap kira.” Wady, baru saja menjadi boyfriend Helena sebulan yang lepas.
Dipandangnya dengan kerutan seribu di dahi. Sebelum ini, tidak pernah seorang pun rakan-rakan menegurnya silap di dalam kelas. Menginjak ke tingkatan empat, dia sudah mula menjinakkan diri menelaah pelajaran. Serik bila keputusan PMR hanya 7A 1B. Dia sungguh menyesal kerana tidak berusaha keras unutk memasuki ke sekolah berasrama yang tergolong dalam golongan elite.
“Silap? Rasanya dah betul.” Malu bercampur ego membuatkan Helena tidak mahu mengaku kalah.
“Mg2+ dan OH- akan menjadi Mg(OH)2.” Ditunjuknya Wady cara mengira dengan betul. Terangguk-angguk Helena dengan penerangan Wady. Malu dia bila kesalahan yang remeh temeh itu ditegurnya.
Di dalam kelas, bukan main lagi kawan-kawan meminta tunjuk ajar darinya. Dari subjek bahasa Melayu sehinggalah Matematik Tambahan, semuanya meminta tunjuk ajar darinya. Dia tidak pernah tersilap. Segala ilmu dikongsi bersama. Namun, kali ini dia silap percaturan. Kesalahan kecil diperbetulkan buah hati yang baru dikenalinya. Sungguh memalukan!
“Awak... Tinggal lima minit lagi nak masuk ke dalam asrama. Awak tak nak balik lagi? Nanti warden tahan awak. Siapa yang susah? Saya jugak.” Ketawa mengekek Helena mendengar usikan Wady berbaur teguran.
“Sekejap. Saya kemaskan barang-barang saya.” Segera dimasukkan buku-bukunya yang berselarakkan di dalam beg sekolah dibantu oleh Wady. Mereka berjalan seiringan menuju ke pintu masuk asrama Helena.
“Awak nak makan? Saya belikan awak nasi di kedai Ma. Kesian awak. Tak sempat nak supper.” Wady membahasakan pemilik kedai makanan di kafe asrama dengan panggilan Ma.
Sejak dari tadi lagi mereka membiarkan sepi menyelubungi mereka. Masih ada lagi sekelompok pelajar lelaki dan perempuan tingkatan lima berjalan ke asrama masing-masing. Ada mulut-mulut nakal mengusik Wady dan Helena yang berjalan seiringan.
“Tak. Saya kenyang lagi makan malam tadi. Sekejap lagi sebelum tidur saya akan minum susu. Nanti penuh pulak perut. Lain kali ye, awak.” Helena senyum lagi sambil mendongak merenung tepat ke dalam anak mata Wady. Sejak bergelar pasangan bahagia dalam kalangan kawan-kawan, mereka seakan-akan bahagia.
Mereka berhenti di persimpangan jalan menuju ke asrama putera dan puteri. Bertemankan cahaya rembulan yang mengambang, angin sepoi-sepoi menderu dari arah pantai dan nyanyian cengkerik berserta dengan desiran pohon-pohon rhu yang menyentuh bagai bersalam-salaman antara satu sama lain, Wady mengucapkan selamat tinggal dan selamat malam buat Helena. Tubuh Helena direnungnya dengan penuh kasih sayang tanpa berkedip sehingga batang tubuh gadis itu menghilang di balik pintu bangunan asrama puteri.
“Helena, suatu hari nanti awak akan jadi permaisuri hidup saya.” Bisik hati kecilnya lalu menapak gagah ke asrama putera.
