Wednesday, November 17, 2010

Puisi Andai Bulan Bisa Digapai

Diam...

Hari ini rindu lagi.
Tapi kenapa?

Sebab
Cintanya digantung
Tiada balasan?
Atau sekadar bertepuk sebelah tangan?

Pungguk
Jangan biar dia merindui bulan

Renung pada bulan...

Andai bulan bisa digapai....

Tuesday, November 9, 2010

Ya Atau Tidak

Are you serious?
I said. Are you serious?
Berapa kali perlu diulang?
Perlu ke tanya lagi?

Diam.

Pertanyaan itu dilontarkan kembali padanya
How about you?
Are you serius?

Buat muka ketat.
Perlu ke nak jawab?
Tidak faham,
Atau pura-pura tak faham?

Arghhh...please

Yes, I admit
I like you and
I do LOVE you!

Cuma biarkan dalam hati saja
Tidak terluah di bibir dengan kata-kata

Please....
Dia cuma perlu jawapan
YA atau TIDAK



Wednesday, August 25, 2010

Cerpen : Warkah Terakhir Dari Tina

"Damn it!!" Geram.

Sudah lebih sepuluh kali dia cuba memetik tali gitar di sisi tetapi masih juga gagal. Kali ini bukan kerana dia tidak punya idea,tetapi masalah yang melanda sejak beberapa hari membuatkan dia bingung memikirkannya. kalaulah dia punya kuasa untuk memberhentikan waktu buat seketika, pasti dia akan lakukannya.

Tinalah penyebabnya. Sudah seminggu gadis itu mendiamkan diri. Puas dia cuba menelefon tetapi hampa. Tina langsung tidak mahu bercakap jauh sekali mahu bermanja.

Bukan dia tidak mahukan gadis cantik itu. Memang cantik. Mana-mana lelaki pasti akan terpikat bila terpandangkan wajah tina. Dan dia juga. Tetapi dia sedar. Cinta dia pada tina tidak mungkin terjalin.masakan mereka sama-sama gadis mahu bercinta. Gila!!!!

Dia sedar, berwatak tomboy akan menarik ramai gadis padanya. Tetapi dalam hatinya, dia tidak mahu memilki mana-mana gadis. Dia juga seperti insan lain. Mahukan belaian dari seorang lelaki. Cuma dia perlu masa. Membuat perubahan yang drastik.

Tubuh dibenamkan ke katil. Lama dia merenung dinding bilik sebelum beralih kepada bingkai gambar di sisi katil. Senyuman kaku dia dan tina ketika bersama-sama bercuti Pulau Sipadan direnung lama.

"Tina, Tina, Tina." Dia bingung. Bagaimana lagi harus dipujuk anak kesayangan Uncle Azman itu.

Baru saja mahu menapak ke kamar mandi, telefon bernada minta diangkat. Pantas saja dia menekan butang hijau diiringi senyman panjang lebar. Akhirnya. Tina mengalah jua.

"Hello, Tina." Diam. Hujung talian diam.

Dia gelisah. Duduknya sudah tidak betul lagi.

"Jawablah Tina. Klw call sekadar nak diam macam ni baik tak payah." Geram. Terluah jua isi hati yang dipendam sejak beberapa hari yg lepas.
Ada tangis tina dihujung talian. Dia kaku. Tergumam dengan tingkah Tina yang tidak disangka-sangka. Salahkah dia dengan hanya berkata begitu. Kenapa Tina begitu sensitif?

"Sampai hati Dian buat Tina macam ni." Dia diam. Menggigit bibir sampai terasa sakit. Mencari-cari kata yang sesuai untuk dilafazkan kepada Tina. Supaya gadis berwajah mulus itu mengerti.

"Tina, Tina,Tina. Cubalah Tina faham situasi kita sekarang. Kenapa baru sekarang Tina cakap macam ni. Sebelum ni Dian tgk Tina okay je. Tina sedar tak apa yg Tina dah buat ni?"