******************************************************************
          Hari ini sudah genap tiga bulan mereka saling mengenali. Helena sudah mengenali hati budi Wady, begitu sebaliknya. Masing-masing diulit gelora asmara bercinta. Dalam bercinta, masing-masing tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Pergaulan masih lagi terbatas. Setiap kali berjumpa, Helena akan membawa sahabat baiknya, Maira bersama sebagai peneman. Takut nanti terjumpa dengan guru-guru yang meronda ataupun tertangkap berdua-duaan oleh warden. Pasti malang nanti nasib Helena dan Wady. Bercinta ada hadnya. Masing-masing harus mengejar kejayaan yang ingin dikecapi bersama. Itu janji mereka.
“Tahniah Na kerana dapat kedudukan ke 17 dalam batch awak.” Tutur Wady mesra lewat petang itu mereka bertemu seperti biasa.
“Setiap usaha akan membuahkan hasil. Awak pun apa kurangnya. Top 30.” Usik Helena. Cuba menyedapkan hati Wady. Dia tahu hati lelaki mana yang tidak tercalar egonya bila gadis pujaan mendapat keputusan yang lebih cemerlang darinya.
“Nanti kita berusaha lebih sikit unutk dapat top 10, okey.” Pujuk Helena tatkala mata Wady redup penuh kehampaan. Dia tahu Wady kecewa. Namun, kalah tidak bererti mengalah. Sekali jatuh, tidak semestinya terus rebah. Mereka boleh bangkit semula.
“Hari ni Na menelaah mata pelajaran apa?” Soal Wady terus sambil mengangguk. Nasihat Helena harus dituruti. Semangatnya mula berkobar-kobar.
“Sejarah. Ayuh, sama-sama!”
Seperti biasa, mereka berdua akan menelaah pelajaran bersama sehingga jam menginjak ke waktu makan malam. Mereka berpisah di balik dinding dewan makan yang memisahkan pelajar lelaki dan perempuan.
“Tuhan, andai jodoh kami bersama, temukan kami kelak.” Doa Wady dalam diam.
******************************************************************
Tergopoh-gopoh Wady menyarung sepatu. Selepas pulang dari sembahyang Jumaat, skrin telefonnya tertera 10 misscall dari Helena. Cepat-cepat dia menghantar pesanan ringkas kepada Helena. Sebentar kemudian telefon berbunyi menandakan mesej masuk. Dibukannya peti simpanan. Tertera nama Helena dan patah-patah ayat tertulis di situ.
‘Sudah seminggu tak berjumpa. Saya rindukan awak. Saya tunggu awak di tempat biasa.’
Dia tidak membalas. Terus dia berjalan ke kelas Helena. Tempat mereka selalu bertemu bertemankan Maira.
Itulah kali pertama Helena menuturkan kata rindu padanya. Sebelum ini Helena sekadar tersenyum tatkala dia mengucapkan selamat malam dan mimpikan saya setiap kali mahu berpisah di simpang asrama putera dan puteri.
Helena yang sentiasa tenang. Helena tidak mudah melatah setiap kali dituduh yang bukan-bukan oleh rakan-rakan seusianya kerana bercinta dengannya. Helena yang sentiasa mengulangkaji pelajaran tidak kira masa. Kadang-kadang, Helena langsung tidak pedulikan kehadirannya.
Fikirnya, hanya dia yang tergila-giakan Helena. Setiap malam dia termimpikan bayang-bayang Helena. Tidurnya tidak lena dek Helena. Bila rindu menyerbu, dia akan merenung Helena dari kelasnya di blok hadapan dari jauh di tingkat tiga. Sungguh... Dia benar-benar sukakan Helena. Dia angaukan Helena. Penyakit itu hanya akan terubat dengan Helena.
Hari ini, kesabarannya berbalas. Dia gagah menghayun derap ke kelas Helena dengan penuh semangat. Cintanya pada Helena menyala bak api membara. Rindunya ingin menatap wajah Helena meluap-luap. Dia tahu, dia masih mentah untuk menilai erti cinta dan kasih sayang. Apa salahnya dia mencuba? Ada saja pasangan yang bercinta sejak di bangku sekolah kekal sehingga beranak pinak dan bercucu cicit. Dia mahu begitu.
“Awak sihat?” Mengah dia mencapai kerusi lalu duduk berhadapan dengan Helena.
“Hmm.. Awak?” Soal Helena kembali. Wajahnya berseri-seri bersulam senyuman. Hati Wady dipagut rasa sayang yang membuak-buak. Dia bukan saja cintakan kecantikan kerana kacukan dimiliki oleh Helena, malah dia sukakan kerajinan Helena dan kesungguhan Helena belajar. Dia cintakan segalanya yang ada pada Helena.
“Sihat.” Jawab Wady ringkas.
“Awak tak sibuk? Saya mengganggu awak hari ni?” Manis wajah Helena bertanyakan Wady. Hati Wady mudah saja cair melihat renungan gadis di hadapannya itu.
“Hajatnya nak jamming sekejap lagi. Demi awak, saya tunda esok.” Jawab Wady ringkas. Matanya masih tidak lekang dari merenung Helena. Seminggu tidak bertemu, hari ini dia akan melampiaskan rindunya sepuas-puasnya.
Helena makin sibuk. Kerja-kerja sekolah yang bertimbun dan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang banyak menyukarkan mereka bertemu seperti biasa lagi. Sebagai senior yang ingin memahami, Wady cuba bersabar.
“Kesian awak. Tak apalah. Cukuplah kalau dapat jumpa awak sekejap. Dah terubat rindu saya pada awak.” Tutur Helena lembut.
Cair hati Wady mendengar pengakuan Helena. Mahu saja dia bersorak gembira dan menyatakan pada dunia bahawa dia sayangkan dan ingin mencintai Helena sehingga ke akhir hayatnya.
“Awak suka band apa? Nanti saya nyanyikan awak satu lagu bila kita jumpa nanti.”
Sudah lama dia ingin mengendong gitar kapak kesayangannya bertemu Helena. Dia mahu menyanyikan lagu kegemaran Helena di hadapan gadis itu sebagai bukti cintanya pada Helena.
“Flop poppy!” Jawab Helena girang. Matanya bersinar-sinar menyebut nama band Malaysia itu.
“Nanti saya study lagu-lagu band tu. Lepas tu saya nyanyikan untuk awak, okey?” Janji Wady sungguh-sungguh.
Mata Helena yang bersinar-sinar gembira mendengar janji Wady membuatkan hati lelaki itu berbunga riang. Gembira dia bukan kepalang kerana dapat menggembirakan hati Helena.
Lama mereka berbual petang itu. Dari Flop Poppy ke Simple Plan, Wady semakin rancak bercerita mengenai rakan-rakan bandnya dan lagu-lagu yang sering mereka jamming jika berkumpul. Dia mahu Helena turut serta melihat dia memetik gitar, namun dia yakin mereka tidak dapat keluar ke bandar bersama-sama kecuali hujung bulan. Iaitu waktu pelajar-pelajar dibenarkan pulang ke rumah bercuti hujung bulan.
******************************************************************
Helena merengek minta dibelikannya novel terbaru keluaran Alaf 21. Dia hanya menurut. Selepas berjanji untuk berjumpa di pusat bandar, mereka berjalan beriringan ke kedai buku.