Tina diam. Talian menyepi. Kedengaran esakan kecil Tina dihujung talian. Tiba-tiba hatinya menjadi cair.

"Tina,please. masih ada masa untuk kita betulkan masalah kita ni. Dian tak nak kita sama-sama hanyut. Tina faham kan. We both are girls. Girls cannot love each others. Tina mesti tahu tu." Dia kaget. Dia juga tidak arif tentang agama. Tetapi, dia tahu. Mencintai sesama kaum dilarang sama sekali dalam agama.

"Dian jahat. Dian tipu tina." Dian mengurut dada. Sampai hati Tina sanggup menuduhnya sebegitu.

"Dian janji dengna Tina yang Dian akan syg tina sampai bila-bila. Tapi tgklah. Sbb dian dah ada org lain, Dian terus lupakan Tina. Terus buang Tina jauh2. Smpai dh xnk mengaku Tina ni gf Dian lagi."

Dian terkesima. Sampai begitu sekali Tina fikir tentang dirinya. Padahal mereka itu sahabat rapat. Tinalah temannya sejak mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Tetapi tidak disangkanya sehingga Tina menganggap hubungan mereka lebih daripada kawan.

"Tina~~" Dia tidak ada kuasa utk memujuk. Tidak pandai memujuk. Tetapi dgn Tina dia mudah saja memujuk gadis itu. Tetapi tidak sekarang. Hati Tina menjadi keras gara2 terlihat dia minum petang bersama kenalan barunya di sebuah restoren tempoh hari. Puas dia memujuk. Tetapi Tina tetap berdegil. Sudahnya,dia juga yg sengsara.

"Tina sygkan Dian. Dian jgn tinggalkan Tina, ye"

Dian terkulat-kulat. Rambut pendek yg baru diwarnakan dikuak kebelakang. Bingung.

"Tina janji. Tina akan ikut saja kemahuan Dian. Tolong jgn tinggalkan Tina, Dian." Dia cair lagi dgn pujukan Tina. Padahal dia tdk punya perasaan pd Tina. Tetapi apabila dipujuk gadis itu, cepat saja dia menyerah kalah.

"Tina datang ke kuliah ye esok." Dia memberikan kata putus. Membiarkan saja rayuan Tina tergantung di situ.

"Okay. Thanks Dian. Esok kita jumpa kat tempat biasa. Tina dtg ambil Dian dgn kereta. Papa belikan kereta baru utk Tina." Suara tina kembali ceria. Cepat saja gadis itu berubah.

"Takpelah. Dian pergi dgn scooter je."

Tina mengeluh hampa. Tetapi kemudiannya dia kembali ceria.

"Okay,kita jumpa esok sja. Bye"

Belum sempat Dian mengucapkan selamat tinggal, Tina lebih pantas menamatkan talian.

Arghhh,bagaimana harus dia menjarakkan hubungan dengan Tina?

******************************************************************************

"Apa yg Dian dah buat ni?" Tina. Gadis itu melenting tiba2. Padahal Dian sekadar menegur teman sekuliah dgnnya sahaja.

"Apa masalahnya. Dian tegur Kamila tu je. Bukannya Dian panggil dia darling ke, syg ke." Dian separuh membebel. Bosan dengan sikap Tina yg tiba2 mahu mengongkong.

"Sudahlah. Tina benci Dian. Klw Tina ckp Tina tak suka,Dian jgnlah buat. Sakit hati Tina." Tina membenamkan tubuh ke dlm perut kereta kasar. Rambut yg ditocang satu dilurutkan.

Dian mendengus kasar. Walaupun sudah hmpir seminggu dia menegur perubahan Tina,Tina masih tetap berdegil. Tidak mahu dia berkawan dgn siapa2 kecuali Tina seorang. Mati kutulah dia nanti. Masakan tdk mahu menegur kwn2 sekuliah pula. Tidak berkawan mksdnya kera sumbang. Dia tidak mahu!