Helena masih lagi lengkap beruniform sekolah sepertinya. Mereka melangkah masuk ke dalam kedai buku, terus Helena mencapai novel putih bertajuk Yang Terindah karya Anis Ayuni.
Bibir gadis itu melebar dengan senyuman bila mereka bersama-sama melangkah keluar dari kedai buku dan menapak ke restoren makanan segera pula. Dia mahu pastikan perut Helena terisi sebelum Helena dijemput ayahnya di stesen bas nanti.
“Kenapa pilih novel ni?” Tanya Wady saat dia meletakkan dulang berisi beberapa ketul ayam dan burger kecil lalu duduk berhadapan Helena.
Novel berkulit putih berhias bunga-bunga berwarna warni itu ditiliknya penuh minat. Dia langsung tidak tahu Helena mempunyai hobi membaca novel dan minat dengan muzik.
“Entah. Indahkan tajuknya? Yang Terindah, macam awak dan saya. Ada kenangan terindah kita bersama.” Senyuman manis ditatap Wady sepuas-puasnya. Dalam hatinya, dia berharap dapat memiliki senyuman itu secara mutlak.
“Saya nak jadikan novel ini sebagai simpanan saya dan kenangan saya dengan awak.” Tuturnya lagi.  Burger di dalam dulang dicapai lalu disorongkan ke dalam mulut.
Mendengar tutur Helena begitu, hati Wady jadi kembang. Siapa yang tidak bangga memiliki buah hati yang cantik seperti Helena? Sudahlah cantik, pandai, lemah lembut dan sopan santun. Sekejap lagi dia mahu ke kedai buku selepas menghantar Helena di stesen bas. Dia mahu mencapai buku yang sama dibeli oleh Helena dan berkongsi kegemaran Helena.
******************************************************************
Wady mengendong gitar dari asrama putera ke kelas Helena. Janjinya mesti ditunaikan. Hari ini dia akan menyanyikan Helena lagu Aku dan Kamu seperti yang dijanjikannya tempoh hari.
“Dah lama awak sampai?” Tegurnya tatkala melihat batang tubuh Helena yang membelakanginya. Tekun sungguh Helena menelaah pelajaran. Tidak sedar langsung Helena dengan kehadirannya.
“Awak dah sampai? Maaf, saya tak sedar tadi.” Helena mendongak tatkala Wady mengambil tempat di sisinya. Maira kelihatan tekun mengulangkaji pelajarannya nun jauh di sudut kelas. Tidak mahu menggangu mereka yang ingin berdua-duaan mungkin.
Terkejut Wady melihat wajah Helena yang pucat lesi. Kalau ditoreh, sudah tentu darah tidak menitik.
“Awak tak sihat?” Cemas, Wady bertanya. Siapa yang tidak risau jika kekasih hati tidak sihat?
“Saya sihat. Sakit kepala saja,” jawab Helena lembut.
“Awak janjikan dengan saya? Cepatlah.” Sambungnya lagi. Matanya sudah bersinara-sinar merenung gitar kapak berwarna jingga di tangan Wady.
“Betul ni?” Soal Wady lagi. Bimbang dia melihat Helena yang pucat lesi tidak bermaya.
“Hmm... Cepatlah.” Rengek Helena manja. Mematahkan keinginan Wady untuk terus bertanya.
Tangan Wady terus memetik gitar. Mendendangkan bait-bait lagu Aku dan Kamu nyanyian Andy Flop Poppy.
Kau masih cantik seperti dulu
Saat pertama kujumpa denganmu
Terasa inginku bersamamu
Tapi aku tidak seperti dulu

Kau senyum mesra
Mungkin tak mengapa
Tapi kutakbisa
Pasti ada yg kan terluka

Jgn ditunggu pasti takkan berlaku
Walau kucinta kamu
Biar disimpan
Adakan sempadan
Aku dan juga dirimu

Kini aku telah berdua
Masa depan yang tak kita duga
Kutahu kau masih mengharap jua
Tapi kutak bisa meningalkannya
          “Kenapa awak pilih lagi ni? Awak suka dengan lagu ni?” Soalan Helena menimbulkan keraguan dalam hati Wady. Cepat-cepat dia meminta maaf jika Helena tidak berkenan dia memilih lagu itu untuk didendangkan di hadapan Helena.
“Saya suka lagu ni. Suara awak pun sedap. Kenapa awak saja yang tak jadi vokalis dalam band awak?” Soal Helena penuh minat.
“Saya lebih suka memetik gitar dari menyanyi. Kadang-kdang, lagu tak sesuai dengan suara saya.” Ulas Wady serba sedikit.
“Kalau ada masa, saya nak ikut awak jamming.” Berseri-seri wajah Helena menuturkan keinginannya.
“Betul ni? Hujung minggu ni saya bawa awak. Mahu?” Gembira bukan kepalang Wady mendengar buah hati pengarang jantung mahu turut serta melihat dia bermain alat muzik di studio di pusat bandar.
“Nak!” Jeritnya girang. Wajah Helena seceria suaranya. Namun, kegembiraan Helena cuma sebentar. Gadis itu tiba-tiba rebah tersungkur. Nasib baik Wady berada dekat dengan Helena. Cepat-cepat dia memaut tubuh Helena sambil mulutnya cemas memanggil Maira mendekati mereka.
Apa yang berlaku pada Helena? Wajah pucat lesi tidak bermaya. Kini Helena kaku di ribaannya dengan muka tenang dan nafas yang menderu lembut. Helena bagaikan puteri beradu yang sedang tenang beradu.
******************************************************************
Dia kaku di hadapan pusara Helena. Sudah sepuluh tahun Helena pergi meninggalkan dia. Dia tidak pernah lupa mengunjungi Helena setiap kali dia pulang ke negeri asalnya.
Sepanjang sembilan tahun dia ke sini sendirian, hari ini dia berteman. Isteri yang sudah dinikahi beberapa bulan yang lalu dibawa bersama. Usai membacakan surah Yassin dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada Helena dia berlalu sambil memimpin tangan isterinya.
Helena pergi setelah beberapa minggu terlantar di hospital. Rupa-rupanya Helena menghidap leukemia peringkat akhir. Helena hanya menunggu waktu untuk pergi bertemu Illahi.
Helena tabah mengharungi hari-hari terakhirnya tanpa mengeluh. Helena banyak menasihatinya supaya tekun belajar dan sentiasa taat pada perintah agama.
Saat-saat akhir hayat Helena, dia berada di sisi Helena. Helena pergi dengan wajah tenang. Helena bagaikan tidur buat selama-lamanya.
Novel yang dibeli olehnya untuk Helena masih tersimpan kejap dalam simpanannya. Inilah kenangan terindah antara dia dan Helena. Kata-kata cinta buatnya Helena coretkan pada muka surat hadapan novel tersebut.
Mengenali awak adalah yang terindah buat saya. Mendampingi awak membuatkan hari-hari saya lalui menjadi yang terindah. Mencintai awak merupakan detik-detik yang terindah dalam hidup saya. Buat Wady, saya akan abadikan kenangan yang terindah antara kita hingga ke ahkir hayat saya.
Sayang,
Helena
Selamat tinggal, Helena. Hingga berjumpa lagi...
Kau masih cantik seperti dulu
Saat pertama kujumpa denganmu
Terasa inginku bersamamu
Tapi aku tidak seperti dulu

Kau senyum mesra
Mungkin tak mengapa
Tapi kutakbisa
Pasti ada yg kan terluka

Jgn ditunggu pasti takkan berlaku
Walau kucinta kamu
Biar disimpan
Adakan sempadan
Aku dan juga dirimu

Kini aku telah berdua
Masa depan yang tak kita duga
Kutahu kau masih mengharap jua
Tapi kutak bisa meningalkannya

pstt: Terima kasih pembaca2 yang awesome. Tunggu cerpen seterusnya. Love ya!