"Tina sedar tak apa yg Tina dah buat pd Dian ni?" Rmbt yg baru dipotong semlam dikuak ke belakang. Entah bila mahu dismpan pjg mengurai sprti Tina dia sendiri tdk tahu. Belum brsedia utk membuat perubahan sebegitu.

Tina diam saja. Tgnnya melekap kemas pd stereng kereta selepas menarik gear.

"Tina tak suka Dian rapat dgn org lain. Takkan itu pun Dian tak faham. Bila Dian rapat dgn org lain, Dian abaikan Tina." Titik noktah. Dian pula yg kaku dgn pengakuan sahabat rapatnya itu.

Bukan dia sengaja mahu abaikan Tina. Cuma dia juga mahukan kawan yg lebih dri seorang.

Mmg dia akui Tina baik dgnnya. Tetapi smpai bila? Cara hidup Tina dgnnya pun sudah jauh berbeza. Kdg2 dia juga tdk selesa. Kdg2 dia sendiri rimas bila Tina dgn selamba menghulurkan duit pdnya bila mereka keluar bersama.
Bukan dia tdk mampu. Duit kerja sambilannya sudah lebih dri cukup.

"Dian rasa..." Dian diam. Mengetap bibir. Sukar utk meluahkan kata-kata yg terbuku di dlm hati.

"Apa dia?" Tina separuh menjerit. Seperti tidk sabar tingkahnya.

"Lupakan sja. Hantar Dian balik." Dian memutuskan kata. Dia nekad. Selepas ini, dia perlu hilang dari pandangan Tina. Mujurlah tempoh cuti utk kali ini agak pjg. Dptlah dia melarikan diri dari Tina. Dia rimas.

"Lunch mcmn? Tina belanja." Dian pnts menggeleng. Dia sudah hilang selera makan. Lagu yg yg sdg diciptanya masih ada lubang. Dia mahu siapkan dulu sebelum dihantar kepada pensyarah nanti.

"Habis tu,nanti lapar." Tina mula merengek manja.

"Dian tak lapar. Klw tina lapar,Tina pergilah makan. Takpun balik je rumah." Tina mencebik. Dian pura-pura tidak nampk dgn wajah sedih Tina. Lama2 dilayan kerenah Tina,dia pasti akan jadi gila.

"Sampai hati dian buat Tina mcm ni." Sayu kedengaran suara Tina. Kereta sudah menginjak ke bawah bumbung kolej yg didiami Dian. Pantas daun pintu ditolak dari dlm. Sblm berlalu smpat lagi Dian memesan kpd Tina utk mkn tengahari di rumah saja.

******************************************************************************

Acapkali ditekan nombor yang terter nama Tina, masih tidak berjawab. Dian tia-tiba baran. Sejak Tina berubah, hidup dia juga sudah tidak keruan. Tina bukan seperti yang dia kenal dulu. Bila diajak bersantai bersama-sama, ada saja alasan Tina. Padahal dulu Tinalah yang selalu beriaya-iya mahu meluangkan masa bersama dengannya.

Salahkah dia kerana menyuruh Tina menjauhkan diri darinya untuk sementara waktu saja. Bukan dia tidak mahu rapat dengan Tina, tetapi Tina kadang-kadang merimaskan. Kata-kata Tina kadang-kadang membuatkan dia keliru. Dia keliru bila Tina mengucapkan kata-kata sayang. Sudah dibilangnya berulang kali bahawa mereka dari kaum yang sama. Tidak mungkin mereka bersatu. Tetapi Tina. Tina yang tidak mahu mendengarnya. Salahkah dia? Atau diakah punca segalanya? Membiarkan Tina bermain dengan perasaannya selama ini. Atau salahkah dia kerana memilih Tina sebagai tempat untuk dia bermanja. Semua itu dilakukan atas dasar kawan. Mereka berkawan sejak dari awal memijak lantai menara gading ini.

Nombor Tina didail lagi. Kali ini suara lunak Tina kedengaran lemah. Dian lega. Tetapi hatinya yang masih panas tidak dapat di sejukkan lagi.

"Kenapa tak angkat telefon tadi? Tahu tak dah berapa kali Dian call?" Dian separuh menengking. Melepaskan amarah dengan wajah yang berkerut.

"Tina minta maaf. Tina ada hal tadi." Kata-kata Tina diiringi batuk-batuk kecil. Sejak akhir-akhir ini Tina selalu saja batuk. Padahal sudah disuruh untuk berehat saja di rumah. Tetapi Tina berdegil. Katanya dia mahu meluangkan masa bersama-sama dengannya. Degil! Bentak Dian.

"Batuk tak hilang lagi? Ke Tina merokok balik ni?" Mereka beralih kepada topik yang lebih serius. Dian kenal benar dnegan Tina. Kalau gadis itu tertekan, rokoklah yang menjadi sahabatnya.

"Tak. Tina dah lama tinggalkan benda tu. Dian jangan risau ok." Suara Tina lemah seperti tadi. Dian mendengus. Sudah berbuih mulut menasihati Tina. Jika tidak mahu meninggalkan tabiat buruknya, sudahlah. Dia sudah bosan dengan Tina.

Talian sepi. Masih kedengaran batuk-batuk kecil Tina di hujung talian berselang dengan alunan lagu. Mungkin Tina berada di dalam kereta. Mungkin Tina dalam perjalanan ke sini. Mengambilnya dan keluar makan bersama-sama.

"Tina dah makan?" Dian diam. Menanti jawapan dari hujung talian.

"Tina tak ada selera. Lagipun papa tengah tunggu di rumah. Nak pergi jumpa mama katanya." Dian kecewa. Apa yang diharapkan tidak menjadi. Perutnya sudah berkeroncong minta di isi. Kalau Tina tidak mahu menemaninya makan tengahari, mungkin dia boleh mengajak yang lain.

"Okaylah kalau macam tu. Kirim salam pada uncle." Dian pantas memutuskan talian. Dia sakit hati sebenarnya. Yang lebih penting, dia mahu Tina tahu yang dia benar-benar sakit hati dengan tingkah Tina selama ini.

******************************************************************************

"Tina ada sesuatu untuk Dian." Bungkusan berwarna putih bertukar tangan. Dian mengetap bibir. Bukan waktunya lagi untuk Tina mengucapkan selamat hari lahir. Masih terlalu awal.

"Apa ni? Birthday Dian lambat lagi. Ke Tina dah lupa?" Dian merenung pandangan sayu Tina. Gadis itu sekadar menggeleng dengan senyuman yang dipaksa-paksa. Wajah Tina sudah tidaks eceria dulu lagi. Tina sering termenung. Kadang-kadang, Tina langsung tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. semua itu diketahui oleh teman-teman yang lain.

"Saja. Nak bagi awal. Tina takut Tina tak sempat." Ada keluhan kecil terbit dari bibir Tina.

"Kenapa? Bukan ke kita grad sama-sama. Tina dah lupa semua tu?" Dian keliru. tidak mengerti disebalik kata-kata Tina. Dia sudah tidak sabar membuka bungkusan putih tersebut.

"Tina nak Dian buka hadiah ni lepas kita habis final. Boleh?" Jemari Dian berhenti bekerja. Keinginan untuk melihat isi di dalam bungkusan tersebut di tahan.

"Kenapa? Special sangat ke?" Ada tawa kecil dihujung kata-katanya. Pelik pula permintaan Tina kali ini. Rambut yang tidak gatal digaru-garu.

Tina sekadar menggeleng bersama senyuman lembut. Tina sudah tidak seceria dulu. Badan Tina juga sudah susut. Tina semakin cekung. Makan hatikah Tina dengan sikapnya?