Tuesday, December 6, 2011

Jom Jumpa Saya dan Kawan2 Penulis Yang Lain Sabtu Nanti :)

Thursday, December 1, 2011

STRUGGLE AND SORROW


Monday, November 28, 2011

Tak Sempat

Sekarang tengah sibuk dengan final year project
Tak sempat nak tulis cerpen
Dah tertangguh dua bulan...Uwaaa...
Maksudnya, saya hutang dua cerpen untuk dipos di blog ni...uwaaaaa....
InsyaALLAH kalau ada masa nanti, saya akan karang cerpen baru :)

Saturday, November 26, 2011

Saya Tabik Mereka

Hari Rabu yang lepas
Saya balik rumah kakak saya di Gemas


Kakak ada 3 orang anak
2 lelaki dan seorang perempuan
Yang sulung dan kedua, dua2 lelaki
Dua2 sangatlah nakal dan hiperaktive + talkactive


Second day berada di rumah kakak
Saya uruskan anak2 dia, memasak, sidai kain, kemas rumah


Tiba-tiba saya mula terfikir
Macamanalah suri rumah yang jaga anak2 mereka
Saya, yang umo baru 23 tahun dah mengah...wuwuwu
Tak menang tangan!!


Saya memang tabik spring kepada para ibu
Tambahan lagi yang bekerja
Fuhhhh.... Kalau macam ni, boleh tinggal tulang tau

Monday, November 21, 2011

Kursus Kahwin

Tak ada angin
Tak ada ribut
Tak ada taufan
Tup..tup..tup
Saya mohon kursus kahwin
Orang kata kalau dah pegi kursu kahwin tu
Maksudnya orang tu dah nak kahwin
Lain pulak dengan saya
Saya pegi suka-suka
Time belajar ni lah nak pegi
Nanti bila dah keje, takut tak sempat pulak..huhuhu

Banyak info saya dapat time kursus tu
For sure pasal hal rumah tangga
Tapi yang paling saya ingat pasal ceramah tu mengenai pesanan ustazah yang bagi ceramah
Dia pesan kalau nak buat anak, kena buat sungguh2, muka sungguh2, bunyi pun sungguh2
Hahaha...Saya rasa kelakar gila...
Memang sampai sekarang terngiang-ngiang lagi pesan ustazah tu
Tak dapat saya nak bayangkan mcmn
Hmmm...

p/s: Anyway
Saya nak impress rasa gembira saya sbb bilangan follower bertambah :)
Love you Nor

Wednesday, November 16, 2011

Believe It or Not?

Percaya atau tidak?
Yang pasti, ianya benar-benar terjadi!
Ceh... Ayat macam nak cerita UFO mendarat kat Malaysia aje.
Ini bukan cerita mitos, dongeng atau kahayalan
Ini cerita benar. Kisah benar!
Ceh...Sekali lagi saya buat ayat macam nak cerita budak umo lima tahun melantak durian 10 bijik..ekeke


Saya bukak Encik Google
Tangan ni gatal sangat nak taip Kupujuk Hati
Rasa nak baca komen orang pasal novel yang saya tulis
Sekali mata saya terpandang Kupujuk Hati | Facebook
Saya pun view la


Eh, biar betul..Pheww...Saya sapu dahi...
Ni page yang orang duk like tu
Saya tengok lebih kurang 7 org like 3 orang sedang bercerita (translate bahasa melayu)


Alhamdulillah, syukur saya
Syukur bukan sebab wujudnya page like tu
Syukur sebab karya saya disenangi orang terutama 7 org yang like tu
Walaupun jumlahnya lemah, namun saya sangat gembira
Terima kasih kepada siapa yang suka novel saya dan masukkan Kupujuk Hati dalam senarai novel yang anda suka :)
Saya sangat bersyukur, gembira dan terharu


Bila ada part2 yang membuatkan saya sedih, gembira, terharu, menyeronokkan dan terhibur tapi tidak pembaca, itu adalah kelemahan saya. 
Namun, jika ada yang berkongsi rasa yang sama dengan saya, itu adalah bonus buat saya :)
Saya akan berusaha yang lebih baik untuk memuaskan hati pembaca yang menunggu karya saya yang seterusnya.


Buat yang tidak suka, saya tidak akan memaksa jauh sekali berkecil hati.
Mungkin karya saya tidak menepati citarasa anda.
Mungkin karya penulis lain akan membuatkan anda terhibur bila membaca.