Dian membalas senyuman Tina. Senyuman Tina mati bila dia mula batuk-batuk kecil. Dian pantas mendengus.

"Kan Dian dah pesan banyak kali. Jangan merokok. Tapi Tina degil. Tengok. Sejak dari hari tu lagi Tina batuk-batuk. Sampai sekarang Tina belum okay. Dian fed up lah macam ni." Dian pantas membentak. melepaskan amarah pada Tina yang terkulat2.

"Tina dah lama berhenti merokok." Serak suara Tina diiringi batuk-batuk kecil.
Dian mendengus. Masih mahu mempertahankan diri. Tina memang degil.

"Jangan nak tipu Dian. Dian kenal sangat dnegan Tina. Tengok muka Tina. Dah cekung. Badan Tina. Dah kurus. Ke Tina dah mula ambil dadah?" Lancar saja bibir Dian bertutur begitu.

"Dian! Cukup!" Tina sudah teresak-esak. Dian diam. Tangis Tina kali ini tidak seperti selalu.

"Dah berapa kali Tina cakap Tina dah berhenti merokok. Dian tak faham ke?" Tina pantas menyapu airmata dengan hujung jari.

"Dahlah Tina. Dian dah bosan macam ni. Kawan-kawan cakap Tina selalu ponteng kuliah. Banyak assignment yang Tina tak siapkan. Tina suka sangat termenung. Kita pun jarang jumpa. Bila Dian ajak Tina keluar, ada saja alasan Tina. Tina dah banyak berubah. Dian minta maaf kalau Dian tak dapat jadi boyfriend Tina dan buat Tina jadi macam ni. Dian cuma nak Tina tahu yang Dian sayang Tina tak lebih dari seorang kawan." Nada Dian mendatar saja. Dia sudah putus bosan dengan Tina.

"Dian dah salah faham." Esakkan Tina kedengaran halus. Wajah Tina basah dengan tangisan.

"Sudahlah Tina. Jangan buang masa Tina lagi. Baliklah. Bila Tina dah berubah, datanglah pada Dian kembali. Kita tetap kawan sampai bila-bila." Dian terus berlalu. Tangisan Tina semakin jauh semakin tidak kedengaran lagi.

******************************************************************************

Lega!

Tamat sudah musim peperiksaan. Selepas ini, dapatlah dia berehat secukupnya. Menelaah pelajaran membuatkan dia kurang tidur.

Wajah Tina di dalam bingkai gambar di renung lama. Selepas peristiwa tempoh hari, Tina langsung tidak membuat panggilan padanya. Biarlah. Sekurang-kurangnya, Tina memberi ruang untuk mereka berdua bernafas.

Pintu diketuk berulang kali. Dian bergerak malas ke pintu. Dia sebenarnya mahu berehat tanpa gangguan sesiapa pun hari itu.

Wajah Uncle Azman di pintu mengejutkan Dian. Bungkusan putih ditangan Uncle Azman ditatapnya lama.

"Uncle datang nak hantar bungkusan ni pada Dian." Huluran Uncle Azman disambut Dian perlahan-lahan. Kenapa mesti Uncel Azman? Kenapa tidak Tina sendiri yang datang?

"Tina sayangkan Dian. Sama seperti Tina sayangkan uncle dan mamanya. Tina cakap Tina minta maaf kalau dia buat Dian serba salah selama ni. Tina minta maaf kalau Dian dah salah faham dengan kata-katanya selama ni." Sayu suara Uncle Azman.

Mereka berda diam. Dian tunduk. Pandangan Uncle Azman sudah berkaca. Apa maksud Uncle Azman?

"Dian...Dian tak faham." Dian menggeleng. Bingung.

"Semuanya ada dalam bungkusan ni. Uncle pergi dulu." Suara Uncle Azman masih seperti tadi. Sayu.

Segera Dian mengambil duduknya. Membuka bungkusan yang masih bersih seperti yang dilihatnya sebelum ini.

Perlahan-lahan Dian menarik balang kaca berbentuk hati dari dalam kotak. Didalamnya terdapat bintang-bintang kecil dan burung-burung kecil berwarna-warni. Dian senyum. Tetapi senyumannya mati bila sampul putih melurut jatuh ke riba.

******************************************************************************

Dian,

Mungkin Dian tertanya-tanya. Kenapa tidak Tina saja yang bertemu Dian. Kenapa papa menjadi perantaraan antara kita berdua. Tina minta maaf. Masih terlalu awal untuk Tina luahkan di sini.

Kita sudah lama kenal. Dian banyak membantu Tina. Sebab itu Tina sayangkan Dian. Tapi Dian jangan salah faham. Tina sekadar sayang Dian seperti Tina sayangkan papa dan mama. Tina minta maaf. Tina sudah buat Dian salah faham.

Tina cakap Tina sayangkan Dian. Tidak bermakna, dalam hati Tina ada cinta Dian. Tina cuma mahu Dian luangkan sedikit masa untuk Tina. Sebelum terlambat. Sebelum Dian sudah tidak mampu merenung pada wajah Tina lagi. Tina cuma mahukan perhatian dari Dian. Tina minta maaf.

Tina batuk-batuk. Wajah Tina cekung. Badan Tina susut. Tidak bermakna Tina kembali merokok. Atau tidak bermakna Tina mengambil lebih dari itu. Tina bukanlah sampah seperti yang Dian katakan. Tina minta maaf kalau Dian salah faham. Sekali lagi Tina minta maaf.

Tina jarang ke kuliah. Tina jarang siapkan tugasan. Tina tahu. Tina tahu Tina kena buat. Tapi semua itu untuk apa lagi. Tina cuma ada sikit masa saja lagi. Masa untuk Dian. Masa untuk papa dan mama. Masa untuk Tina sendiri. Dan masa untuk rawatan Tina. Tina minta maaf.

Tina sakit Dian...

Tapi Tina tidak punya kekuatan untuk luahkan pada Dian. Tina tak mahu Dian bersedih. Itu saja. Kebahagiaan Dian adalah kebahagiaan Tina juga.

Banyak masa Tina dihabiskan dengan rawatan. Tina tidak boleh berada diluar rumah untuk tempoh yang panjang. Udara diluar akan buat Tina sakit. Semakin sakit, Dian.

Tina sudah tidak punya waktu. Tina hanya mahu Dian tahu, dalam hidup Tina, Tina sayangkan Dian. Terima kasih kerana menjadi sahabat Tina. Terima kasih kerana memberi kekuatan pada Tina untuk teruskan hidup selama ini. Terima kasih.

Tina

******************************************************************************

"Tina bangun, Tina." Tangisan Dian bertukar raungan. Wajah Tina direnung dengan pandangan yang berkaca.

Dian sudah tidak keruan. Senyuman Tina mati. Pandangan Tina juga sudah terkatup rapat.

"Tina, jangan tinggalkan Dian. Dian minta maaf." Dian mengongoi seperti anak kecil. Tubuh kaku Tina dipeluknya rapat.

"Dian tak nak kehilangan Tina. Tina, jangan tinggalkan Dian." Dian sudah tidak keruan. Masih banyak yang perlu mereka bicarakan. Masih banyak yang perlu dia dan Tina lakukan. Kenapa Tina harus pergi?

Bahu Dian disentuh lembut. Wajah Uncle Azman direnung dengan pandangan yang berkaca.

"Sudahlah Dian. Dian kena redha. Tina mahu Dian terima takdir ini dengan tenang."

Dian membenamkan wajah ke tubuh kaku Tina. Dia sesal. Namun sesal ini takkan ada kesudahannya.

"Tina, maafkan Dian."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...