Orait...daa~~~

Tuesday, November 15, 2011

Tanda-Tanda Awal Kanser Yang Tak Pernah Diendahkan!

Salam semua. 
Saya baru dapat emel tentang kanser. 
Jadi, saya nak share dengan semua.

Kadang kadang bila kita terlalu sibuk dengan kerja, kita lupa tentang kesihatan kita….
Apa tunggu lagi, luangkan sedikit masa anda dengan membaca entri dibawah.

1. Sakit perut atau senak perut.
Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulangkali mendapat / mengalami sakit perut tanpa sebab. 
 
2. Sakit yang seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas
 
3. Perut kejang dan sakit perut berterusan.
Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukimia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan-nekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah. 
 
Nampaknya, sakit perut bukan perkara yang boleh diambil ringan. Jadi, jika anda mengalami sakit perut dan ia bukan berpunca akibat tersalah makan atau bukan masalah pencernaan, jumpalah doktor anda, mintalah dia arahkan pemeriksaan menyeluruh dan buatlah 'ultrasound'
 
4. "Asid perut" kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit.
Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.
 
Sakit yang tidak diketahui puncanya atau sakit di sebelah kanan yang lebih rendah boleh menjadi tanda awal kanser hati, yang dikenali sebagai salah satu "pembunuh senyap." Perasaan kenyang selepas hidangan yang kecil adalah tanda biasa kanser hati juga. 
 
Jika anda mempunyai serangan kerap asid perut, sakit perut yang tidak dapat dijelaskan, atau perasaan penuh selepas makan walaupun anda makan kurang daripada biasa, hubungi doktor anda. 
 
5. Kehilangan berat badan.
Anda seorang yang tidak aktif, nak bergerakpun malas tetapi tetiba berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan, ketahuilah bahawa inilah petanda awal kanser kolon. Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan boleh juga menjadi tanda kanser yang merebak ke hati, memberi kesan kepada selera anda dan keupayaan badan anda untuk membersihkan sendiri sisa. 
 
4. Jaundis / demam kuning.
Barah pankreas, satu lagi salah satu "pembunuh senyap," sering ditemui apabila seseorang mengidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata, tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah. Sesetengah orang yang mengidap barah pankreas mengatakan, mereka perasan kulit mereka rasa gatal sebelum mereka menyedari bahawa mereka mengidap jaundis. 
 
5. Berdehit atau sesak nafas.
Sesak nafas, sakit dada, atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru. 
 
6. Batuk yang kronik atau sakit dada.
Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru, boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk. 
 
Satu cara untuk memastikan apakah anda mengidap kanser atau tidak.
Gejala-gejala itu berterusan, atau tanda-tanda itu hilang sekejap kemudian datang semula berulang-ulang. Sesetengah pesakit kanser paru-paru memberitahu yang sakit dada dialami itu menjalar hingga ke bahu atau ke bawah lengan. 
 
7. Kerap demam atau terkena jangkitan. 
Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal, yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan / keupayaan melawan jangkitan kuman. Doktor kadang-kadang mengesan leukemia di kalangan orang dewasa yang lebih tua hanya selepas pesakit telah beberapa kali mengadu demam, sakit, dan simptom seperti selesema dalam tempoh masa yang panjang. 
 
8. Kesukaran menelan.
Yang sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak, kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga. Lelaki yang didiagnosis dengan kanser esophageal mengalami rasa sakit ketika menelan makanan/minuman. Kadang-kadang anda rasa ada sesuatu tersekat di kerongkong. Dapatkan nasihat doktor kerana pada saat ini mungkin esofagus anda sudah menjadi sempit atau ada tumor dalam kerongkong. 
 
9. Gastroesophageal penyakit refluks (GERD) - satu keadaan di mana asid perut naik ke dalam esofagus, menyebabkan pedih hulu hati dan rasa berasid di tekak - boleh mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai esofagus Barrett, yang boleh menjadi penyebab kanser esophageal.
 
10. Bengkak muka
Sesetengah pesakit dengan kanser paru-paru lmengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka. 
 
11. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak, atau pangkal paha (ketulan)
Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak, atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia. 
 
12. Lebam Teruk atau pendarahan yang tidak berhenti
Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah, boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan. Ini kerana sel-sel leukimia mengerumuni sel-sel darah merah dan platelet lalu merosakkan keupayaan darah untuk membawa oksigen dan beku. 
 
13. Lemah dan letih
Sering merasa lemah, tak larat, letih adalah gejala bagi kebanyakan penyakit kanser yang tidak disedari sama sekali. Jadi jika anda berasa letih tanpa sebab sehingga susah hendak tidur, segeralah berjumpa doktor.
 
14. Pendarahan rektum atau darah dalam najis.
"Saya fikir ia buasir" adalah satu kenyataan yang paling biasa doktor mendengar apabila mendiagnosis kanser kolorektal. 
 
15. Sembelit, cirit-birit, dan perubahan dalam najis semua boleh menjadi tanda-tanda kanser. 
Seperti dengan banyak gejala kanser lain, cara untuk memberitahu jika ini adalah perkara yang membimbangkan ialah jika ia berlaku pada lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas, seperti flu atau keracunan makanan. 
 
Orang yang didiagnosis mengidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas. 
 
Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya. 
 
16. Sukar membuang air kecil
Tanda-tanda awal kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing .Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti. 
 
17. Rasa sakit atau pedih semasa membuang air kecil. 
Gejala ini juga boleh menunjukkan jangkitan saluran kencing atau penyakit kelamin, sudah tentu, tetapi dalam hal mana-mana waran perjalanan serta-merta kepada doktor. Gejala ini sering digabungkan dengan perasaan bahawa anda perlu pergi lebih kerap, terutamanya pada waktu malam. Gejala-gejala ini yang sama juga boleh menunjukkan keradangan atau jangkitan pada prostat atau hiperplasia benign prostatic, nama apa yang berlaku apabila prostat membesar lebih besar dan menyekat aliran air kencing. Walau bagaimanapun, anda perlu mendaftar keluar untuk memberitahu perbezaan. 
 
18. Kencing berdarah dan darah dalam air mani. Adalah tanda bahaya kanser prostat. 
 
19. Masalah ereksi. 
Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda mengidap kanser prostat.
 
20. Sakit pada pangkal paha, pinggul, atau abdomen
Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, peha, atau bahagian paling rendah di belakang. 
 
Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki. 
 
21. Bengkak buah zakar.
Ketulan yang menunjukkan kanser testis tidak langsung menyakitkan. Ia juga biasa bagi testis membesar atau membengkak. 
 
22. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya.
Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit di belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang adalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pankreas. 
 
23. Puting tetek yang bersisik atau dan mengeluarkan cairan
Lelaki juga boleh mendapat kanser payudara, ya! Merekamengalami satu keadaan yang dipanggil gynecomastia, ada ketulan benigna di kawasan puting. Kanser payudara biasanya dikesan sebagai ketulan, tetapi jika ia merebak ke dalam, ia juga boleh menyebabkan sakit dada. 
 
Tanda-tanda lain kanser payudara termasuk tompok-tompok merah, bersisik, atau kulit lekuk atau perubahan pada puting seperti membelok masuk atau kebocoran bendalir. 
 
24. Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak, atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu bagaimana tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tetapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering.
 
Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit - melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus - dan berhati-hati memeriksa kulit di seluruh tubuh untuk pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik. 
 
25. Perubahan pada kuku.
Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh menjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit. 
 
Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru.
 
JIKA ADA MANA-MANA TANDA DIATAS, SEGERALAH BERJUMPA PAKAR PERUBATAN. JANGAN TUNGGU LAGI!
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...